CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Wednesday, June 24, 2009

Aku & Ketika Cinta Bertasbih



























Dalam kondisi untuk menenangkan diri dalam menerima"kenyataan",hati aku terpanggil untuk mengarab &mengetahui novel yang terpamer pada setiap kedai buku"Ketika Cinta Bertasbih".Sebelum ini,aku diajak menonton filem ini ketika di Surabaya,tempoh hari.Lantaran kesibukan dan kesuntukan waktu,niat untuk menyaksikan filem ini,tergendala dan berlalu bergitu sahaja.Secara peribadi,dapat aku katakan,aku menyukai novel-novel dan film yang berkonsepkan islami.Saat, menghadapi situasi ini,aku butuhkan suatu nilai islami untuk motivate diri aku.Alhamdulilah,selesai sudah aku menghabiskan chapter -demi chapter dalam novel ini.Apa yang pasti,kesudahan cerita ini,ada sambunganya.AKu yakin,imbalan dari tuhan buat diriku pasti akan "hadir" dalam kalimah tasbih ,ikhlas dan sejati .Secara keseluruhanya,aku kagum dengan watak "Azzam" dalam cerita ini.

Menceritakan tentang seorang mahasiswa Indonesia yang bernama Khairul Azzam yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Cairo. Walaupun telah sembilan tahun menetap di kota Mesir itu tetapi masih tidak juga habis pengajiannya. Ini adalah kerana, dia terpaksa mengubah tumpuannya pada pekerjaannya sebagai penjual tempe berbanding dengan pengajiannya.
Azzam tida pilihan lain kerana merasa tanggungjawabnya sebagai seorang anak lelaki sulung untuk menanggung ibunya dan tiga orang adiknya selepas kematian ayahnya. Azzam dikenali sebagai Kang Insinyur di kalangan mahasiswa dan warga Indonesia yang belajar dan menetap di sana disebabkan kepakarannya dalam membuat tempe dan bakso yang berkualiti dan tiada tolok bandingnya serta kepandaiannya memasak berbanding mahasiswa yang lain. Disebabkan kepakarannya itu, maka dia menjadikannya sebagai peluang untuk berniaga sekaligus untuk menampung dirinya dan keluarganya.
Walaubagaimanapun, cabaran yang mendatang tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan berbanding pelajar lain yang boleh menumpukan sepenuh perhatian terhdap pelajaran mereka. Azzam dilihat sebagai seorang pemuda yang cekal, bekerja keras, tidak mudah putus asa dalam menjalankan perniagaaanya dan dalam masa yang sama belajar bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajiannya. Azzam mempunyai akhlak sebagai seorang pemuda Muslim yang sentiasa patuh dan taat pada Penciptanya.
Di saat-saat menjalani kehidupan sehariannya, hatinya juga teringin untuk mencari seorang wanita yang boleh dijadikan suri hatinya tambahan umurnya sudah pun menjangkau 28 tahun, satu usia yang sudah cukup untuk mendirikan rumahtangga. Di sinilah secara tidak langsung dia mengenali dua orang gadis iaitu Eliana dan Anna Althafunnisa. Dua orang gadis yang berbeza pemikiran dan perwatakannya. Pada mulanya dia terpesona dengan kecantikan Eliana yang sering menjadi buah mulut mahasiswa Indonesia di situ. Eliana ialah anak kepada Duta Besar Republik Indonesia di Mesir iaitu Pak Dubes. Gadis lulusan salah sebuah universiti di Perancis itu benar-benar menjadikan hatinya berdebar setiap kali berhadapan dengan gadis itu. Tetapi, setelah mengenali gadis itu dan mendapati perwatakan Eliana begitu kebaratan membuatkan Azzam membatalkan niatnya untuk mengenali Eliana dengan lebih rapat lagi.
Dalam masa yang sama, dia diberitahu oleh pemandu peribadi Pak Dubes, iaitu Pak Ali untuk cuba melamar seorang gadis bernama Anna Althafunnisa yang dikenali kerana perwatakannya sebagai seorang Muslimah sejati. Sekali lagi, Azzam berniat untuk terus melamar Anna kerana yakin dengan firasatnya Anna boleh menjadi isteri yang baik untuk dirinya. Namun, sekali lagi Azzam kecewa setelah mengetahui Anna telah pun dilamar oleh seseorang yang begitu dikenalinya.
Selepas kejadian itu, Azzam tidak lagi memikirkan perkara tersebut melainkan terus bekerja keras dan berjuang di bumi Mesir itu sebagai peniaga tempe dan seorang penuntut. Berlatarkan kota Mesir yang indah dan penuh bersejarah itu, pembaca akan dapat merasai pahit manis kehidupan sebagai Khairul Azzam. Di sini, pujian harus diberikan kepada penulis kerana berjaya menonjolkan kesemua watak di dalam novel ini dengan karakter yang kuat dan hidup. Bahasanya yang santai tetapi amat mendalam maknanya memberi banyak pengajaran kepada pembaca terutamanya kepada sesiapa yang sentiasa merasa putus asa hidup di dunia ini.
Krisdayanti – Menanti Cinta

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

* hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

repeat *
repeat reff

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu