CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Friday, April 11, 2008

" Cafe Akhil Hayy di Oasis "


Astro Osis di saluran 106,merupakan satu saluran yang khusus disajikan bagi penonton yang mahu suatu kelainan rancangan yang menjurus kepada konsep "dakwah"dan "islamic".Jika dilihat di sini reputasi yang dibina sepanjang kewujudanya yang cukup memberangsangkan. Jika pada awalnya banyak pihak yang menjangkakan pembukaan saluran Astro Oasis (saluran 106) bakal menerima sambutan sedikit hambar pada salam perkenalan mereka, namun telahan dan jangkaan tersebut tersasar.. Buktinya, jangka masa enam bulan saluran ini berjalan dengan sempurna. Sasaran audiens mereka bercambah dari sasaran asal mereka. Meletakkan usia 25 sehingga 45 tahun sebagai sasaran, Oasis kini menjadi tumpuan bagi golongan berusia 45 hingga 62 tahun.Kalau diikutkan,aku boleh dikategori seorang yang jarang menonton TV,walaupun di atas bumbung rumah berdiri teguhnya"piring bulat Kelabu".Tahniah aku ucapkan buat Astro,yang memberi ruang pada saluran bersifat "islamic" muncul di saluran TV.Oleh kerana,jarang menonton TV,aku terpanggil untuk melihat saluran,yang selama ini boleh dikira terlepas pandang...kalau tak kerana "advertisement" mengenainya terutama slot rancangan 'Cafe Akhil Hayy' tentu hati aku tak terpanggil ..Aku mengkagumi Ustaz Akhil Hayy,yang lebih sinonim dengan gelaran "Ustaz Rock"..Thanks,again kerana memberi ruang,tanpa mengira latar belakang fahaman politik.Jika ini adalah natijah yang berlaku,barulah aku mengistiharkan,peranan media di Malaysia sudah mulai merangkak ke arah landasan yang betul.Sekalung tahniah wajar di ucapkan kepada Ustaz Akhil Hayy dan in-team record yang kini melebarkan sayap berdakwah melalui hiburan yang membawa anak-anak muda berjuang dan faham permasalahan yang boleh atau tidak dilakukan sebagai seorang Islam.Tertarik Aku dengan rancangan tersebut..Mungkin dalam "watak" ustaz rock dan ucapan yang selamba dalam menyampaikan message dakwah.Mungkin pendekatan ini dilihat sebagai suatu "tren"baru didalam berdakwah berbanding dengan method "forum".Contoh seperti ini,harap dapat diikut oleh syarikat2 TV yang lain.Tertarik aku dengan statement dalam diolag "cafe akhil hayy" babak diantara ustaz dengan budak-budak metal yang duduk lepak..., dengan nada senda"kalau kantoi SPM(Sijil Pelajaran malaysia) dunia boleh repeat balik,tapi kalau kantoi SPM(Sijil Padang Masyar) tak leh repeat dah....".Diharap segala permasalahan dan dilema belia kita hari ini dapat diungkaikan melalui rancangan seperti ini.

0 comments: