CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Tuesday, March 24, 2009

Berilah Kail Jangan Ikan

"Berilah Kail,Jangan Ikan"....kerana dengan kail,ikan bisa dapat berkali-kali.Itulah analogi cukup cantik dalam memperkasakan orang melayu hari ini.Saya bukan mahu mempersoalkan "keistimewaan melayu hari ini".Jika dilihat setiap kali,dalam pogram apa pun jika kita bicara soal kemiskinan,maka melayulah juaranya..apa yang tidak kena dengan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan?Bagi pendapat saya hanya golongan tertentu sahaja wajar diberi ikan seperti golongan yang tiada upaya atau kudrat untuk berusaha dengan kekurangan pada dirinya yang menghalang untuk dia berusaha.Kita bisa lihat dan membuat perbandingan anak-anak yang terlalu "manja"dengan mereka yang bersifat "berdikari"...ternyata anak yang berdikari,lebih berjaya berbanding dengan anak yang dimanjakan dan mewah segala sudut,dan akhirnya anak inilah yang paling bermasalah...Pemimpin saling bertukar ganti,dan permasalahan yang dihadapi hari ini,masih tiada lagi jalan penyelesaian...kita harus bersikap seperti seorang"pendatang"walaupun kita duduk dibumi sendiri!!berbanding bersifat seperti "penghuni"..sampai bila kita harus bertongkat?Dengan Ilmu dan kesungguhan sahaja adalah "kail"buat melayu untuk berjaya,dibumi sendiri.Lihatlah anak-anak melayu,terlalu banyak "berhibur'...akibatnya kita terus dihimpit bermacam persoalan sosial.."Jangan Bersikap seperti Melayu"itulah pesan datuk pada ayahku dan kini diceritakan kembali pada aku...Sejarah keluarga sebelah ayahku adalah berasal dari Acheh,dan ibuku berasal dari tanah jawa, menjadi seorang"pendatang"dibumi yang belum merdeka pada ketika itu..Jika aku lihat dan kaji,barulah aku fahami apa yang dimaksudkan oleh orang tua aku sendiri.Minda dan jati diri kita mudah dijajah..kita mudah untuk mengikut dan berubah mengikut acuan orang lain tanpa ada jati diri dan pegangan atau matlamat.Kita terlalu banyak "menyimpang" dan "singah" ketempat-tempat lain sedangkan kita berada di suatu jalan yang mana orang lain terus berjalan ke suatu distinasi yang bergelar kejayaan.

Wednesday, March 18, 2009

Tips Pengurusan Masa Berkesan


Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting. Kelemahan sesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Bagi remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi. Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi (terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah: ”Tersusun dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.” Di sini dikongsikan 10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang disunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”.


1. Buatlah perencanaan

Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian

Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk

Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’

Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai, memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak

Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja

Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal

Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau eksekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja

Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga. Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workaholic) yang sama tarafnya seperti orang yang ketagihan alkohol.


Dipetik dari: Iluvislam.com

Monday, March 16, 2009

Foreign labour a lot better than lazy locals


THE statement by Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam that doubling the levy on foreign workers will discourage their employment and will result in increased salaries for the locals is immature.
I have owned a restaurant for more than 20 years and during this period I have hired both Malaysian and Indonesian staff. The working conditions are the same for both nationalities and it does not matter what position they are in - manager, kitchen staff or waiters.
When we first opened for business, we hired locals. In the beginning, there were not much of a problem but when business began to pick up, my cook began to talk about leaving. It is her way of wanting to renegotiate her pay.
I put up with the “blackmailing” by ignoring it, but by the third time, I paid her her salary and showed her the door. That brought a temporary end to such threats from the others when they realised that I was not going to be held to ransom.
Then, with the influx of Indonesians, we hired them to work alongside with the locals. However, the Indonesians were hard working and had better attitude towards work.
But, when the Government began to make it harder to hire Indonesians, we had no choice but to look to local labour again. It was the mid-1990s boom and we needed the staff.
We found the locals arriving late for work and leaving early – sometimes before even the close of business, leaving the clean-up to be done by the foreign workers.
The locals would come to work unkempt and they sat around smoking cigarettes despite the “no smoking” sign in the restaurant.
Meanwhile, the Indonesian workers would ensure business goes on in the restaurant.
The locals refused to learn anything new because they thought they knew better. They were not happy at being told what to do by a woman - even if she was the manager.
They showed their displeasure by making the food inedible - adding too much salt or chilli.
Local staff are simply unreliable. Perhaps what is most disturbing is their health. The Indonesian workers have to pass a medical examination before they get a work visa. Locals do not.
Just to make sure, we would ask all new foreign workers to go for another medical test before they commenced work at the restaurant. However, this backfired. If he or she failed the test and cannot be hired, we still had to pay the bill which came to a few hundred ringgit.
To be fair, not every local we have hired was a nightmare. However, the dreadful ones we have hired far outnumbered the good ones.
If Dr Subramaniam thinks that raising the levy on foreign workers will lead to more locals being hired in the restauraunt business, he is sorely mistaken. They have poor work ethics and are not worth the trouble. If I can’t afford the levy, I would rather close my business than to be held ransom by local workers.
RESTAURANT OWNER,Petaling Jaya.

From : The Star 17/03/2009

Sekapur Sirih

Dalam kekalutan Ekonomi yang "gawat" pelbagai kaedah dan cara dilakukan demi menyelamatkan ekonomi negara.Saya percaya "keratan akhbar" diatas ditujukan pada orang melayu yang lazimnya jika kita fahami dan amati kandungan dalam keratan tersebut.Aku bersetuju dengan keratan diatas,malah aku sendiri pernah merasai suasana seperti mana penulis diatas merasainya.Inilah realiti yang terjadi hari ini.

Melayu dan realiti Hari Ini

Saya bukan mahu mengutuk bangsaku sendiri.Secara terang kita lihat hari ini bangsaku jauh ketinggalan dari semua aspek.Adakah kerana "tongkat" diberikan menyebabkan kita terus tidur dan leka??Cuba kita lihat di kompleks-kompleks membeli belah,lihat di kiri kanan anda?sakit mata memandang bukan??melihat gelagat bangsa ku membuang masa di tempat-tempat seperti itu.Malah,penglibatan remaja melayu belasan tahun cukup menjengkelkan pemandangan mata.Mudah sungguh,minda dan pegangan mereka dijajah.Bila sebut masalah mengaitkan remaja atau muda-mudi Melayu, kita hanya mampu menggeleng kepala. Melayu menjuarai carta kes buang anak teramai, penagihan dadah,perceraian,lari dari rumah,salah laku jenayah dan serba serbi juara dalam aspek yang menjelikkan.Hari ini media melaporkan seorang gadis Melayu berusia 25 tahun dari Sungai Petani Kedah ditemui berlumuran darah di rumahnya kerana dibelasah oleh teman lelakinya.Tetapi apa yang lebih menjelikkan menurut akhbar talboid itu di muka depannya, gadis berkenaan belum lagi berkahwin tetapi memiliki dua orang anak berumur tiga bulan dan setahun! kalau tak kahwin macam mana boleh ada anak?Seolah-olah kes seperti ini yang melibatkan gejala zina seperti sudah lumrah dalam kehidupan muda-mudi Melayu, mereka semakin jauh dari agamanya. Mereka tidak merasa apa-apa dengan perkara dosa dan pahala.Inilah padahnya apabila agama semakin terpinggir daripada kehidupan sama ada dalam aspek perundangan, ekonomi dan sosial. Hanya Islam jalan penyelesaian kemelut yang melanda kehidupan orang Melayu pada hari ini. Kembalilah pada ajaran Islam sebenar! "Jangan Jadi Melayu,Jadi Orang Islam!"..itulah perkataan yang sering kali aku dengar bila kena "lecturer" ngan orang tua aku.Jika dikaji keturunan aku pun memang ternyata salasilah keluargaku berasal dari Jawa dan Acheh.Memang bingung dan pening bilamana kerap kali perkara diulang2 bila kena "lecturer"...bukankah aku ini melayu jugak,dan mereka juga tergolong dalam gelaran "melayu"??Kini bila usiaku bmencecah 24 tahun,baru aku mengerti istilah2 yang sering kali diungkapkan.Adakah "komodenan" menjadi punca??Jawapan ku mudah,kerana kita lalai dan "berasa" selesa....dan kekurangan hubungan kita dengan "TUHAN"..kita seolah-olah lupa nilai dan jati diri kita sendiri.Hakikat kehidupan akan datang bukan selamanya untuk kita "terus" tidur dan "Malas"....

Tuesday, March 3, 2009

Seorang Anak : Antara Realiti Dan Rasionaliti


Realiti

Sebagai anak wajib kita mentaati ibu bapa malah memenuhi segenap ruang keperluan mereka. Walau mereka tidak meminta tetapi cukup dengan bahasa isyarat yang lumrahnya orang tua ini mereka tidak akan secara verbal berkata mahu itu dan ini. Lain pula halnya kita semasa kecil hingga kealam sebelum bekerja sendiri. Ada kemahuan sahaja terus diajukan, jika tidak dipenuhi dengan segera mengamuk, merajuk dan segala macam pemberontakan seolah tunjuk perasaan dilakukan. Tanpa memikirkan apakah implikasi permintaan itu yang kadang-kadang menyebabkan mereka terpaksa meniriskan bajet belanjawan bulanan semata-mata untuk memenuhi kehendak seorang anak, itu jika seorang. Kalau 5 orang, 10 orang? Maka bayangkanlah! Terkadang pula bukan mereka tidak mahu memenuhi permintaan itu tetapi hanya yang dipinta ialah tempoh masa, hujung bulan. Tetapi tidak juga mampu bersabar, terus menekan dan meminta, meraung malah tidak mahu bercakap dengan mencuka masam, hai anak..kenapa lakumu begitu? Mungkin tidak faham akan situasi realitinya sebagai ibu bapa lagi. Nanti dia dah berumah tangga dan mempunyai anak sendiri, akan tahulah dia pahit maung membesarkan insan yang bernama anak itu. Agama Islam mengajar kita ketaatan itu jika menurut turutannya maka ibu bapa terletak pada makam nombor 3 selepas Allah dan Rasulnya. Antara ibu dan bapa pula, diberatkan ibu itu dalam kiraan 3 kali ganda daripada bapa mengikut hadis baginda Rasulullah sendiri. “Maka janganlah kamu berkata walau dengan perkataan ‘uh’ (mengeluh)…..”

Rasional

Secara lumrah alam dan adab tertib kemanusiaan ditambah pula adab sunnah seorang Islam, maka berbakti dalam erti kata membalas jasa kedua ibu bapa adalah perkara yang wajib. Nak dapat tidak itulah kemestian seorang anak. Ada perbezaan di sini antara anak lelaki dan perempuan kerana setelah seorang anak lelaki berkahwin, pertalian jasa hayat dengan ibu bapanya masih terjalin manakala seorang anak gadis yang sudah bergelar isteri maka suaminya adalah tunggak redha Allah. Rasionaliti mungkin tidak akan memahamkan kita hakikat ini kecuali ajaran agama Islam sahaja yang mampu menghuraikan kenaifan minda akal dalam pentafsiran hukum syariah Allah berkenaan ketaatan kepada ibu bapa ini. Apapun, memenuhi keperluan adalah keutamaan setiap anak tidak kira dalam apa keadaan sekalipun, kehendak juga perlu diusahakan sedaya mungkin walau nampak zahirnya akan membebankan, tetapi yakinlah bakti kepada ibu bapa akan tunai di balas Allah di dunia lagi, segera pasti. Tidak perlu takut untuk sedikit beban yang akan tidak ternilai kiraan pahala disisi Allah itu. Yang perlu kita risaukan dan pinta ialah keredhaan ibu bapa yang mensyiarkan redha Allah serta menjamin keberkatan hidup kita walaupun dalam apa jua keadaan, Insya-Allah. Dengan keredhaan inilah pintu segala kebahagiaan, keredhaan akan dapat dibuka dan dinikmati kelak, itulah kuncinya. Suatu hari ketika balik bercuti ke kampung dari ibu kota saya madah dengan jelas kepada kedua ibu bapa saya selepas menunaikan solat jemaah bersama-sama : “Umi, Abi..Abe nyusoh ko abi nga umi hampir 20 tahun lebih doh. Jadi lepah ni iktikad Abe tok sir doh nyusoh ko Abi nga Umi dale segenap hal. Cumo Abe nok dari Umi nga Abi, doa ko Allah mintok Abe berjayo dunio akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpe sene insya-Allah. Selagi perkara yang Abe buat lepah ni tok langgar hukum Allah mintok Umi nga Abi redho..” Maksudnya : “Umi, Abi..Abang dah menyusahkan Umi dan Abi hampir 20 tahun sudah. Jadi lepas ni iktikad Abang takkan menyusahkan Umi dan Abi lagi dalam segenap hal. Cuma Abang mintak dari Umi dan Abi doakan abang berjaya dunia akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpang senang insya-Allah. Selagi perkara yang Abang buat lepas ni tak langgar hukum Allah mintak Umi dan Abi redha..”

Disimpul-simpul

Perlulah disedarkan bahawa antara realiti dan rasionaliti ada satu istilah lagi yang mampu memansuhkan hegemoni pemikiran yang objektif itu. Istilah berkat adalah suatu perkataan yang tidak pernah diajar dalam silibus mata pelajaran yang berkiblatkan kebaratan. Malah ahli falsafah dahulu kala hingga sekarang jika mereka itu bukan Islam tidak pernah menyingkap serta memperkatakan tentang berkat. Hanya Islam yang membawa, mengajar dan mengharap kepada keberkatan. Maka jika kita butuh dan berusaha dengan sepenuh harapan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada tuhannya, umat kepada Rasulnya dan anak kepada ibu bapanya. Jadi perlukah lagi kita sangsi tentang keberkatan? Malah terhadap kepertanggungjawaban kepada kedua ibu bapa? Fikirkanlah.
Article Dari : www.iluv.islam.com