CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Sunday, June 29, 2008

Jgn Ada Benci

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: “Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Abang akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir… “Maaf, apakah abang harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan …” jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata, “Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang …”

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya… bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki… wallahua’lam…

“Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH.”

petikan dari : Halaqah.Net

Tuesday, June 17, 2008

Peraduan '100 hari 100 kereta' haram: Jakim


PUTRAJAYA: Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam memutuskan, Peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi.

Serentak itu, panel berkenaan mengarahkan Celcom menamatkan serta-merta peraduan itu atau menggubal semula konsep dan termanya supaya menepati kehendak syariah jika ingin meneruskannya.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.

"Justeru peraduan yang berlandaskan terma dan syarat sedia ada tidak boleh diteruskan. Jika ingin meneruskannya, ia perlu mengikut konsep baru yang selari syariah Islam," katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di Bangi, semalam.


Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Peraduan yang berlangsung sejak 2 Jun lalu itu menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar Celcom.

Bagi memenangi hadiah itu, pelanggan Celcom perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi mata dan berpeluang dipilih pemenang.

Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi sebuah Toyota Camry pada hujung minggu dan setiap jawapan yang dihantar dikenakan bayaran RM5.

Setakat ini, 12 pelanggan Celcom sudah memenangi kereta itu sebelum peraduan terbabit dihentikan sementara pada 13 Jun lalu berikutan arahan panel berkenaan selepas mesyuarat pertamanya dengan Celcom, minggu lalu.

Sementara itu, Shazalli berkata, Celcom akur dengan keputusan panel berkenaan dan bersetuju mengkaji semula terma serta syarat peraduan itu dengan kerjasama Jakim.

"Peraduan ini akan digantung sementara sehingga Jakim berpuas hati dengan konsep dan terma baru yang akan digubal semula.

"Kita akan buat pengumuman selepas mengkaji bahagian yang perlu diperbetulkan, tetapi buat masa ini biarlah kita selesaikan isu syariah ini dengan Jakim," katanya tetapi enggan mengulas sama ada caj terhadap peserta peraduan itu akan dihapuskan.

Beliau berkata, keputusan itu tidak menjejaskan imej Celcom, sebaliknya meyakinkan pelanggan untuk menggunakan produk syarikat itu tanpa was-was kerana sebarang peraduan selepas ini akan dibuat dengan kerjasama Jakim bagi memastikan ia menepati tuntutan syariah.

"Kes ini diharap menjadi pengajaran kepada syarikat telekomunikasi dalam menganjurkan peraduan menggunakan SMS kerana ia membabitkan aspek terma dan syarat perjanjian jual-beli," katanya.

Wan Mohamad pula berkata, Jakim akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung penggunaan SMS dalam peraduan bagi menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi syarikat
"Oleh itu, Jakim menasihatkan umat Islam mengambil kira aspek syariah sebelum menyertai sebarang peraduan dan pertandingan," katanya.

Petikan Dari Berita Harian (18/06/2008)

Alhamdulilah..suatu tindakan dan sikap yang perlu dicontohi oleh semua orang terutama syarikat-syarikat swasta dalam keghairahan mempromosi product dan service kepada orang ramai.Inilah,dinamakan tindakan yang "betul",dimana mengambil pandangan golongan mereka yang arif tentang agama(Mufti) didalam membuat sesuatu keputusan.Aku percaya,dengan tindakan Celcom ini,mungkin akan memberi "Durian Runtuh" dengan pendekatan yang diambil,dan mungkin sekali gus,suatu hari nanti bakal menjadi jenama paling "popular"di Malaysia.Syabas!!.Inilah sebenarnya,cara yang betul didalam melakukan sesuatu perkara,dan pada masa yang sama mengambil kira pandangan mereka yang arif dalam soal agama.Dalam dunia hari ini,perjudian bukan lagi dengan erti kata"Daun Terup,Dadu,Tikam Nombor,Mahjong dan lain" malah didalam kehidupan kita juga sebenarnya sedar atau tidak kadang-kala kita terlibat dalam unsur perjudian tanpa kita sedari!!.Sebagai.muslim kepekaan tentang sumber dan punca perlu dititik beratkan demi memastikan "keberkatan" rezeki diperolehi.Ketika ini masyarakat begitu ghairah dan amat teruja dengan tawaran sebuah syarikat komunikasi tempatan yang menawarkan 100 unit kereta berjenama kepada pelanggannya melalui peraduan berbayar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Setiap SMS yang dihantar bagi menjawab soalan yang disediakan penganjur dikenakan bayaran sebanyak RM5.Tawaran 100 unit kenderaan dalam tempoh 100 hari itu juga berjaya mencetuskan fenomena baru dalam masyarakat yang tampak begitu ghairah untuk menyertainya. Apatah lagi dengan realiti kos kehidupan yang semakin meningkat pastinya mempengaruhi psikologi masyarakat untuk menggapai kekayaan dengan cara mudah dan pantas.Demikianlah ghairahnya manusia apabila dihadapkan dengan wang dan tawaran kekayaan segera tanpa memperhalusi terlebih dahulu soal hukum-hakam agama. Tanpa disedari mereka sebenarnya terjebak dengan satu bentuk perjudian yang diharamkan Islam. Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadis yang mengingatkan: Akan sampai satu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan sumber perolehan hartanya sama ada dari yang halal atau haram (Riwayat At-Tirmizi).



Monday, June 16, 2008

Diabetes


The main cause of diabetes is the body’s failure to produce enough of the insulin hormone. Another cause could be that the body develops a resistance to insulin.
• Type I diabetes is caused by decreased insulin production.
• Type II is insulin resistant in peripheral tissues.
• In juvenile diabetes, the cause could be a lack of vitamin D.
There is also gestational diabetes that only occurs in pregnant women. These are only a few of the different types of diabetes.

It is suspected that there may be many contributors to diabetes. Genetics, environmental factors, obesity, lack of exercise, and high fat diets are just a few causes linked to diabetes. You cannot become a diabetic just because you eat a lot of sugars and candies, but if you are predisposed to the disease these factors may raise your risk of becoming a diabetic.

A sedentary lifestyle can also lead to diabetes, since the body cannot perform as well as someone in good physical condition.

Most scientists believe that you must be born predisposed to this disease. In other words, your body is more susceptible because of the genetic make-up of your ancestors. If your parents, grandparents, or siblings have diabetes you are at greater risk. However, this is dependant upon the type of diabetes.
Managing Diabetes – Understanding the Issue
Is managing diabetes possible? The attitudes towards diabetes may range from indifference to extreme fear and agitation. Therefore, a clear understanding of the disease will help promote a proactive attitude towards its management. Simply put, diabetes is a condition in which the amount of glucose in the blood is too high because the body cannot handle it properly. This condition results from the inability of the pancreas to produce sufficient amounts of insulin. Insulin is the hormone that enables the body to properly use glucose and directing it to the cells where it is used for fuel. Glucose comes from carbohydrate digestion. In order to successfully manage diabetes, a means must be found to assist the body in properly digesting and metabolizing glucose.

Managing Diabetes – Practical Steps
There are several ways to manage diabetes. However, every program of diabetes management will require a change of mindset and lifestyle.
• The first step in managing diabetes is to commit yourself to the care of a health professional. The healthcare professional will determine the severity of the patient’s diabetes and decide if insulin injections are required. In some less severe cases, pills may be given to aid in the body’s use of glucose. One of the aims of the health professional is to instruct the patient about controlling blood glucose levels. Insulin injections or pills taken at prescribed times achieve this goal.
• Beyond medical intervention, the most important method of managing diabetes is a change in lifestyle. This change will include careful attention to diet and increased physical activity. Since diabetes is a condition where the blood glucose levels are too high, dietary plans to manage diabetes will include maintaining consistent levels of blood glucose throughout the day. A certified dietician can help determine what levels are optimal for each individual. These levels will be determined by many physical factors, including sex, age, occupation, and other health conditions. It is important to note (and take heart) that modifying diet to manage diabetes does not mean that any one food must be eliminated from your diet.

The key to proper diet is balance and the healthy diabetic diet is simply a healthy diet, one that all individuals should adopt. Proper dietary management of diabetes includes eating regular meals based on wholegrain varieties of breads, cereals and pasta. At least five portions of fruits and vegetables should be eaten on a daily basis. Fruit intake should be spread out during the day to maintain optimal blood glucose levels. A good diet will also have lower salt and fat intake. Sugary foods should be cut to a minimum. If rich desserts are eaten, intake of other fats and carbohydrates need to be drastically reduced.
• Another factor in diabetic management is maintaining a safe weight. Most individuals with type 2 diabetes, the type of diabetes that occurs when the body doesn’t produce enough insulin or the insulin produced does not work properly, are overweight. Losing weight will not only help control diabetes but lower the risk of other health problems such as cardiovascular diseases.

Successful diabetic management will require increased physical activity. Walking is a natural exercise that most people can do. Whenever possible, walk instead of ride, and take stairs instead of elevators and escalators. Increased physical activity goes beyond regulating blood sugar levels, it also benefits the heart, lungs, and joints and gives a sense of well being.
No one needs to succumb to the long-term negative side effects of diabetes. One needs to submit to the regular care of a health professional and take prescribed medication. Adopting a new lifestyle and mindset is a vital key to success. Eating wisely, watching your weight and increasing physical activity bring diabetes management into the realm of the possibility. These lifestyle changes make for all around good health.

Managing Diabetes – The Mental Aspects
The mental aspect of managing diabetes is often overlooked in published information. Diabetes can be emotionally difficult and may lead to depression. It is important to remember that you are not alone.

Sunday, June 15, 2008

Syeikh Ahmad Yassin

Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.

Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.

Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.

Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara
Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.

Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh

Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin


Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.

Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil

Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.

Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa

Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis


Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.

Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku

Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.

Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok

Perpisahan yang memeritkan

Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.

Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.

Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.

Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa

Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.

Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin

Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.

Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya

Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

Note: sumber : maszlee malek

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di
tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah
SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara
rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap
shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati
orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat
kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang,
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia
adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan
SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. .

Saturday, June 14, 2008

VAD 2008 . . .


VAD 2008... It's a events for Petrosains volunteers which is on that day,pengharagaan dan pengitirafan sumbangan volunteer didalam Organisasi.Petrosains Sdn Bhd,adalah anak syarikat Petronas,yang memainkan peranan memberi pendidikan kepada golongan masyarakat mengenai sains dan teknologi terutama dalam bidang penerokaan petroleum.So boleh dianggap sebagai "corporate social responsibility" terhadap masyarakat.Sorry!A little bit late,for me meng"updated" story mengenai VAD08.Thanks god!!Akhirnya Aku selesai sudah events ini dengan jayanya.

Tema "Cartoon Mania" dipilih untuk VAD(Volunteer Appreciation Day ) kali ini.Penglibatan aku untuk VAD 2008 sebagai communities yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja "Design".So boleh dianggap,suatu tanggungjawab besar bagi aku,kerana VAD akan hidup jika konsep itu kena dengan tema.BAgi aku yang boleh dianggap masih "baru" merasakan bertuah kerana terpilih untuk menyertai sebagai Communities VAD 08 kali ini...1001 cerita yang timbul,dan aku beranggapan sebagai suatu perkara biasa dalam diri org "melayu" yang terkenal dengan sikap2 dan ragamnya.So,tak perlulah untuk aku menghuraikan.Thanks to VMU,kerana kesempatan yang diberikan,walaupun disaat2 akhir timbul "kontreversi" diantara VMU dengan aku.But,i take it as positive sebagai "politik tempat kerja" yang mungkin sedikit sebanyak adalah suatu perkara yang akan berlaku dimana2 pun.Dan sudah menjadi perkara "biasa" setiap kali events semakin hampir,tekanan pasti akan memuncak dan ketidakpuasan hati pasti akan wujud...Dalam perkara ini,kawalan emosi adalah perlu!Inilah words yang keluar from(Bro Zul)semasa menguruskan suatu event yang melibatkan artis luar!lagi complicated dan penuh procedur..!Inilah words yang aku pegang dan simpan.Walau apapun, sikap suka "tunjuk pada org" lain perlu diubah!bagi mengelakkan sikap "backup diri sendiri" kerana enggan mengaku kesalahan diri sendiri.Aku tidak point "word" aku nie pada sesiapa pun..Just untuk peringatan bagi diri aku dan orang lain.Thanks to Abg Pie,yang banyak membantu aku dalam hal ini...AKu menghargai tunjuk ajar beliau! ..yess!!lots of things yang aku belajar mengenai design basic,terutama dalam sebuah organization yang boleh dianggap sebagai besar dan berpengaruh.So the word of "quality" adalah perkara utama dalam kerja.Great experience!dan pasti apa yang aku pelajari ,pasti akan aku manfaat sebaiknya.

Sikap "kronisme"perlu dikikis,bagi menjadikan "diri" kita "adil" pada orang lain.Apapun setiap cerita yang datang kaji sumber dan kesahihanya terlebih dahulu sebelum "statement" disampaikan pada orang lain.Last but not least,"Elakkan kontreversi,Tingkatkan productivity!"..peace!

Friday, June 13, 2008

Sentuhan Khabir Bhatia Kembali lagi . . .

SEPI...suatu lagi sentuhan Khabir Bhatia selepas kejayaan beliau dalam filem CINTA.Tertarik aku dengan trailer dan konsep yang keluar di kaca TV.Trailer ini pandai mencuri perhatian aku kerana trailer seperlahan & seromantis ini di’mulakan dengan watak Afdlin Shauki.I'm gonna watching this film,dan mahu melihat sendiri apakah "concept" dan "kelainan" yang Khabir Bhatia cuba tampilkan kali ini.Another reason,aku nak tengok scene (extra) aku ada keluar ker tak..huhu(Boleh ker macam tuh)..Jika tidak silap,film ini memulakan pengambaran sejak bulan 4 tahun 2007 lagi,diproduksi oleh Grand Brilliance.

Berdasarkan laman web rasmi film ini,sinopsis SEPI,adalah sebuah kisah berkisar’kan tiga individu lelaki yang hidup di’bandar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian.

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya dan pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasanganya sendiri. Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isterinya yang telah meninggal dunia. Seorang lagi bernama Ariel (atau Khalif?) yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat dimana masa silamnya mampu diselesaikan dan masa depanya mampu dilihat.

SEPI,dikuatkan dengan barisan pelakon seperti Vanida Imran,Afdlin Shauki,Nasha Aziz,Eja,Tony Eusoff,Piere Andre,Riezman,Baizura Kahar,dan Syed Hussain.Diharapkan "nafas" baru yang dibawa oleh khabir Bhatia,merancakkan lagi industri perfileman negara kita.Filem kita mampu bernafas kembali,jika idea2 kreatif dan konsept seperti yang cuba dibawa oleh Khabir Bhatia diketengahkan..

GOOD MANNER IS A NOBLE PRACTICE . . .

We seldom heard The Malay proverb "if people be kind to us,we be courteous to them,if people gives something,we taste it."It has a secret meaning and can be guidance to us if we understand it correctly.If we cannot practice it,our nation will collapse.Good manner will enhance the felling to respect each other.As an example,young people will respect their older,children will respect their parent and student will respect their teacher.It is clear that we are ordered to respect oleder people and love our youngsters.Allah s.w.t says in Al-Quran: "And they are guided (in this world) unto goodly speech(i.e lailaha ill-Allah,Alhamdulillah,recitation of the Al-Quran,etc,)and they guided to the part of him,who is worth of all praises," (Al-Haj verse 24)

Nowandays there are certain people in our society who are lacking noble manner due to today's lifestyle that always obsess for money,position and wealth until they neglect the importance of practicing noble manner.Practicing good manner and value will reflect good behavior.Every word that had been said will be reflected in one's actions.If he speaks with good manner,his behavior and action also be good.

proverbs says :

" A house built because of it's join,if the join broken the house will collapse"
" A nation will be highly respected because of their culture,If the culture is corrupted the nation will be collapse"


Islam clearly clarifies the connection between level of plenty and the way of thinking.Rasulullah s.a.w says that those who have the best manner are those who loved by Allah s.w.t.Muslim that have perfect piety are those who closest to Rasulullah saw and judgment day.Rasulullah says : " indeed those who are chosen between you are those who have the best manner and the best are those who are good to his wife"Rasulullah saw urged us to control our words (tongue) and always quiet if it is the best way.He says;"who ever own piety to Allah swt and judgement day,so he has to say only good word or just keep quite."

"A word reflects the nations".Hence it has to be implemented in any situation and time so that our nation and religion can be valued as the best,We have inoculate good manner as a culture in office,road,house and mosque.We also have to show our positive image in every action such the way of thinking,felling,speaking,and behavior.Only in that way,we can build an effective work culture.If this culture and mutual respect can be enhance,it will be bring up friendship and mutual understanding.


Thursday, June 12, 2008

Tentang Tarikh Lahir Anda !!


Adakah anda ingin tahu apakah yang berlaku, berapa lama sudah anda dilahirkan dan pelbagai lagi maklumat yang anda boleh dapat berkaitan dengan tarikh lahir anda?

Di sini saya ingin berkongsi satu laman web yang akan memberikan butiran-butiran yang berkaitan dengan tarikh lahir anda. Dalam banyak-banyak itu, saya lebih suka dengan berapa lama saya sudah hidup di dunia ini. :d

Nie link dia: http://www.paulsadowski.org/BirthDay.asp

Dan bolehkah anda teka berapakah umur saya berdasarkan bilangan saat ini?

728,507,950 saat!!


Menurut website tersebut, saya berusia 728,507,950 saat. Jadi, cuba teka berapakah umur saya dalam tahun ini . . . :p


Segala fakta adalah hasil kajian oleh mereka yang expert dalam bidang ini.Mungkin banyak persamaan dan tidak.

Tuesday, June 10, 2008

Cost-cutting to save RM2bil ??


PUTRAJAYA: The entertainment allowances of ministers and deputy ministers will be slashed and their paid holidays will now be limited to local and Asean destinations.These as well as several other steps, including a freeze on new government posts and assets purchase, would save the Government RM2bil.The slashing of allowances and limitation on paid holidays take effect on July 1. Even the Prime Minister and the Deputy Prime Minister will not be spared this new ruling.The Prime Minister currently enjoys a monthly entertainment allowance of RM18,865 while his deputy gets RM15,015. Other ministers and deputy ministers are given RM12,320 and RM6,000 respectively.For the paid holidays, Cabinet members will not be allowed to claim for more than a week’s holiday.Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said these measures “will not be the first or the last; many other announcements will be made by the Government”.“The savings will be channelled to subsidies for low-income groups,” he said after chairing the first National Inflation Council meeting at his office here yesterday.“We are sensitive to the hardship faced by the people as a result of the recent increase in fuel prices.Everybody will have to be thrifty in these difficult times, including the Government.”Besides the freeze on new government posts and the purchase of assets like cars, furniture and computers, other measures to be taken are limiting the number of workshops, seminars and conferences held at hotels and postponing all renovation works for government offices.The Government will also cut down on the number of functions like the opening of offices, prize-presentations as well as disallow attire specifically made for an event.“There is no point for a special outfit because it’s wasteful.“In line with this, a 10% cut will be imposed on expenses within departments.Much of the cut will involve promotional and campaign activities.”The measures became effective yesterday in a circular issued by the Treasury to all agencies and departments.The freeze on new posts, however, does not cover critical sectors like education, health and enforcement, and those dealing with the delivery of public services and capable of increasing the country’s revenue.Restructuring of agencies and departments will also be put on hold, except if this is to reduce the number of workers or which does not involve the creation of new posts.Official overseas trips will be limited to important international or inter-governmental meetings, with not more than three officers sent, and even then only those directly involved.

The Star - 10 June 2008

This is SHOCKING!After 10 % entertainment reduction,government save RM 2 Billion..wow...suatu nilai angka yang cukup tinggi .Kenapa tidak dipotong sehigga 50% dimana negara mampu berjimat untuk RM 10 Billion setahun?Thanks to Pak Lah,dengan kenyataan yang dikeluarkan.Ini mengambarkan berapa banyak wang rakyat dibazirkan untuk "entertainment" golongan atasan.Maka tidak hairanlah,mereka2 ini sering ke eropah melancong dengan keluarga dengan wang rakyat.I was thinking,our government sebenarnya mampu berjimat lebih banyak lagi,jika penstukturan semula government expenses dikaji semula,terutama elaun golongan atasan(Menteri,MP).Malaysia's main stock index was down 1.37 percent on Monday in step with stocks across Asia, and the ringgit fell about a quarter of a percent, again tracking currencies in the region as investors fretted about record high oil prices.Why did government has to make such an abrupt and even surprising announcement (Oil price).No matter what the price at the pump is compared to real market prices, Malaysia as a net exporter of oil has been benefiting a lot from the increase in world oil prices.I'm sure every year PETRONAS profit mencatatkan keuntungan,and sebahagian daripada profit itu digunakan bagi membangunkan negara.The question is how that government manage to ensure the subsidies secara telus terus ke rakyat?Jika tujuan pengurangan subsidies minyak digunakan sebagai reason untuk membayai projek kerajaan,bagi saya itu tidak adil.Banyak cara boleh digunakan bagi merancakkan pendapatan kerajaan.The people will be burdened with the increase in fuel prices. The cost of living will spiral,especially middle class group and below.I hope a portion of the withdrawn subsidies will be channeled to improving our public transportation system to reduce our dependence on cars and petrol.Last but not least,"Government for public people,not for individual person!"

Saturday, June 7, 2008

Self Management


Self Management- Pengurusan diri.Jika kita bercakap tentang pengurusan diri rata2 mungkin akan menganggap tentang self appearance.Tapi sebenarnya ianya luas,menjangkau keseluruhan hidup kita seharian.Didalam keadaan serba "barang naik",sudah pasti kita rata-rata diantara kita stress dengan isu-isu sebegini,dan ramai diantara kita mulai mencari kerja2 tambahan bagi menampung kehidupan yang semakin mendesak.Apa yang penting kita perlu bersedia melengkapkan diri untuk mengharungi "current situation"untuk kehidupan dan hari-hari yang mendatang.Keadaan tidak akan menyesuaikan diri kita malah kita yang perlu meyesuaikan diri dengan keadaan.Kita lupakan sejenak isu-isu semasa dan politik tanah air kita.Mengenai Self Management,saya boleh bahagikan kepada 3 perkara ;iaitu Time Management,Self Appearance,Financial Management.

1) Time Management
Aspek pengurusan masa adalah penting.Setiap hari,what ever perkara yang hendak dilakukan perlulah dirancang dengan rapi agar tersusun dan terkawal.Ramai diantara kita mengambil ringan tentang soal pengurusan masa.Masa tidak akan datang kembali dan setiap saat dan detik adalah "goal"bagi mereka yang benar-benar mempunyai matlamat dalam hidup.Sentiasa bersedia dengan "backup plan" seandainya suatu perkara yang dirancang mengalami kesukaran.Pastikan setiap perkara dirancang,adalah seimbang dengan keperluan hidup dan akhirat agar kedua-duanya berjalan serentak.apa yang pasti,setiap perkara yang dilakukan dan masa yang digunakan pasti akan dipersoalkan kelak.

2) Self Appearance
Penampilan diri atau image appearance adalah mengambarkan identiti kita dari luaran.Tampilkan image yang baik kepada setiap orang.Dalam image berbahasa pula,kita perlu peka akan sensitiviti orang lain.Pepatah melayu menyebutkan,kerana mulut badan binasa.So,communication skill adalah perlu kita pelajari untuk melahirkan keyakinan orang lain terhadap kita.Didalam reality dunia perkerjaan,kita sering kali merungut kerana sukar mendapat pekerjaan walaupun dari segi basic dan syarat kelulusan akademik adalah baik.Kebanyakan "fresh person" dikalangan kita,gagal menonjolkan image dan komunikasi yang baik.Pelbagaikan pengetahuan bahasa.

3) Financial Planing
Perancangan dan pengurusan kewangan adalah perlu.Kebanyakan mereka yang berjaya hari ini,adalah mereka yang bijak merancang kewangan mereka dan masa mereka.Setiap kali mahu berbelanja,senaraikan apakah yang perlu dan tidak perlu.Mahal tidak bermakna membazir.Setiap orang mempunyai penilaian tersendiri.Langkah yang selamat adalah memastikan 30% dari income kita ditolak ketepi untuk simpanan.Pelbagaikan saving account anda,dan setiap saving account itu mempunyai saving untuk kegunaan tertentu.Langkah paling selamat,use saving book transaction dan jangan sekali "apply" ATM card,utk mengelakkan daripada sikap suka "cucuk duit"..

Thursday, June 5, 2008

Oil Price Increase !



"Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat. Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong. "Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan," katanya dalam satu kenyataan.Persoalannya tegas beliau, kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat? "Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" katanya.Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan."Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya. Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi."Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya. "Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?"


petikan dari : Harakah

............................................................................................................................................................
Article From Dr Mahathir Mohammed,

"The price of crude oil has increased by 400 percent in the last three years. It follows that the price of products must increase, sooner or later. In other countries petrol prices had already increased. In the United Kingdom one litre of petrol sells for more than one pound sterling or RM7. In the United States it is about RM5.That the price in neighbouring countries has gone up is shown by the rush to fill up by Thai and to a lesser extent Singapore vehicles.The Government has now announced an increase in petrol price by 78 sen to RM2.70 per litre, an increase of more than 40 per cent. I may be mistaken but there seems to be less vehicles on the road today. But obviously that is not all that will happen. All other consumer goods, services and luxury goods would increase in price.The cost of living must go up. Put another way there will be inflation and the standard of living will go down.Obviously our increase in petrol price is far less than in the United Kingdom or the United States. But our per capita income is about one-third of theirs. In purchasing power terms our increase is more than in the UK or the US.The increase hurts but the pain is greater not just because of the increase percentage-wise is higher than in developed countries but because of the manner the increase is made.A few days ago the Government decided to ban sale of petrol to foreign cars. It flipped. Now foreign cars can buy again. Flopped.Knowing that in a few days it was going to raise the price and foreigners would be allowed to buy, why cannot the Government just wait instead of banning and unbanning.But be that as it may what could the Government have done to lessen the burden on the people that results from the increase in petrol price.In the first place the Government should not have floated the Ringgit. A floating rate creates uncertainties and we cannot gain anything from the strengthened Ringgit. Certainly the people have not experienced any increase in their purchasing power because of the appreciation in the exchange rate between the US Dollar and the Ringgit.Actually the Ringgit has increased by about 80 sen (from RM3.80 to RM3.08 to 1 US Dollar) per US Dollar, i.e. by more than 20 per cent. Had the Government retained the fixed rate system and increased the value of the Ringgit, say 10 per cent at a time, the cost of imports, in Ringgit terms can be monitored and reduced by 10 per cent. At 20 per cent appreciation the cost of imports should decrease by 20 per cent. But we know the prices of imported goods or services have not decreased at all. This means we are paying 20 per cent higher for our imports including the raw material and components for our industries.Since oil prices are fixed in US Dollar, the increase in US Dollar prices of oil should also be mitigated by 20 per cent in Malaysian Ringgit.But the Government wants to please the International Monetary Fund and the World Bank and decided to float the Ringgit. As a result the strengthening of the Ringgit merely increased our cost of exports without giving our people the benefit of lower cost of imports.This is not wisdom after the event. I had actually told a Government Minister not to float the Ringgit three years ago. But of course I am not an expert, certainly I know little about the international financial regimes.I believe the people expect the increase of petrol price. But what they are angry about is the quantum and the suddenness. The Prime Minister was hinting at August but suddenly it came two months earlier, just after the ban on sale of petrol to foreigners.If the increase had been more gradual, the people would not feel it so much. But of course this means that the Government would have to subsidise, though to a decreasing extent.Can the Government subsidise? I am the “adviser” to Petronas but I know very little about it beyond what is published in its accounts. What I do know may not be very accurate but should be sufficient for me to draw certain conclusions.Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.

Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.By all accounts the Government is flushed with money.
But besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin have also increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now earn as much as RM3 billion in profits each. Taxes paid by them must have also increased greatly.I feel sure that maintaining the subsidy and gradually decreasing it would not hurt the Government finances.In the medium term ways and means must be found to reduce wasteful consumption and increase income. We may not be able to fix the minimum wage at a high level but certainly we can improve the minimum wage.Actually our wages are high compared to some of our neighbours. The investors who come here are attracted not by cheap labour but by other factors, among which is the attitude of the Government towards the business community and the investors in particular.From what I hear business friendliness is wanting in the present Government – so much so that even Malaysians are investing in other countries. There are rumblings about political affiliations influencing decisions. Generally Government politicians are said to be arrogant.Malaysia is short of manpower. The labour intensive industries are not benefiting Malaysians. Foreign workers are remitting huge sums of money home.The industrial policy must change so that high tech is promoted in order to give Malaysians higher wages to cope with rising costs of living.The world is facing economic turmoil due to the depreciation of the US Dollar, the sub-prime loan crisis, rising oil and raw material prices, food shortages and the continued activities of the greedy hedge funds. The possibility of a US recession is real. In a way the US is already in recession. The world economy will be dragged down by it.Malaysia will be affected by all these problems. I wonder whether the Government is prepared for this.We cannot avoid all the negative effects but there must be ways to mitigate against them and to lessen the burden that must be borne by all Malaysians. I am sure the Government will not just pass all these problems to the people as the review of oil prices every month seem to suggest.

from :Tun Dr Mahathir Blog ( http://www.chedet.com)


MELUAT dan BENGANG!!itulah perasaan yang lahir dari jiwa aku,yang mulai meneliti tangga kehidupan.Setelah diteliti 2 artikel diatas,mungkin kita dapat pertimbangkan kenyataan dari tokoh2 yang berpengaruh.Kenaikan minyak sebanyak 40% iaitu RM 0.78 untuk petrol dan RM 1.00 adalah tidak wajar.Jika alasan yang digunakan,harga minyak di pasaran global terlalu tinggi dan meningkatkan kos subsidi kerajaan,saya cabar pihak pemerintah tunjukkan trasaksi akaun PETRONAS kepada rakyat.Tindakan ini mengambarkan seolah-olah kerajaan sekarang di "ambang" krisis kewangan bagi membayar balik kempen-kempen pilihanraya ke 12.Apa yang pasti rakyat terus tertindas dan golongan miskin akan terus tertekan.Jurang diantara miskin dan kaya akan pasti lebih lebar.Inilah rekod yang cukup "menggerunkan" semenjak pemerintahan Pak Lah.Mungkin selepas persaraan Pak LAh sebagai Perdana Menteri,title yang mungkin dilabelkan oleh rakyat (Bapa Harga Petroleum) atau semperna hari keputeraan Agong,mungkin darjah kurnia"pingat kenaikan harga minyak",perlu diberikan pada Pak Lah. Harga barang keperluan yang lain,pasti menyusul "naik" selepas ini dan kenaikan inflasi.Tawaran rebet yang diberikan kerajaan tidak mampu mengatasi beban kewangan rakyat.Mungkin tindakan ini akan menjadikan pergerakan ekonomi negara semakin "lembab",lantaran kuasa membeli mulai berkurangan ekoran kenaikan harga minyak.Saya menyeru pihak kerajaan memikirkan kembali alternatif terbaik bagi mengatasi masalah ini.

SOLAT DITINGGAL UMAT TERABAI




الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.


Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :


سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

Maksudnya : "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Peristiwa Isra’ dan Mikraj telah meninggalkan suatu pengajaran dan kesan yang besar kepada kehidupan umat Islam. Peristiwa ini telah membuktikan lagi tentang kenabian nabi Muhammad s.a.w serta lebih membezakan lagi keistimewaan baginda berbanding nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain. Ia turut menyatakan betapa rapatnya hubungan antara Allah dengan hambanya yang dilantik menjadi nabi lagi rasul kepada umat akhir zaman. Peristiwa yang merupakan penghibur hati Rasulullah s.a.w yang baru kehilangan 2 orang yang selama ini banyak memberi bantuan dan perlindungan ketika menjalankan kerja dakwah menyebarkan Islam iaitu isteri tersayang Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Tolib. Kehilangan kedua-dua tokoh ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat Rasulullah s.a.w terutama selepas kewafatan mereka maka semakin bertambah tekanan dan penyiksaan terhadap batang tubuh nabi. Hikmat kepada kewafatan keduanya adalah bagi memastikan nabi mampu berdikari dan bergerak lebih maju dalam mengembangkan dakwah Islam tanpa perlu rasa berhajatnya kepada bantuan dan harapan selain daripada Allah di mana kuffar Quraisy tidak lagi menganggap kejayaan dakwah Islam selama ini disebabkan nabi dibela dan dilindungi oleh kedua tokoh tersebut sebaliknya kuffar Quraisy terpaksa menelan hakikat sebenar bahawa kejayaan itu adalah kerana kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w dan Islam agama yang dibawanya.

Isra’ iaitu diperjalankan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Aqsa Baitul Maqdis, Palestin membuktikan bagaimana kukuhnya ikatan antara 2 Qiblat umat Islam iaitu Baitul Maqdis yang merupakan qiblat pertama sebelum Allah memperkenankan doa nabi Muhammad s.a.w untuk menukarkan arah qiblat kepada Qiblat kedua iaitu Ka’abah di Masjidil Haram. Sehingga hari ini ada lagi kesan kepada perisitiwa singgahnya nabi di Masjid Aqsa iaitu batu tergantung yang ditutupi oleh sebuah bangunan berkubah warna emas yang dibina di hadapan Masjid Aqsa yang berkubah hijau. Batu ini pernah cuba mengikuti nabi untuk Mikraj ke langit tetapi ditahan sehingga ia tergantung sehingga hari ini. Penjelasan yang begitu terang tentang kedua-dua masjid ini juga bagaikan memberi peringatan kepada yahudi yang mengaku dari keturunan bani Israel bahawa kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah menyebabkan amanah kenabian berpindah daripada bani Israel kepada bani Ismail iaitu nabi kita Muhammad s.a.w akibat daripada engkarnya yahudi terhadap kebanyakan ajaran kitab Taurat yang sebenar. Peristiwa Isra’ ini bagaikan pengiktirafan awal kepada umat Islam bahawa mereka bakal menawan Baitul Maqdis daripada cengkaman kekufuran setelah umat Islam terlebih dahulu menghancurkan amalan dan kehidupan jahiliah dengan berjaya menawan Kota Mekah secara keseluruhannya. Bagaimana ayat al-Quran menyebut tentang kemuliaan Masjid Aqsa dan bumi sekitarnya maka hadis nabi turut menjelaskan lagi kemuliaannya disamping hadis yang memberi semangat kepada seluruh pejuang Islam agar membebaskan Baitul Maqdis daripada kejahatan dan penindasan musuh terutama yahudi. Umat Islam dahulu telah beberapa kali menawan baitul Maqdis bermula pada zaman Sayyidina Umar yang berjaya menawannya daripada kerajaan Kristian Rom.

Sehingga hari ini baitul Maqdis dikuasai secara silih berganti antara tiga agama secara umumnya. Sebagaimana maklum bahawa bumi baitul Maqdis merupakan bumi yang mulia dan menjadi rebutan tiga agama terbesar dunia iaitu Islam, yahudi dan Kristian. Apa yang jelas sekarang di mana yahudi yang sebelum ini telah dihalau keluar daripada baitul Maqdis akibat kejahatan mereka kini mula memasuki semula bumi yang mulia ini dengan melakukan penjajahan yang dipenuhi dengan penindasan dan pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan. Apa yang lebih malang yahudi terus berusaha menutup keganasan mereka dengan menyebarkan berita palsu terutama kebanyakan media massa hari ini dikuasai oleh yahudi. Oleh itu kita mesti berhati-hati berita yang disampaikan agar tidak tertipu dengan dakyah yahudi yang terus membunuh umat Islam. Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa adalah milik umat Islam yang mesti dipertahankan walau pun terpaksa menumpahkan darah.


Peristiwa Isra’ Mikraj juga telah memberi peluang kepada nabi Muhammad s.a.w untuk bertemu dengan para rasul yang lain sepanjang perjalannya ke Sidratul Muntaha. Para rasul dan nabi telah memuji dan mengiktiraf kenabian nabi Muhammad s.a.w yang menambah lagi keistimewaan yang sedia ada kepada nabi. Ia juga dapat menyuntik semangat kepada nabi agar meneruskan dakwah dan tugas dalam mengembangkan Islam yang pernah dijalankan oleh para nabi dan rasul sebelumnya terutama nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhadapan dengan tugas yang lebih mencabar sebagai rasul yang diutuskan kepada semua umat manusia akhir zaman tanpa dikhususkan kepada kaum tertentu sahaja sebagaimana nabi sebelum ini.

Malah lawatan ke tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada seluruh umat manusia iaitu untuk melihat ahli Syurga dengan nikmat yang dikecapinya dan Neraka dengan azab yang menimpa penghuninya telah menambahkan keyakinan nabi terhadapnya. Ia juga lebih mengemaskan lagi hujah nabi apabila berhadapan dengan umat manusia nanti yang sememangnya mahu penjelasan tentang Syurga dan neraka. Oleh itu apabila kita membaca atau mendengar tentang kisah keadaan ahli neraka yang pernah dilihat oleh nabi seperti azab kepada sesiapa yang makan riba, penzina, pengumpat, orang yang makan harta anak yatim, orang yang mendedah aurat dan sebagainya maka kita perlulah insaf dan memastikan diri kita dan keluarga kita agar tidak terlibat dengan sebarang dosa tersebut. Banyak kesalahan dan jenayah itu sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.


Kesan yang paling besar kepada peristiwa Isra’ Mikraj yang bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w malah mesti ditunaikan oleh kita sebagai umat Islam ialah solat lima waktu sehari semalam. Umat Islam dihina pada hari ini antaranya kerana ramai dikalangan kita meninggalkan solat dan terlalu memudahkannya. Kita turut sedih apabila adanya orang yang belajar agama yang sanggup mengeluarkan pendapat bahawa diharuskan tinggal solat yang dianggap lebih ringan untuk mengharumkan nama negara yang dianggap lebih besar. Kita mesti ingat bahawa banyak hadis nabi yang memberi amaran keras kepada umatnya agar jangan meninggalkan solat. Malah nabi turut menyentuh mengenai antara tanda akhir zaman apabila pemimpin melengahkan solat. Kita turut diingatkan oleh nabi bahawa simpulan Islam akan dirombak satu demi satu oleh umat Islam sendiri bermula daripada solat sehinggalah dirombak sistem atau hukum Islam. Bagaimana kita mengaku beragama Islam jika kewajipan solat diabaikan. Menurut satu kajian hanya 20 peratus sahaja daripada jumlah umat Islam seluruh dunia yang sembahyang. Oleh itu bagaimanakah umat Islam mahu kembali mencapai kemenangan apabila ikatan dengan Allah semakin kurang dengan meninggalkan sembahyang. Jangan tanya Allah mengapa tidak datangkan kemenangan tetapi tanyalah umat Islam sendiri adakah kita telah menunaikan seluruh kewajipan agama termasuk sembahyang. Solat merupakan antara kewajipan yang membentuk umat yang berdisiplin dengan menjaga waktunya. Oleh itu jagalah solat dan bagi kaum lelaki biasakan diri kita dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Kuatkan kembali semangat jihad untuk melawan musuh dalam diri iaitu nafsu dan musuh nyata ialah golongan yang menentang agama Allah dengan kita sama-sama menyuburkan kesatuan kita melalui solat berjemaah.

Renungilah firman Allah dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam Isra’ Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam:


لايكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا مالا طاقة لنا به واعف عنا واغفرلنا وارحمنا أنت مولئنا فانصرنا على القوم الكفرين

Maksudnya :" Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur"



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Monday, June 2, 2008

Mencari@Menjadi ??


Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.