CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Monday, April 14, 2008

Masa Depan Umat



Dunia di akhir zaman ini,menyaksikan pelbagai ancaman,rintitan isu-isu penindasan dan penghinaan terus menyelubungi umat islam,tidak kira dibarat mahupun di timur.Baru-baru ini kejutan"fitna",serangan batu-batu nisan umat islam di France yang diconteng dengan simbol-simbol tidak baik dan dicampakkan kepala khinzir di kawasan tersebut.Perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru.Umat islam hanya mampu berdemonstrasi di hadapan kedutaan negara-negara terlibat,dan belum pasti mereka akan melayani dan mendegar "suara-suara ini"Paling kuat pun insiden pembakar "bendera dan patung".Dimanakah kekuatan kita sebenarnya?adakah melalui dengan "suara-suara petition" dan "suara OIC" atau "Kekuasaan OPEC"?Kemiskinan,perang saudara,krisis politik,kemunduran,kebuluran terus bermain itulah diungkapkan oleh minda-minda orang kelas pertama mengenai islam.Islam terus berkembang di seluruh pelusuk dunia dan kini dianggarkan 1.3 billion umat islam di seluruh dunia.Perkembangan ini akan terus bertambah,terutama di negara-negara yang dilabel sebagai "anti islam".Dalam sejarah umat islam yang panjang,umat tidak pernah terlepas daripada kemelut dan krisis.Kekuatan yang ada pada islam lebih jauh kuatnya daripada umatnya..Buktinya,islam terus berkembang,lantaran indah dan cantiknya islam itu sendiri daripada umat islam itu sendiri.Umat islam tidak harus bersikap permis.banyak gambaran dalam Al-Quran yang membicarakan tentang khabar gembira masa depan dan kemenangan yang dijanjikan kepada umat islam.Dalam hal ini,kita(umat islam) harus sentiasa berfikir dan bertidak secara strategik menghadapi apa-apa keadaan pun.Kadangkala keadaan yang sentiasa tenang dan relaks itulah yang banyak melalaikan.Janji ALLAH adalah yang pasti.Tugas sebagai khalifah Allah akan diteruskan demi memastikan duani ini lebih baik,aman dan makmur.kemenangan pasti akan datang,selagi mana kita tidak terus diselubungi dengan sifat fahaman "kepuakan" dan "kelompok" tertentu..Mana-mana pihak yang gagal mempertahankan islam akan ditukar dengan pihak yang lebih berpontesi untuk menjaga risalah Allah itu.Malah,Rasulullah menjanjikan islam akan terus berkembang seantero dunia .Keadaan inilah menyebabkan orang barat semakin menunujukkan kebencian kepada orang islam,keran jika dilah setelah tragedi 11 september,islam semakin terus bertapak di bumi Amerika,mahupun di benua eropah termasuk Belanda dan holland .Tetapi harus diingat,jika menjadi umat yang diibaratkan seperti buih-buih lautan,maka "quality nya"adalah rendah,dan penilaian buruk akan terus diberikan kerana golongan-golongan seperti inilah yang mencacatkan dan menjelekan keindahan islam itu sendiri.Sebenarnya,banyak juga ayat Al-Quran yang mengambarkan,ketika menerima ujian dan dugaan,ketika itulah umat islam lebih dekat dengan kemenangan sebenar.Bersama-sama pertahankan benteng "akidah" kita demi memastikan umat terus bertahan,demi mencapai kemenangan kelak.Inilah senjata dan pertahanan umat islam yang cuba dirobek dan dihakis oleh barat.Apa yang penting,umat islah perlu bersikap bersederhana dalam apa jua pun.Buangkan amalan khurafat,penyelewengan agama,adat-adat yang bertentangan demi membawa pembaharuan dan pembangunan umat islam .Mereka yang kaya bantulah golongan miskin tanpa mendiskriminasi kekayaan secara "total",mereka yang kuat bantulah mereka yang lemah,mereka yang berkuasa,gunakanlah demi kebaikan orang ramai tanpa ada istilah "korupsi" . .

0 comments: