CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Friday, December 26, 2008

Goodbye 2008...welcome 2009


2008,Tahun yang memberi 1001 satu kenangan bakal ditinggalkan dan menyusuri lembaran baru 2009.Alhamdulilah,tahun emas bagi diriku dan membawa pelbagai perubahan dalam hidupku.EVOLUTION 85,kini melangkah ketahun-3,dan sudah pasti episode demi episode bakal dilakar demi menjadikan "insan" bernama naim ini terus sukses dalam apa jua bidang diceburi.Sejarah,dan kenangan menjadi ingatan dan "guideline" untuk aku melangkah terus kehadapan,meraih impian dan cita-cita.Menyingkap kenangan disepanjang 2008,mengukirkan 1001 kenangan manis dan "hikmah" dari Allah terhadap hamba-hambanya yang sabar.Ternyata,selama 3 tahun aku mencari jawapan,dan kini segalanya terjawab dalam tahun emas ini.Bergitulah hukum alam,putaran roda yang berpusing,kadang-kala kita diatas dan kadangkala kita dibawah.semoga diri ini diperlihara oleh Allah dan ditetapkan hati dalam iman.Calender 2009 pasti meyusul.Sejarah dan kenangan pasti tercatat.Insyallah,tahun 2009 kehidupan aku bakal dilengkapkan dan diperkuatkan lagi,dengan kehadiran seorang isteri.Bermacam persoalan bermain dalam minda.Adakah aku benar-benar bersedia untuk menjadi seorang suami??menjadi seorang lelaki yang dewasa??menjadi seorang ayah?menjadi pemimpin di sebuah organisasi besar?...berat bukan...Itulah,garisan kehidupan manusia.Apa yang pasti,masa-masa itu pasti akan datang.Cuma adakah kita bersedia atau tidak?Insyallah...belajar daripada mereka yang berpengalaman.

Chapter 2008













1) Complete My Study



20/01/2008

2) Java Expedition




21/01/2008

3) L.o.V.E





12/2/2008

4) PETROSAINS




25/02/2008 -31/06/2008

5) Jakarta Expedition



8/5/2008

6) AEON Management Trainee



1/7/2008

7) Laila Visit




7/8/2008

8) MMU Convocation



9/8/2008

9) TM Berhad (Permanent)



2/9/2008

10)My 1st Car (WRU 1827)



11/9/2008

11)Engagement




5/12/2008


All my dream berjaya dipenuhi di Tahun 2008 ini.I hope chapter 2009 memberikan suatu 1001 lagi kejayaan buat diriku.Alhamdulilah..BON Voyage 2008,Welcome 2009

Saturday, December 20, 2008

DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITA


ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.
Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
WALLAHUA'LAMBISSAWA B...

p/s:KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI

Thursday, November 27, 2008

Jadilah Seperti Danau


“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu. “Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih. Sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan.
“Sekarang kau ikut aku.” Sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.
“Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru.

Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. “Ahh, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan.

Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air diatas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutnya.
”Terasakah masin garam yang kau taburkan tadi?” soal guru. ”Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak, segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.”
“Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadar oleh Allah, sesuai utk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. “Tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yg dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak berasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu itu sebesar danau.”


Coretan penghantar: sama-sama mengambil ibrah dari kisah tersebut.renung kedalam hati, muhasabah diri, jaga hati, iman dan amal. Dipetik dari Luahan Rasa, Kesihatan akhbar Mingguan Malaysia

Tuesday, November 25, 2008

Empat punca hidup manusia tidak tenteram


SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

www.iluvislam.com
dihantar oleh: delirium
Editor: deynarashid

Monday, November 24, 2008

Rahsia Diri Melalui Darah



Rahsia Golongan Darah

Gologan darah A
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten..
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.

Gologan darah B

1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata.
Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

Gologan darah O
1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain..
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

Gologan darah AB
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

Anda tergolong pd golongan yg mana? Nilai DIRI anda.....

Tuesday, November 18, 2008

Jangan Cabar Fatwa



Keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan sebuah fatwa bahawa perlakuan 'pengkid' adalah haram, nampaknya telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, khususnya oleh golongan 'pengkid' itu sendiri. Malah, terdapat sekelompok masyarakat yang secara terang dan berani telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Lebih menyedihkan, sikap yang ditunjukkan dan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah-olah mereka memperlekeh dan menghina fatwa tersebut.

Apa yang menghairankan adalah ada di kalangan kelompok yang membantah fatwa tersebut merupakan mereka yang bukan beragama Islam. Saya ingin menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa keputusan fatwa hanya tertakluk kepada umat Islam. Justeru, dalam hal ini, umat bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan fatwa tersebut. Apatah lagi apabila pertikaian tersebut hanyalah dilandaskan kepada emosi dan pandangan peribadi semata-mata.

Masyarakat di negara ini, khususnya umat Islam, harus memahami bahawa tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk mengeluarkan hukum. Dalam Islam, soal hukum memainkan peranan penting kerana itu menjadi 'peraturan' dalam kita menjalani kehidupan berasaskan satu sistem nilai yang teratur dan sempurna. Saya kecewa dengan sikap beberapa pihak yang seolah-olah marah apabila ada peraturan-peraturan yang dikeluarkan untuk memandu kehidupan masyarakat. Apakah peraturan itu sesuatu yang tidak baik? Bukankah di mana-mana sahaja, di pelbagai peringkat, terdapat peraturan yang menjadikan kehidupan kita sebagai manusia lebih tersusun dan beradab?

Saya juga kurang bersetuju dengan istilah 'mengawal' (control) yang digunakan oleh sesetengah pihak yang menentang keputusan fatwa tersebut. Pada hemat dan pemahaman saya, keputusan fatwa tersebut (dan juga fatwa-fatwa sebelumnya, dan yang akan datang seterusnya) bukanlah bertujuan untuk 'mengawal' dalam konteks kawalan seperti robot dikawal oleh manusia, tetapi bertujuan untuk memandu umat Islam agar patuh kepada sistem nilai yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Hal ini tidak harus dilihat sebagai 'mengongkong kebebasan', kerana sebenarnya mereka yang bersikap dan berakhlak dengan akhlak yang tidak betul itulah yang terkongkong dalam dunia yang mereka cipta sendiri. Kebebasan tidak membawa maksud bebas untuk berperilaku sesuka hati mengikut naluri dan kerakusan syahwat, tanpa perlu mengikut undang-undang; sebaliknya, menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, kebebasan bermaksud: “keadaan pemulihan serta penyaksian diri akan hakikat semulajadinya”. Justeru, fatwa, hukum, peraturan dan sebagainya bukanlah bertujuan mengongkong, tetapi sebaliknya untuk memandu manusia mengenali hakikat diri. Sudah tentu juga, untuk mengenali hakikat diri, manusia perlukan kepada panduan dan pedoman yang disediakan oleh agama kerana kemampuan akal manusia itu terbatas.

Justeru, umat Islam di negara ini perlu menghormati dan mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerana tujuan fatwa tersebut adalah untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik, bukannya untuk mengongkong. Masyarakat yang lain pula, khusunya yang bukan beragama Islam yang menentang fatwa, perlu diingatkan agar jangan bertindak di luar batasan. Jangan cabar fatwa. Fatwa adalah khusus untuk umat Islam, justeru umat yang bukan beragama Islam tidak seharusnya campur tangan dan mempersoalkan hal-hal agama Islam, apatah lagi dalam keadaan mereka tidak memahami asas-asas dalam agama ini sendiri. Perlu difahamkan juga, bahawa proses untuk mengeluarkan sesuatu fatwa itu adalah satu proses yang cukup ilmiah dan sistematik (boleh rujuk dalam Portal e-Fatwa), yang berasaskan kepada sistem ilmu Islam yang begitu komprehensif dan teliti. Bukanlah fatwa itu dibuat berdasarkan kepada emosi dan sentimen semata-mata. Justeru, jika ada pun pertikaian dan persoalan yang ingin dikemukakan, biarlah hal itu dilakukan secara beradab dan melalui saluran-saluran yang betul.

Namun, dalam masa yang sama, umat Islam juga perlu mengambil sikap yang proaktif di dalam menangani masalah 'pengkid'. Sokongan, dorongan dan bimbingan haruslah diberikan kepada golongan tersebut agar proses untuk berubah itu dapat berlangsung dengan baik. Adalah tidak wajar bagi umat Islam, khususnya ahli keluarga golongan 'pengkid' itu sendiri, untuk menyisihkan, menghina dan mengutuk mereka, tambah-tambah lagi apabila mereka sudah punya kesediaan untuk berubah. Sudah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, mereka yang punya masalah akhlak apabila sudah mula untuk berubah, kembali kepada cara dan perilaku lama dek kerana cercaan dan hinaan masyarakat sekeliling. Contohilah akhlak agung Rasulullah s.a.w., serta pendekatan-pendekatan yang diambil oleh para ulama' terdahulu, khususnya ulama' nusantara, dalam melakukan dakwah dan menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Selain daripada itu, perhatian juga harus diberikan kepada kelompok-kelompok lain yang harus dibimbing dalam masyarakat kita. Antaranya, kelompok 'lelaki yang menyerupai wanita' (pondan), kerana mereka juga bersalah sepertimana salahnya golongan 'pengkid'. Malah, perlakuan 'pondan' yang sudah pun wujud dalam institusi-institusi pengajian tinggi harus dipandang serius dan diambil tindakan yang sewajarnya. Saya juga bersetuju dengan pandangan seorang pembaca dalam Laman Web Forum TV3 bahawa di samping masalah 'lelaki suka lelaki' dan 'perempuan suka perempuan' (homoseksual), masalah lelaki dan wanita bukan muhrim yang sering keluar bersama dan berperlakuan tidak wajar juga perlu diberikan perhatian yang serius dan dibendung.

Semestinya, dalam membincangkan permasalahan dalam masyarakat seperti ini, kita perlu kembali menilai sistem pendidikan kita kerana akar permasalahannya adalah di situ. Kita perlu kembali meletakkan pendidikan agama dan nilai sebagai asas terpenting dalam membina generasi muda berkualiti, seterusnya melahirkan modal insan kelas pertama yang akan dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat dan negara yang maju dan bertamadun.

Saturday, November 1, 2008

Inalillah,Wainallilah Hirojiun


Inalillah,Wainallilah Hirojiun...Tersentuh hati!!Mungkin ini perasaan yang lahir bilamana 3 saudara gugur menjalani hukuman eksekusi lantaran peristiwa pengeboman Bali,2002 yang megorbankan 200 orang..Aku bukanlah,seorang yang bijak untuk menafsirkan sama ada benar atau tidak tindakan mereka.Semoga Allah,memberi nikmah dan rahmat pada roh mereka dan keluarga yang ditinggalkan.Allahuakbar!!Apakah sebenar jihad?

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim, dan Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya rasul itu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu dari tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka Dia-lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong" (Al Hajj 78).

Ayat di atas jelas menyatakan bahwa jihad merupakan suatu kewajiban bagi semua muslim yaitu dengan jihad yang sebenar-benarnya. Adakah jihad yang bukan sebenar-benar jihad ?. Sudah benarkah pemahaman kita sendiri akan jihad itu sendiri ?. Bagian ayat berikutnya adalah dimana Allah telah memilih kita dan tidak menjadikan suatu kesempitan dalam beragama. Dari kata-kata "Dia telah memilih kamu", dapat kita tarik kesimpulan bahwa jihad dilakukan dalam rangka tujuan pokok penciptaan manusia dimana Allah menunjuk manusia seabgai khalifah di bumi sebagaimana disebutkan juga dalam surat Al Baqarah 31 "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sesungguhnya aku akan menciptakan khalifah di muka bumi ....". Bagian berikutnya "Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agamamu suatu kesusahan" memberikan maksud kepada kita bahwa jihad itu sendiri dilakukan oleh semua muslim sesuai dengan kemampuannya masing-masing, sebagaimana dijelaskan oleh surat Al Baqarah 286, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...".

Makna Jihad

Jihad merupakan suatu kata yang sangat akrab didengar oleh telinga kita dan lidah kitapun sudah sangat fasih untuk mengucapkan kata tersebut, padahal sering kita tidak mampu untuk menjelaskan mengenai jihad itu sendiri dalam arti yang sebenarnya. Dalam benak pemikiran kita, ketika disebut kata jihad, maka sering dari kita, secara otomatis, mengidentikkan dengan perang melawan musuh. Tetapi benarkah pemahaman kita tentang jihad seperti ini ?. Pengartian atau pemaknaan jihad yang tidak tepat pada akhirnya akan berakibat menurunkan makna (moral) sebenarnya dari jihad itu sendiri.

Jihad berasal dari kata "jahada" yang berarti "bersungguh-sungguh" . Dengan melihat arti dasar dari kata jihad ini, akan didapati makna jihad yang sangat luas dan tidak terbatas pada areal perang. Jihad merupakan rangkaian dari ajaran Islam "Amar ma`ruuf wa nahii munkar", dan sekali lagi akan kita jumpai makna yang sangat luas dan dalam darinya mengingat usaha-usaha amar ma`ruuf dan nahii munkar yang sangat banyak pula.

Friday, October 31, 2008

Diakhirat Kita Bermusuhan ?

Aisha isteriku, apakah kau benar-benar mencintaiku?" tanyaku.
Aisha menganggukkan kepala.
"Aku juga sangat mencintaimu. Dan aku tak ingin kita yang sekarang ini saling mencintai kelak di akhirat menjadi orang yang saling membenci dan saling memusuhi."
"Apa maksudmu? Apakah ada dua orang yang di dunia saling mencintai di akhirat justru saling memusuhi?" tanyanya.

"Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka keduanya bisa saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil maupun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun juga. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa. Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah Swt. Inilah yang telah diperingatkan oleh Allah Swt dalam surat Az Zukhruf ayat 67: ‘Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.’

Isteriku, aku tak ingin kita yang sekarang ini saling menyayangi dan saling mencintai kelak di akhirat justru menjadi musuh dan seteru. Aku ingin kelak di akhirat kita tetap menjadi sepasang kekasih yang dimuliakan oleh Allah Swt. Aku tak menginginkan yang lain kecuali itu isteriku. Hidup dan mati sudah ada ajalnya. Allahlah yang menentukan bukan keluarga Noura juga bukan hakim pengadilan itu. Jika memang kematianku ada di tiang gantungan itu bukan suatu hal yang harus ditakutkan. Beribu-ribu sebab tapi kematian adalah satu yaitu kematian. Yang membedakan rasanya seseorang mereguk kematian adalah besarnya ridha Tuhan kepadanya. Isteriku, aku sangat mencintaimu. Aku tak ingin kehilangan dirimu di dunia ini dan aku lebih tak ingin kehilangan dirimu di akhirat nanti. Satu-satunya jalan yang harus kita tempuh agar kita tetap bersama dan tidak kehilangan adalah bertakwa dengan sepenuh takwa kepada Allah Azza Wa Jalla."
Tangis Aisha semakin menjadi-jadi.
"Ka...kau benar Suamiku, terima kasih kau telah mengingatkan diriku. Sungguh beruntung aku memiliki suami seperti dirimu. Aku mencintaimu suamiku. Aku mencintaimu karena kau adalah suamiku. Aku juga mencintaimu karena Allah Swt. Ayat yang kau baca dan kau jelaskan kandungannya adalah satu ayat cinta di antara sekian juta ayat-ayat cinta yang diwahyukan Allah kepada manusia. Keteguhan imanmu mencintai kebenaran, ketakwaan dan kesucian dalam hidup adalah juga ayat cinta yang dianugerahkan Tuhan kepadaku dan
kepada anak dalam kandunganku. Aku berjanji akan setia menempatkan cinta yang kita bina ini di dalam cahaya kerelaan-Nya."

Thursday, October 16, 2008

Rasuah musnah pembangunan, sistem masyarakat


Tamakkan kemewahan segera tutup pintu hati manusia daripada mengingati Allah. Selari dengan firman Allah Taala yang berfirman melalui surah al-Mukminun ayat 71 yang bermaksud:
"Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, maka pasti binasalah langit dan bumi dan segala yang ada di dalamnya."

Biarpun ramai menyedari perbuatan makan suap atau rasuah adalah haram dan dibenci Allah dan undang-undang dunia, gejala rasuah terus berkembang di kalangan masyarakat, sama ada pada peringkat atasan atau bawahan. Dua kemungkinan yang membawa kepada hebatnya gejala ini dengan terus berleluasa di kalangan masyarakat kerana ketidak fahaman terhadap istilah rasuah dan juga kerana kuatnya perasaan tamak dan haloba untuk memiliki kekayaan dengan cepat. Perbuatan tumbuk rusuk ini bukanlah perkara baru dalam kehidupan masyarakat moden kini. Justeru ia dianggap sebagai suatu perbuatan biasa dan lazim dalam kehidupan seharian, maka gejala rasuah kini menjadi salah satu jenis penyakit sosial yang sukar diubati.

Dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara, rasuah menjadi ancaman cukup berbahaya. Perbuatan rasuah akan mengancam seluruh sistem pembangunan sesebuah negara yang bakal melahirkan sebuah masyarakat yang kucar-kacir dan akan menjadi penyumbang kepada keruntuhan sesebuah bangsa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang kami tunjukkan (lantik) untuk memegang sesuatu jawatan yang sudah kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih dari itu, maka sebenarnya dia sudah mencuri." Rasulullah mengutuk sesiapa saja yang memperoleh harta dan wang ringgit melalui rasuah. Khalifah Umar al-Khattab pada masa pemerintahannya juga sentiasa melafazkan perkataan amat berat dan kasar kepada pengamal rasuah. Kekeliruan dan kejahilan seseorang individu mengenai rasuah mungkin berpunca daripada pemahaman cetek terhadap kalimah rasuah itu sendiri yang disangka hanya membabitkan wang semata-mata.

Rasuah bukan saja membabitkan penggunaan mata wang, malah turut merangkumi aspek kehidupan lain seperti tidak menjalankan tanggungjawab mengikut tempoh ditetapkan atau berlaku tidak jujur dan menyeleweng melakukan sesuatu tindakan dan perbuatan. Pengamal rasuah biasanya akan lebih kuat menjalankan tugasnya apabila ditawarkan dengan pelbagai bentuk sogokan. Sogokan itu mungkin dalam bentuk hamper, buah tangan, hadiah, cenderamata atau apa saja yang dianggap sebagai perantara dan pemangkin kepada tercapainya sesuatu keinginan seseorang individu. Manusia yang mengamal rasuah ini jarang memikirkan segala tindak-tanduk adalah satu bentuk penganiayaan yang sengaja mereka rancang untuk menindas orang lain. Mereka yang tidak berhak diberikan hak dengan cara batil, sementara yang berhak sudah pasti akan kehilangan peluang walaupun mereka sebenarnya mempunyai kemampuan dan kudrat untuk melaksanakan sesuatu amanah dan tanggungjawab tertentu. Justeru, pengamal rasuah yang hidup saling tindas menindas ini semakin alpa dengan tuntutan agama. Kemewahan dan kekayaan segera yang diperoleh menutup pintu hati mereka daripada mengingati Allah, bahkan mereka seperti sengaja menimbun dosa dan noda kerana perbuatan sendiri. Rasulullah SAW sering berpesan kepada pegawai dan pentadbir pada zaman Baginda agar tidak menunjukkan kemewahan hidup yang mereka ada terutama ketika berurusan dengan orang ramai. Baginda pernah berkata kepada Muaz bin Jabal yang dilantik menjadi duta di Yaman. "Wahai Muaz, jauhilah hidup kamu dari keadaan serba mewah kerana hamba Allah yang setia bukanlah begitu sifatnya." Muaz mematuhi pesanan Rasulullah kerana tidak ingin menderhakai Allah dan tidak mahu tergolong dalam golongan umat Muhamad seperti dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: "Nanti akan ada di kalangan umatku yang memakan sajian makanan dan minuman yang bermacam-macam serta memakai beraneka jenis pakaian dan mereka bijak pula bercakap, berbual dan membelitkan lidah. Mereka itulah penjahat dalam umatku." (Riwayat al-Tabrani) Seorang pegawai Rasulullah di Bahagian Perbendaharaan Negara yang menjalankan tugasnya sebagai pemungut cukai bertemu Rasulullah untuk menyerahkan hasil kutipan cukai kepada Baginda. Kata pegawai itu, " Ya Rasulullah, inilah hasil negara dan ini pula hadiah untuk saya." Mendengar hal itu, air muka Rasulullah segera berubah, lalu Baginda berkata: "Aku sudah mengangkat seorang pegawai untuk satu pekerjaan. Sesudah dia bertugas, ada pula hak untuk negara dan hak untuk dirinya. Andainya dia duduk di rumah ibu bapanya dia akan mendapat hadiahkah sekiranya dia jujur? Janganlah kamu mengambil sesuatu yang bukan hak kamu supaya kamu tidak diseksa kerana wang atau pemberian itu pada hari akhirat kelak." Gejala rasuah banyak mencetuskan pelbagai kes jenayah seperti peras ugut, bunuh, dendam dan pelbagai gejala lain yang boleh memusnahkan kehidupan manusia secara keseluruhannya. Pengamal rasuah tidak akan mampu menggunakan akal dengan rasional kerana jiwa dan hati mereka sudah jauh terpesong daripada landasan syariat. Mereka sudah hilang rasa kasihan dan kemanusiaan sebaliknya mudah berkelakuan ganas dan zalim apabila tidak memperoleh apa yang mereka idamkan. Sudah tidak ada lagi rasa keinsafan dan kesedaran bahawa diri mereka milik Allah dan bakal kembali kepada-Nya.

Salam Aidilfitri


Alhamdulilah,tahun ini Aidilfitri agak meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini.Tahun ini juga,adalah kali pertama,aku meraikan Aidilfitri dalam keadaan seorang yang sudah berkerjaya.ALhamdulilah,dengan kemurahan rezeki yang dikurniakan dengan pekerjaan yang lebih stabil dan meyakinkan.Inilah suatu rezeki yang tidak aku menduga sama sekali.Mungkin kerana niatku yang mahu mendirikan rumahtangga lebih awal,maka "kemudahan" dan "keringanan"dalam setiap urusan yang meng"arah" kejalan itu dipermudahkan.Alhamdulilah,akhirnya perasaan "marah dan dendam"yang bersarang selama 3 tahun ini,dapat diakhiri dan diatasi dengan "kemaafan"serta pengharapan akan bermulanya suatu lembaran chapter hidup yang baru.Kini,kehidupanku lebih tenang dan aman.Apapun,suatu pengajaran dan hikmah dapat diambil disini dengan setiap perkara yang berlaku. Bulan puasa kali ini adalah suatu cabaran cukup getir buatku.Alhamdulilah,sempurna sudah ramadhan dilaksanakan,dan harapan ku,segala amalan dan pengajaran di bulan ramadhan dapat diserap dalam diri ini ,serta diberi peluang untuk menghadapi ramadhan seterusnya.Dalam tempoh 2 minggu pertama ramadhan,boleh dikatakan aku berjauhan dari keluarga lantaran menghadiri "TMs induction course" di Taiping,Perak.Kini,aku dalam tempoh "training" untuk didedahkan dengan operasi keseluruhan syarikat,sebelum disahkan dalam "placement" job di TM's.So,lebih kurang lagi 2 minggu,sebelum disahkan "placement".Dikesempatan ini,Aku mengambil ruang mengucapkan salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat,Maaf Zahir dan Batin jika diri ini melakukan kesalahan dan kesilapan.

KEROSAKAN YANG DIRANCANG

Apabila kita melihat kemungkaran dan maksiat serta kerosakan yang melanda dunia hari ini, negara-negara umat Islam tidak terkecuali daripada turut menjadi mangsa. Malah di sesetengah tempat dan negara kita dapati umat Islamlah yang paling banyak terlibat dengan segala bentuk gejala sosial hinggakan timbul pertanyaan, apakah tidak ada sebarang pembelaan dan perlindungan dari Tuhan untuk umat Islam?

Persoalannya ialah apakah perkara ini kebetulan ataupun memang dirancang. Sejarah membuktikan bahawa sejak dari zaman para rasul lagi, memang musuh-musuh Islam sentiasa berusaha dan mencari jalan bagaimana untuk melemah dan menghancurkan umat Islam.

Di antara musuh-musuh Islam yang di sebut oleh Tuhan di dalam A1 Quran ialah Yahudi dan Nasrani.

Firman Allah SWT: "Tidak akan redha ke atas kamu orang-orang Yahudi dun Nasrani hinggalah kamu mengikut jalan mereka." (Surah Al-Baqarah: 120)

Kedatangan para rasul dan mujaddid juga sangat ditunggu-tunggu oleh musuh terutama Yahudi. Para pendeta Yahudi dan Nasrani telah membawa berita dari generasi ke generasi tentang kedatangan wakil-wakil Tuhan ke muka bumi. Tujuannya ialah supaya mereka bersiap sedia dan merancang untuk memerangi orang-orang Tuhan di setiap zaman. Mereka sedar bahawa kedatangan pemimpin-pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan tidak boleh dihalang, kerana ituadalah janji Tuhan. Tetapi mereka tidak berputus asa, malah sentiasa berusaha merancang bagaimana untuk menutup rahsia ini supaya manusia tidak tahu, mengganggu dan menghalang manusia daripada menerima kebenaran yang dibawa oleh para rasul dan mujaddid sepanjang zaman.

Begitu jugalah kepada bangsa Yahudi ini diberi satu kelebihan oleh Tuhan iaitu mereka sangat cerdik akalnya dan mampu melihat apa yang bakal berlaku ratusan tahun akan datang. Ini tidak berlaku pada umat Islam hari ini di mana nasib umat Islam di hari esok pun masih ramai yang tidak mampu melihat. Dalam misi mereka yang diperturun dari generasi ke generasi untuk menghancurkan umat Islam, pihak musuh terutama Yahudi sangat mengkaji tentang Islam.

Di antara perkara yang sangat di kaji ialah di mana kekuatan umat Islam, di mana kelemahan mereka, dan bagaimana umat Islam boleh dirosakkan.

Mari kita ambil contoh apa yang berlaku di Turki. Turki pernah mencatatkan sejarah kegemilangan Islam di bawah pemerintahan Bani Usmaniah yang dipimpin oleh seorang sultan yang bertaqwa iaitu Muhammad A1 Fateh. Di zaman kegemilangannya, Bani Usmaniah telah berjaya menakluki 29 buah negara, termasuk negara-negara Eropah berada di bawah jajahan takluknya. Pada masa yang sama, pihak musuh walaupun mereka lemah di waktu itu, tetapi mereka tidak duduk diam. Mereka mengkaji dan merancang bagaimana untuk menghancurkan kekuatan dan pengaruh Islam di Turki. Mereka juga sangat mengkaji di manakah kekuatan sebenar umat Islam yang menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka. Hasil kajian mereka di dapati bahawa kekuatan utama yang ada pada umat Islam di waktu itu ialah mereka dipimpin oleh pemimpin yang dijanjikan iaitu Sultan Muhammad A1 Fateh.




Ini berdasarkan Hadis Rasulullah yang memberitahu bahawa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tentera yang baik. Maka apabila Muhammad A1 Fateh berjaya memenuhi ciri-ciri tersebut maka berlakulah kemenangan di tangannya sepertimana yang disebut oleh Rasulullah itu. Apakah kekuatan yang ada pada Muhammad A1 Fateh sehingga berjaya menawan Konstantinopel? Muhammad A1 Fateh adalah putera seorang raja Turki yang bernama Sultan Murad.

Dari kecil lagi beliau dididik di rumahnya oleh Samsuddin A1 Wali, seorang ulama sufi dan waliullah yang sangat masyhur di Turki di waktu itu. Ketika berumur 20 tahun, Muhammad A1 Fateh telah menjadi seorang ahli sufi. Tiada siapa dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan akhirnya dapat menawan dan mengislamkan Konstantinope1 pada usia 23 tahun.

Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah bersabda mengenainya. Kejayaan Muhammad A1 Fateh adalah apabila beliau berjaya mendapat bantuan Allah kerana ketaqwaannya serta ketaqwaan tenteranya. Beliau telah berusaha memenuhi ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah iaitu Konstantinopel akan berjaya ditawan apabila rajanya ialah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat.

Baik yang dimaksudkan di sini ialah hingga ke tahap taqwa yang tinggi kepada Tuhan. Sejarah telah menceritakan kepada kita bagaimana Muhammad A1 Fateh sebelum menghantar tenteranya ke medan perang akan memeriksa terlebih dahulu siapakah di kalangan mereka yang tidak sembahyang malam. Jika ada yang cuai sembahyang malam maka tidak akan dibenarkan menyertai perbarisan ke medan perang kerana dikhuatiri tidak akan mendapat bantuan Tuhan.



Begitulah sekali seriusnya Muhammad A1 Fateh dalam mendidik dan memimpin tenteranya bagi memastikan bantuan Tuhan berlaku hingga akhirnya tercapailah kemenangan yang sangat bersejarah itu. Apabila raja, tentera dan rakyat sesebuah negara itu bertaqwa maka akan datanglah bantuan Tuhan dari sumber yang tidak terduga.

Sepertimana yang berlaku pada Muhammad A1 Fateh dan tenteranya, di zaman itu tidak ada siapa yang menduga seorang anak muda bersama tenteranya yang sedikit dapat mengalahkan Rom dan akhirnya mengislamkannya. Hal ini sangat memeranjatkan dunia termasuk ulama yang sezaman dengannya.

Rahsia kemenangan dan kekuatan umat Islam itu rupanya sangat menjadi perhatian musuh terutama Yahudi. Mereka merancang bagaimana untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam yang sangat bersandar kepada kekuatan dalaman iaitu iman dan taqwa .Mereka menunggu beberapa tahun hingga umat Islam sudah agak lalai, lalu mereka jalankan jarum-jarum mereka untuk merosakkan umat Islam.

Apa yang meraka lakukan sungguh halus dan licik hingga tidak mampu dikesan oleh umat Islam di waktu itu. Mereka mulakan dengan mencari jalan untuk merosakkan keturunan umat Islam. Memang di dalam Islam pun diakui bahawa antara faktor tersirat yang menjadi punca kejahatan seseorang ialah kerana keturunan yang telah rosak seperti keturunan zina. Betapalah kalau tidak dididik, keturunan yang rosak akan menjadi lebih jahat lagi. Oleh sebab itulah Yahudi menaja berbagai bentuk maksiat untuk merosakkan keturunan manusia bermula daripada pergaulan bebas yang akhirnya akan membawa kepada zina.

Begitu juga gejala lesbian dan homoseks yang sangat merosakkan keturunan umat Islam. Apabila umat telah rosak, timbullah perpecahan, hilang perpaduan, hilang malu dan maksiat berlaku di mana-mana. Akhirnya sedikit demi sedikit akhlak umat Islam menuju kejatuhan dan kehancuran sama ada secara sedar ataupun tidak. Sebab itulah di antara budaya bangsa Yahudi yang memeranjatkan, kalaulah ada orang Islam yang bermusafir dan menumpang tidur di rumahnya, dia akan menyuruh anak gadisnya tidur dengan orang itu. Akhirnya apabila berlaku penzinaan dan bila lahir anak zina, anak itu juga akan disuruh berzina dan diatur untuk dikahwinkan dengan anak zina juga. Hal ini akan berlaku secara berterusan dan akhirnya akan bercampuraduklah keturunan zina dengan keturunan yang bersih, dan apabila majoriti masyarakat terdiri daripada orang yang telah rosak keturunannya maka mudahlah mereka diperkotak-katikkan oleh Yahudi.

Sejarah perancangan jahat Yahudi untuk merosakkan umat Islam ini berlaku sejak zaman Rasulullah dan para Sahabat lagi. Di zaman pemerintahan Sayidina Umar, anak lelakinya pernah di perangkap tidur di rumah seorang Yahudi. Tanpa disedari dia telah diberi minum arak. Sewaktu anak Sayidina Umar berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, Yahudi tersebut telah mengarahkan anak gadisnya supaya tidur dengan anak Sayidina Umar. Berlakulah penzinaan hingga menyebabkan anak gadis Yahudi itu mengandung. Setahun selepas itu setelah melahirkan anak, perempuan Yahudi itu telah membawa bayinya berjumpa dengan Sayidina Umar r.a. lalu berkata, "Inilah cucumu hasil daripada perhubungan luar nikah aku dengan anakmu."

Sayidina Umar r.a. lalu memanggil anaknya dan dihukum sebat hingga mengakibatkan dia mati. Begitulah sekali licik dan jahatnya perancangan Yahudi dalam hendak merosakkan umat Islam. Begitulah juga untuk merosakkan Turki, mereka telah merancang selama lebih 300 tahun, bagaimana hendak menghancurkan umat Islam Turki. Mereka telah mengkaji dan faham di mana kelemahan umat Islam Turki. Mereka pun mengusahakan agar lahir sebanyak-banyaknya anak zina. Anak-anak itu kemudian dipisahkan daripada ibu bapa mereka. Kemudian Yahudilah yang me`monitor` anak-anak itu, merekalah yang menjadi master plannernya.Anak-anak hasil zina itu diusahakan pula supaya berzina dengan orang lain. Begitulah diusahakan secara sambung-menyambung sehingga akhirnya lahirlah Mustafa Kamal Ataturk, seorang manusia yang tidak diketahui siapa ibu bapanya. Dia diasuh, dididik dan di`monitor` oleh Yahudi dan diusahakan hingga akhirnya menjadi seorang pemimpin yang sangat kejam, zalim dan sangat menentang Islam.

Dia memulakan pemerintahan kuku besinya dengan menyembelih para ulama. Sedikit demi sedikit, Turki yang asalnya sebuah empayar Islam yang sangat kuat akhirnya telah berjaya dicorak oleh Yahudi hingga menjadi sebuah kerajaan sekular yang sangat menentang kebangkitan Islam.

Begitulah hasil perancangan Yahudi yang memakan masa ratusan tahun, tetapi dibuat dengan begitu licik dan terancang hinggakan apabila umat Islam tersedar, ia sudah terlambat.



Kerosakan sudah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi malangnya, masih ramai umat Islam yang belum menyedari faktor tersirat ini lalu tidak berhati-hati dalam berhadapan dengan perangkap Yahudi. Perancangan ini sebenarnya bukan terhenti di Turki sahaja tetapi dilakukan juga di negara-negara dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini.

Selagi ada umat Islam di muka bumi ini selagi itulah Yahudi tidak akan berdiam diri dan akan terus mengusahakan kehancuran umat Islam. Pernah terjadi di Paris, Yahudi sanggup mengirimkan anak-anak gadis mereka untuk tidur selama setahun dengan rakyat Iraq yang sedang berlatih di sana untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan senjata nuklear di Iraq. Bukan sekadar itu sahaja, tetapi mereka juga berjaya mencatur wanita-wanita Yahudi mengahwini pemimpin-pemimpin penting di negara-negara Arab yang menjadi sasaran mereka.

Begitu mudah sekali umat Islam yang telah lemah imannya termasuk ke dalam perangkap Yahudi.

Thursday, September 25, 2008

Selangkah ke Alam Perkahwinan




Rumahtangga dan kekeluargaan merupakan satu institusi mulia yang telah ditetapkan oleh Allah stw sebagai satu fitrah dan sebagai pengimbang kehidupan manusia di dunia ini. Allah swt telah menetapkan dan meletakkan kedudukan rumahtangga dan keluarga sebagai pegimbang dan pengawal asas duniawi dan kehidupan manusiawi di dunia ini. Dimaksudkan dengan makna pegimbang dan pengawal asasi ialah keluarga berperanan mengawal dan membentuk peribadi kemanusiaan kepada kebaikan asasi sebagai seorang manusia sekalipun jauh dari bimbingan agama.


Di alam yang luas ini, dari pelbagai bangsa dan etika serta budaya, tidak semua makhluk manusia beriman kepada Allah swt dan wujud lebih jutaan billion manusia di dunia ini yang kafir namun bersyukur kita dengan kewujudan institusi kekeluargaan sejak zaman dahulu menjadikan sifat manusiawi seseorang itu terkawal dan terbentuk sekurang-kurangnya sebagai manusia piawai kualitinya terpenuhi dengan kewujudan keluarga.


Sejahat-jahat seorang manusia itu hari ini, kekeluargaan yang pernah dimilikinya ketika kecil menjadikan dia masih layak dikatakan sebagai manusia. Misalnya, seseorang itu belajar mengasihi ibu dan bapa, belajar kewujudan perkara yang dinamakan sebagai baik atau sebagai jahat, mempelajari sifat menghormati, mempelajari moral dan cara bertingkah laku sebagai manusia , cara memakan dan meminum sebagai manusia, cara berjalan sebagai manusia dan lain-lain.


Demikianlah rahmat Allah kepada manusia secara umum kepada semua hamba-Nya baik yang beriman atau yang tidak beriman namun tetap mendapat rezeki di dunia ini secara adil dan salah satu rezeki dan nikmat dunia yang paling besar ialah keluarga.
Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).


Kekeluargaan Muslim
Rumahtangga muslim merupakan sebesar-besar nikmat kepada seseorang manusia, ini kerana disamping keluarga dan rumahtangga ini mampu memenuhi kehendak fizikal dan mental manusia maka ianya juga mampu membekalkan agama dan hidayah pertunjuk kepada seseorang manusia itu sehingga lahirnya anak yang kecil itu sudah disuluhi oleh cahaya iman dan Islam dan lahir sebagai seorang Islam tanpa perlu bersusah payah mencari hidayah.
Rumahtangga Islam yang terbina dari panduan syariat Islam dan menjalankan kewajipannya menurut panduan dari Al-Qur’an dan sunnah merupakan penyelamat kepada pelbagai masalah dan merupakan perlindungan kepada ahlinya dari kesesatan dan kerosakan.
Membina sebuah rumahtangga Muslim bukanlah mudah sebaliknya prosesnya memakan masa dan memerlukan usaha yang berpanjangan dan dimulai sejak dari tunas kecil sehingga kepada akar yang mendasar. Pembinaan rumahtangga muslim itu memerlukan kepada beberapa perkara asas sebagai benihnya iaitu :
a) Ikhlas

b) Ilmu yang sahih dari kitab dan sunnah

c) Amal yang berterusan


Ikhlas
Keikhlasan merupakan benih pertama dan asasi dalam menghasilkan rumahtangga muslim. Ini bermula dari niat yang bersih dan terpelihara dari kepentingan dunia dan pembinaan rumahtangga itu diniatkan khusus sebagai ibadah kepada Allah swt.


وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
“ Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus” (Al-Baiyinah : 3).
Niat dan tujuan itu merupakan asas amalan dan salah satu penyebab penerimaan atau penolakkan amalan itu di sisi Allah lalu niat membina ibadah rumahtangga muslim ini jika dibuat dengan ikhlas dan hati itu dibersihkan dari kotoran nafsu dan dunia serta dikhaskan kepada Allah swt maka benih pertama dalam penumbuhan rumahtangga muslim itu akan berjaya.
Seorang lelaki yang berniat ikhlas mahu menegakkan rumahtangga muslim maka baginya sudah pahala dan ganjaran di sisi Allah swt baik dia berjaya atau tidak. Niat yang ikhlas itu akan sampai kepada Allah swt sebagai ibadah dan doa lalu akan dibukakan jalan dan dipermudahkan kepadanya.
Keikhlasan itu terpapar apabila sejak dari sebelum bernikah lagi apabila seseorang yang ikhlas mahu menegakkan rumahtangga muslim maka tidaklah dia mencari pasangan yang kerana dunia (cantik, kaya, berketurunan bangsawan) sebaliknya yang dicarinya ialah pasangan yang beragama sebagai tanda keikhlasannya membina rumahtangga Islam.


Ilmu yang sahih dari kitab dan sunnah
Ilmu yang sahih merupakan syarat penting dalam penerimaan sesuatu amalan atau penolakkan di sisi Allah swt sesudah niat yang ikhlas. Ini kerana tanpa ilmu yang tinggal hanya kesesatan dan kejahilan. Terlalu ramai orang yang mempunyai niat yang bersih dan ikhlas namun tanpa ilmu menyebabkan amalan mereka menjadi sia-sia sebaliknya mengundang celaka dan bala kepada mereka.
Sabda baginda Salallahualaihiwasalam :
من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهوا رد
“ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .
Ilmu berperanan membimbing manusia ke jalan yang benar dan sahih serta memelihara dari kejahatan dan keburukkan yang tidak diketahui oleh orang ramai. Tidak semua ilmu itu sahih sebaliknya wujud ilmu yang sebenarnya kesesatan dan kepalsuan hasil dari taqlid (ikutan buta) hasil dari pegangan dan kepercayaan palsu yang tiada dasar dan jaminan akan kesahihannya.
Sabda baginda salallahualaihiwasalam :
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله
“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak no.63).
Ilmu yang sahih ialah apa yang datang dari kitab dan sunnah menurut kaedah dan cara para salaf soleh dalam pemahaman terhadap ilmu agama kerana merekalah (para salaf soleh) merupakan sebaik-baik umat dalam beragama.
Ilmu yang sahih dapat menjadi pemandu kepada seseorang itu dalam membina rumahtangga muslim yang soleh dan sebenar menurut pertunjuk sebaik-baik manusia dan penghulu segala rasul iaitu Muhammad salallahualaihiwasalam.
Keilmuan itu terhasil dari pemahaman yang mendalam terhadap agama dan mampu membezakan antara yang benar dan salah. Tidak cukup bergelar ustaz dan ustazah namun tidak mampu menilai kebenaran dan kebathilan jalan dan perjuangan yang ditempuhi dalam kehidupan apakah benar atau sebaliknya.
Keilmuan yang sahih dari kitab dan sunnah menyebabkan seseorang itu tidak salah memilih cara dan kaedah yang sahih dalam membina rumahtangga muslim. Misalnya, seorang lelaki yang memiliki ilmu yang sahih tidak akan membina rumahtangganya melalui cara yang salah seperti “berdating”, bercinta tanpa arah, melakukan maksiat sebaliknya beliau akan menjaga dirinya dan memilih pasangannya dari golongan yang beriman dan beragama.
Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).


Amal yang berterusan
Keilmuan itu terhasil dengan pengamalan dan pelaksanaan dan tidaklah membawa apa-apa hasil dari ilmu yang mendalam dan niat yang ikhlas tanpa diakhiri dengan amal dan berjihad (bergigih usaha) melaksanakan apa yang dipelajari dan difahami teruatama dalam kehidupan dengan berusaha mencapai tujuan iaitu beribadah kepada Allah dan membina rumahtangga muslim yang soleh sebagai salah satu ibadah kepada Alah swt.
Amalan yang berterusan itu bermakna tiada putus dan tidak berhenti sekerat jalan sebaliknya berterusan walaupun perlahan dan lambat tanpa perlu tergopoh-gapah. Beramal dengan Islam dan berusaha mendirikan rumahtangga muslim dengan tidak berputus asa dan berterusan mencuba dengan ilmu dan kefahaman yang sahih maka insyaAllah segala yang menjadi halangan pasti akan dapat ditempuhi dan rumahtangga muslim pasti akan tertegak walau pun memakan masa yang cukup lama.
Seorang lelaki yang gigih berusaha membina rumahtangga muslim pasti akan menemui pelbagai halangan ini kerana apa yang diusahakan olehnya itu merupakan satu perkara yang besar maka pastilah pelbagai ujian dan halangan akan menimpanya. Lalu dengan kegigihan dan usaha serta tawakal kepada Allah swt maka akhirnya dia akan berjaya.
Terhasilnya rumahtangga muslim memakan masa dan mungkin apa yang diusahakan sekarang baru terlihat hasilnya pada masa akan datang atau pada generasi anak cucu yang kemudian. Namun semuanya dilakukan kepada Allah swt lalu tidak perlu dibimbangi segala usaha pasti dinilai oleh Allah swt.
Beramal dalam mendirikan rumahtangga Islam bermaksud melakukan usaha dari aspek berikut :
i) Berusaha memperbaiki diri dan membina peribadi muslim dalam diriDimaksudkan melakukan usaha memperbaiki diri ialah mempertingkatkan kemajuan diri dan keadaan diri dari jahil kepada ilmu, dari miskin kepada kaya, dari hina kepada mulia dari sakit kepada sihat dengan usaha yang gigih.
Juga bermaksud membina peribadi muslim dengan menambahkan keilmuan dan kefahaman serta memperbanyakkan amalan serta usaha gigih untuk membentuk diri sebagai hamba Allah swt yang berkualiti.
Peribadi muslim bermakna mempunyai aqidah yang sahih, pengamalan ibadah yang sahih dan berkualiti, bermuamalah dan berhubungan dengan sesama manusia melalui muamalah yang sahih dan mulia serta mempunyai akhlak muslim yang mulia dan soleh di samping beramal kepada Islam melalui keilmuan dan kefahaman yang benar.
ii) Berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang lain serta berusaha membentuk peribadi muslim dalam peribadi orang lain
Beramal dengan berdakwah ialah setelah terhasil peribadi muslim dalam diri yang dapat menjadi contoh dan teladan keapda orabng lain serta mempunyai kualiti ilmu yang dapat di sampaikan dan disebarkan.
Berusaha membentuk peribadi muslim dalam jiwa orang lain ialah dengan bertahap dan berperingkat serta dimulai dengan ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.
Tidaklah benar berdakwah kepada orang lain dengan melupakan diri sendiri dan ahli keluarga terdekat. Bahkan mereka merupakan tanggungjawab yang akan ditanyai kepada kita terlebih dahulu.
iii) Mencari pasangan yang soleh / solehahPasangan yang soleh atau solehah merupakan pembantu dalam agama dan komponon penting dalam membina rumahtangga yang soleh. Tanpa isteri tidak akan wujud keluarga dan terlahirnya anak maka perlulah dicari isteri yang solehah dan suami yang soleh sebagai teman hidup dan pembantu dalam agama.
Seorang perempuan boleh meminang lelaki seperti yang dilakukan oleh Ummul Mukminin Khadijah ra yang mulia dan begitu juga pihak wali keluarga perempuan untuk meminang lelaki yang soleh sebagai pasangan kepada anak perempuan mereka dibolehkan bahkan tiada kurang atau aibnya.
Bersegera kepada kebaikan ialah apabila menyegerakan pernikahan dan perkahwinan dalam usia muda dan remaja dan membantu pihak yang berhajat supaya dapat segera bernikah dan berkahwin.
Umur yang paling sesuai dalam bernikah ialah 17 tahun bagi perempuan dan 19 tahun bagi lelaki. Bahkan setelah biologi seseorang perempuan itu sudah mampu untuk melahirkan anak maka sebenarnya waktu itu sudah sesuai untuknya bernikah jika bertemu calon yang sesuai.
Pemikiran bahawa pernikahan itu mesti perlu habis belajar terlebih dahulu dan sebagainya yang membawa kepada melambatkan nikah merupakan pemikiran sekuler yang kufur dan derhaka dan kafir dan dicela oleh Islam.


Pemikiran ini satu pemikiran kuffar dan pemilik pemikiran ini perlu dikenakan celaan agama dan dihukum oleh pemerintah Islam jika wujudnya sebuah Negara Islam. Hukum pemilik pemikiran ini samalah seperti hukum mereka yang menahan fitrah pada perkara yang lain seperti menyekat seseorang dari makan dan minum dan jika membawa kematian maka perlakunya boleh dikenakan hukuman qisas maka demikianlah bagi mereka yang menyekat fitrah seksual dari disalurkan kepada jalan yang halal (nikah) maka pelakunya wajib dikenakan hukuman dan boleh dijatuhkan hukuman ta’zir oleh pemerintah Islam yang adil.
Sekiranya berlaku zina oleh anak akibat penyaluran fitrahnya kepada jalan yang halal (nikah) tidak dipenuhi oleh keluarganya (ibu dan bapa) maka pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta’zir kepada ibu dan bapa tersebut sebagai punca berlakunya zina oleh anak mereka.
Pernikahan itu merupakan ibadah dan dilakukan secara berjemaah dan bergotong royong sesama muslim. Di sana dengan pernikahan melahirkan ukhuwah dan kerjasama ibadah yang membawa ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt.


Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).


Pemikiran kuffar sekuler yang menimbulkan konsep kahwin selepas belajar sebenarnya ditimbulkan dari sebab maddiyah (kebendaan). Punca mengapa tidak boleh kahwin sebelum habis belajar ialah kerana belum mempunyai kerja, belum mempunyai wang, belum ada kemampuan untuk menyara keluarga, takut untuk makan pasir, belum mempunyai rumah, harta dan lain-lain.


Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).


Pemikiran ini ialah pemikiran kebendaan yang ditimbulkan oleh kuffar dan mereka yang tidak beriman dengan Allah dan pemikiran ini perlu dicela serta pemiliknya perlu ditegur dan dibetulkan serta di dakwahkan dengan baik. Sekiranya pemilik pemikiran ini tetap degil dengan kebathilan dan enggan meninggalkan pemikiran ini maka dirinya boleh dihukum dan dicela serta dihinakan.
Perkahwinan dan pernikahan dalam Islam merupakan ibadah yang menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam yang lain untuk membantu mendirikannya untuk seorang bujang jika si bujang itu tidak mampu bernikah dengan berdikari sendiri.
Bahkan pernikahan yang merupakan kerjasama ibadah antara keluarga lelaki dan keluarga pihak perempuan merupakan rahmat dari Allah swt. Oleh itu sekiranya seorang lelaki itu masih belum tamat belajar dan perempuan itu pun belum selesai belajar maka jika dinikahkan tiada salahnya. Ini bahkan dituntut supaya mereka saling membantu dalam pelajaran dan memelihara diri mereka dari kemaksiatan sehingga pengajian lebih berkat dan dirahmati Alah swt.
“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa” (Al-maidah : 2).
Mengenai soal kewangan dan biaya kehidupan maka pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan boleh bekerjasama menyara anak mereka yang bernikah sehingga selesai belajar dan mampu berdikari sendiri. Ini bahkan dituntut oleh Islam sebagai satu kerjasama mulia mendirikan ibadah dan mencegah maksiat dan kerosakan.
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).
Penyelamatan apakah yang lebih bernilai selain dari menyelamat agama, maruah, harga diri dan kehormatan ? Dengan hanya nikah itu mampu menyelesaikan banyak perkara sosial yang lain maka sangat besar cela dan murka Allah dan Islam kepada mereka yang menghalang pernikahan tanpa sebab yang kukuh dan hanya kerana keduniaan.
Perlulah diingati hadith baginda seperti dari riwayat Abdullah ibn Umar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda :
Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).


iv) Mendidik isteri dan anak serta keluarga
Barangsiapa yang diberi rezeki oleh Allah swt untuk dapat berpeluang menikmati rezeki berkeluarga dan mempunyai isteri atau suami maka hendaklah bersyukur dengan sebesar-besar syukur kerana masih ramai bujang yang tidak mampu bernikah kerana terzalim oleh keadaan.
Hendaklah menghargai rezeki dan nikmat dari Allah swt dengan memberi didikan dan pengajian kepada isteri dan anak-anak dengan didikan dan tarbiyah Islamiyah. Seorang suami bertanggungjawab kepada isterinya dan ibubapa bertanggungjawab kepada anaknya dalam membentuk peribadi dan jiwa anaknya.
Didiklah isteri dan anak-anak dengan tarbiyah Islamiyah dan kasih sayang serta layani mereka dengan sebaik mungkin kerana ianya merupakan tanggungjawab dan akan disoal di hadapan Allah swt.
Mendidik isteri dan anak-anak dengan tarbiyah Islam suoaya mereka menjadi peribadi muslim dan dinaungi oleh rumahtangga Islam yang soleh. Mendidik mereka dengan aqidah yang sahih, ibadah yang benar, ilmu dan kefahaman yang sahih, akhlak yang soleh dan mulia.


v) Mempertahankan keluarga dari kerosakan dan kejahatan
Memelihara rumahtangga dari unsur kejahatan dan kemaksiatan merupakan kewajipan dan tanggungjawab baik suami dan isteri. Hendaklah suami itu memelihara isterinya dan anak-anaknya dari kerosakan baik fizikal ataupun pemikiran dan mental.
Menjaga keluarga dari kerosakan fizikal dari kecederaan dan kejahatan manusia lainnya, atau dari binatang atau dari bahaya. Selain dari itu hendaklah juga memelihara keluarga dari sihir dan ancaman mental baik tekanan perasaan dan ancaman psychology.
Juga paling penting memelihara keluarga dari ancaman dan kerosakan agama terutamanya dari aspek pemikiran dan kepercayaan sesat dan jahil . Menjaga keluarga dari kerosakan akhlak dengan menapis unsur-unsur pencemar seperti contohnya televisyen di rumah yang membawa siaran kotor dan mempengaruhi pemikiran, dari persekitaran, jiran dan masyarakat.


vi) Mewariskan kebaikan dan hikmah serta keimanan kepada keluarga
Membina rumahtangga yang soleh dan muslim itu bukan bermakna sewaktu kewujudan kita sahaja sebaliknya menjadi generasi dan umat kemudian yang akan mewarisi kebaikan dari apa yang kita wariskan.
Rahmat Allah itu ialah dengan ilmu seperti yang disebut oleh baginda sallahualaihiwasalam : “Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari & Muslim).
Hendaklah mewariskan anak-anak dan isteri dengan nasihat-nasihat dan wasiat yang baik sebagai pesanan dan panduan kemudian hari dan meninggalkan bekalan yang berguna untuk keluarga dan sebaik-baik bekal itu ialah taqwa dan iman.
Mengajarkan anak-anak dengan hikmah dan ilmu serta akhlak yang mulia sehingga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt dan menjadi bekalan bapa dan ibu setelah meninggal dunia.
Sekiranya mempunyai harta hendaklah membahagikan harta dan mewasiatkan sejak dari awal supaya tiada wujud perebutan harta dan pergaduhan setelah meninggalnya bapa.Hendaklah mendidik anak supaya menjadi zuhud dan qana’ah (berpada dengan yang halal) dan menjauhi syubhat dan haram.
Iman itu tidak boleh diwarisi, tetapi boleh disemai dalam hati supaya anak itu mempunyai ketabahan iman dan kekuatan mempertahankan dirinya dari cabaran dunia berbekal iman dan taqwa dan sesungguhnya lahirnya anak yang hebat ialah dari ibu bapa yang hebat.