CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Sunday, November 29, 2009

Kecintaan Dan Pegorbanan Pada Allah


Sepasang suami isteri yang sudah lama mengimpikan seorang anak..mereka sudah lama mendirikan rumah tangga , umur mereka masing-masing sudah semakin tua..namun mereka tidak pernah henti-henti meminta doa pada Allah, rabb seluruh ‘alam…agar mereka berpeluang menimang anak sendiri seperti pasangan yang lain. Maka dengan takdir Allah s.w.t..Siti Hajar disahkan hamil dan mereka begitu gembira sekali..Nabi Ibrahim yang telah lama menginginkan anak itu sering menemani isterinya dan terlalu sayangkan anaknya itu sehinggakan timbul perasaan cemburu Siti Sarah.

Maka..Bagi sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disadari oleh Nabi Ibrahim , Allah s.w.t. telah mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah , isterinya dipenuhi dan agar dijauhkanlah Ismail bersama Hajar, ibunya daripada Sarah, ke suatu tempat. Pada saat itu, Hajar masih dalam keadaan menyusui putranya.Bayangkanlah perasaan seorang bapa yang terlalu cinta pada seorang anak yang telah selama berpuluh-puluh tahun mengharap dan akhirnya dapat jua merasai perasaan seorang bapa..namun kasihnya yang teramat sangat tidak lama dirasainya…Nabi Ibrahim terpaksa berpisah meninggalkan anak kesayangannya itu.

Maka dengan tawakkal kepada Allah ,berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang dibawa di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

Nabi Ibrahim kemudian menempatkan Hajar dan Ismail ke sebuah tempat di samping pohon besar. Pada saat itu, di tempat tersebut tidaklah terdapat seorang pun dan tidak pula ada air. Nabi Ibrahim kemudian meninggalkan keduanya beserta geribah yang di dalamnya terdapat kurma, serta bejana yang berisi air.

Ketika Nabi Ibrahim hendak pergi, Hajar mengikuti beliau seraya bertanya, “Wahai Ibrahim, ke manakah engkau akan pergi? Apakah engkau akan meninggalkan kami padahal di lembah ini tidak terdapat seorang pun dan tidak ada makanan apa pun?”

Hajar mengucapkannya berkali-kali, namun Nabi Ibrahim lansung tidak menghiraukannya.Pilunya hati seorang bapa..seorang suami yang terpaksa meninggalkan anak dan isterinya yang amat disayangi! Tak sanggup untuk menoleh ke belakang menjawab pertanyaan itu. Namun kemudiannya, Hajar bertanya, “Apakah Allah yang memerintahkan engkau berbuat ini?” Nabi Ibrahim pun menjawab dengan linangan air matanya, “Iya.” Hajar lalu berkata, “Maka pergilah…sesunggunya Dia tidak akan membiarkan kami sendirian…” Hajar kemudian kembali dengan perasaan sedih sekali.

Di situlah dia ditinggalkan. ‘Di lembah yang tiada padanya sebarang tanaman’.

Kering dan Kontang. Yang bertiup hanya angin selatan yang berhawa panas dan berbahang. Dan terbang bersama-sama angin itu pasir-pasir memedihkan mata. Lembah itu nyata tidak subur,bukan sahaja tiada hidupan, sebatang tumbuhan pun sukar kelihatan.

Suaminya hanya menuruti perintah. Perintah dari langit tinggi, yang tentunya tidak akan dia persoalkan.Di daerah Tsaniah, ketika bayangan beliau hilang dari pandangan keluarga yang beliau tinggalkan, Nabi Ibrahim berdoa,

“Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Rabb Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Ketika bekalan air mereka habis, Hajar pun mencari air untuk dia dan putranya. Dia pergi ke bukit Shafa, mencari-cari adakah orang di sana, namun dia tidak menemukan siapa pun di sana.

Hajar pun kemudian pergi ke Marwah dan mencari-cari orang pula di sana. Dia juga tidak mendapati seorang pun.

Hajar berulang-ulang pergi dari Shafa ke Marwah, sebaliknya dari Marwah ke Shafa sampai tujuh kali. Oleh karena itu, di dalam ibadah haji ada yang namanya Sai, yaitu berlari-lari kecil dari Shafa ke Marwa dan sebaliknya sampai tujuh kali.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya:” Siapakah sebenarnya engkau ini?” ” Aku adalah hamba sahaya Ibrahim”. Jawab Hajar.” Kepada siapa engkau dibawa ke sini?”tanya Jibril.” Hanya kepada Allah”,jawab Hajar.Lalu berkata Jibril:” Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya.”

Kemudian diajaklah Hajar mengikuti-nya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah .Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang ” Injakan Jibril “.

Alangkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sgt bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.

* * * * *

Masa berlalu dan si anak membesar,menjadi kanak-kanak.

Pada masa itu, muncul semula ayahnya. ya..itulah seorang bapa yang pernah meninggalkan ibunya ketika si kanak-kanak masih dalam susuan ibunya. Di saat itu anaknya memanggil ” Ayah!! Ayah!!!” Bayangkanlah betapa sayangnya si ayah kepada anaknya yang sudah lama ditinggalkannya. Tentunya kasih sayang itu tak dapat dibayangkan.

Si anak memang tidak pernah mengenal ayahnya. Sedangkan melihat dia tak pernah, inikan pula bercakap mesra dengan ayahnya. Dia anak yang tidak berayah awalnya. Tidak pernah merasai pula kewujudan seorang lelaki dewasa di dalam keluarga. Hanya si ibu yang bersama dengannya.

Suatu pagi si ayah datang kepada anaknya. Riak muka tampak risau. Datang bercakap dengan anaknya, yang baru sahaja dikenali dan ditatapinya. Belum pun sempat bermain bermesra sepuasnya, Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Ia terduduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.Nabi Ibrahim yang bercucran air mata pada anak yang dikasihinya itu

“Duhai anak, aku melihat di dalam mimpiku, bahawa aku ini diminta Tuhanku menyembelihmu, duhai anak, katakanlah, apa pandanganmu,” Sebak. Memang si ayah sebak.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya

” Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”


Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:” Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah.”

Beberapa tahun ditinggalkan. Di tanah kontang. Ibunya ditinggalkan kontang, tanpa apa-apa bekalan selain iman. Dia dilahirkan, dia disusukan, dia dibesarkan, susah sekali. Dan ayahnya tidak pernah ada di sisi. Bila si ayah datang tiba-tiba, mengaku pula ayahnya, dia belum pun berkenalan betul dengan si ayah. Setelah semua keperitan itu ditinggalkan ayah kepada dia dan ibunya, kini, minta menyembelih dirinya? Dirinya disembelih ayahnya?

Analoginya cukup mudah. Bayangkan sahaja kita si anak. Kalau kita remaja atau dewasa, atau kurangkan sedikit umur kita, jadi kanak-kanak sebentar. Dengan minda kanak-kanak kita, bayangkan kita menghadapi situasi itu.

Sedang bermain-main pasir, datang lelaki entah dari mana, mengaku ayah. Hm, ayah? Ada juga dulu ibu bercerita tentang ayah. Tetapi kita tidak pernah faham apa itu ayah, tidak pernah faham.

Belum pun selesai misteri ayah, ayah minta pula ingin menyembelih. Minta ingin mengerat leher kita hingga putus beberapa urat utama hingga darah berpancutan bersemburan dengan pisau yang tajam,hanya kerana dia disuruh.

Mampu kita menerima? Entah berdepan pun kita tidak mampu.

Dan memang sebenarnya, tiada manusia biasa yang mampu. Kisah itu kisah manusia yang hebat. Memang mereka para anbiya’, tapi mereka juga manusia dengan jiwa dan perasaan. Namun jiwa dan perasaan mampu bertindak hebat dan agung, di luar kemampuan manusia biasa, kerana mereka ditarbiyyah. Sesungguhnya, mereka telah ditarbiyyah.

Si anak hanya mampu berperasaan dan berkata sedemikian, hasil tarbiyyah ibunya. Jiwanya jadi kental, perasaannya jadi agung, dan kata-katanya jadi matang. Ibunya berjaya memberi tarbiyyah yang hebat yang berimpak pada peribadinya.
*****

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah.

Allah menguji Nabi Ibrahim sejauh mana cintanya kepada Allah..kerana selama ini..Nabi Ibrahim terlalu sayang dan cinta akan anaknya yang telah lama ia hajati. Tanpa disedari, kasih terhadap anaknya melebihi segala-galanya. Namun, ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya( tiba-tiba parang yang tajam menjadi tumpul), datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:” Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan .”

Begitulah ujian Allah yang terhebat dalam sejarah cinta manusia. Sejauh manakah kita dan cinta kite terhadap Allah dapat diuji? Kadang-kala pabila melihat sekeliling, manusia sering mencintai ibu bapanya malah temannya lebih dari cintanya pada Allah!
allahualam

Sunday, November 8, 2009

Perception

Perception is the process of attaining awareness or understanding of sensory information. It is how we view and receive information in the world around and within ourselves. How we understand a thing is based on our perception of it. Perception is something which many of us find ourselves paying more and more focus to as our Awakening process develops and continues. The reason for this is because we are beginning to see how our thoughts affect our reality, how our feelings and understandings of a thing can either expand or limit our experiences. Perception is a tool much like a pair of glasses, as it helps us to understand better what it is before us.



What do you see first? The Chalice, or the two faces? See how your perception slips from one to the other once you recognize them both?

How Perception Relates to Awakening

Awakening is a highly personal experience. While many people on the planet are currently experiencing an Awakening within them, it is all based on their personal perception of what they are experiencing which shapes their reality. Some people are Awakening on a Spiritual level and perceive this process to be Divine, and evolutionary. Some people are experiencing a Universal Awakening which is having them see a wider scope of life from the smallest cell to the largest sun. How we see a thing plays a large part in how we react or respond to it.

One thing we see often in Spiritual circles, is people perceiving something in their Awakening which we do not perceive in our own. Some people have experiences with paranormal activity, which doesn't seem to be connected to what we are personally experiencing. You may know someone who feels thier Awakening has to do with other planets, ET beings, galactic councils of knowledge; perhaps this is your own perception of your Awakening, or perhaps you can't relate to it.

The thing about perception is it is an internal guidance system, can also act as a reflective tool of self-aware learning, and it is something each of us is using every moment of every day.

An example of Perception in Awakening is the key concept of God. While many of us are "Awakening", many of us have very different ideologies about this God character/entity. Some are personalizing God, making God conscious and aware and sentient. Some even believe God has form and material such as we do - a body. Others still believe God is nature, and all of life. And then of course there are the billions of people who believe that God favors one belief system over another, and requires us to adhere to the rules of that belief system.

Do you see how these varying perceptions can create what we see as "differences"? And yet what is the difference? Is it God itself, or is it our individual and collective Perception of God?

Our Awakening can be analogized in much the same way. It is individual, and it means whatever you perceive it to mean.

The Perception of Awakening Starseeds

This community incepted as Destra's Domain in 1999. And at that time the concept was based around a more of what I like to call "Roddenberry-esque" belief system. A very typical Starseed endeavor, the site focused on home planets, soul origins, past lives, and guidance from the planetary powers that Be.

Over the last decade this site has evolved, moved, shifted, shook and rocked, as my own personal perception has grown, expanded, begun to evidence itself. We no longer focus on where we just were, we are intent upon seeing the whole of who we Are. One past lifetime seems insignificant in comparison to an infinite Universal life process. And as such there is a desire to discuss and understand perception, because it is what we make our judgments in life by, and a closed mind tends to stagnate within it's very controlled perception.

We wish to open minds, quite simply. To expand perceptions, and to allow self conscious awareness to develop as personal perception evolves.

The Challenge

Though it can be painful to really examine ourselves internally, and try to understand our own motivations and behaviors and cyclic patterns, it inevitably leads to a truer sense of self awareness. And this is the goal of any Awakening; to better understand who we Are.

You can meditate, light candles, chant, do yoga, or any other New Age methodology towards your own Awakening. The tool is not so vital as the intent behind it, and if you feel something works for you then keep working with it. But we extend a challenge to any person reading these words, to include something into your regimen; self-conscious perception.

Be mindful and watchful of how you are perceiving things. This can be difficult at first, it is not always easy to shift from "I am my mind" thinking into "I am observing my mind" consciousness. And yet, when you do, you find how simple it is to shift back and forth. From doing to being.

As you observe your own perceptive process, and examine how you receive information/people/actions, you may learn a lot more about your own inner blocks, fears, things which are possibly keeping you feeling lowly about yourself or others. In identifying these things you are then free to understand them, and then work through them towards a resolution of internal awareness.

So watch, observe. See how conflict can arise with others when our perceptions clash. See how you may be limiting yourself or another based on your perception. Are you able to differentiate between what you perceive, and what another perceives?

One person will watch a documentary about hurricanes with fear and horror over the destructive nature of these storms, while the person next to them may feel awe and inspired respect for the destructive nature of the storms. Two people watching the same program, yet perceiving it in completely different ways. Feeling different reactions as a result.

We do this in everything in life, and some of our most intense personality clashes occur due to a perceptive difference which lends itself to aggressive defensiveness.

Understanding perception and how we use it can help us rise above the need to defend anything, as we can ultimately see that we have no control over the way another person perceives.


Sunday, November 1, 2009

Punca Anak Menjadi Derhaka

Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…"

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah
bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana
taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah,
kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

“Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan.

Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.




Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri.