CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Sunday, April 13, 2008

Yang Lalu,Biarlah Berlalu . . .




"Yang lalu,biarlah berlalu".Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang,kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan didalamnya merupakan suatu tindakan agak yang "kebelakang"! . .Mungkin cerita ini boleh dipalitkan untuk diri aku dan pembaca yang lain di luar sana . . . Setiap orang mempunyai cerita kesedihan,kegagalan dan kekecewaan...mungkin kalau engak kerana "kisah" silam aku tidak mampu berada di tahap hari ini..itulah kata-kata yang sering aku mainkan dalam benak fikiran aku setiap kali teringat setiap kejadian dan rintitan episode cerita lampau...Tidak salah untuk megingati kisah silam asalkan ianya tidak membunuh semangat,membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.Kita boleh menjadikan "pengalaman" silam sebagai guru untuk rencana kehidupan seterusnya agar tidak berlaku istilah kegagalan atau kekecewaan..tetapi kita tidak boleh menghukum orang lain diatas "pengalaman" dan "kesilapan" orang lain di masa silam.Inilah yang sedang aku pelajari dan "upgrade" minda aku sekarang.Bagi orang berfikir,peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.Janganlah hidup di dalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu,atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu.Angkatlah diri,dari lingkungan fantasi tersebut...roda akan terus berpusing,dan umur akan terus bertambah dari hari ke hari...so perjalanan hidup tetap terus selagi mana nadi terus berdenyut.Bencana akan datang menimpa, bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu.Kita seolah-olah menyia-nyiakan keindahan kehidupan yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu.Manusia sebenarnaya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang,kerana angin akan terus berhembus ke depan,air akan terus mengalir dan setiap khalifah akan terus berjalan ke depan...oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan...dan setiap yang berlaku ada hikmahnya...

1 comments:

cik intan said...

pergh.. mmg terkesima aku bace post ko ni... mmg kene la ngan aku skang ni..huhuhuh..
ko reka sendiri ke ayat dier..leh jadi penulis buku motivasi ar...keep up da gud work!