CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Saturday, August 29, 2009

Ziarah Masjid

















Ramadhan adalah bulan masjid dan menghidupkan malam dengan ibadah.Alhamdulilah,seperti rutin kebiasaan aku pada setiap kali Ramadhan,pasti akan aku kelilingi masjid2 disekitar lembah klang dan merasai susana Ramadhan itu sendiri.Alhamdulilah,dengan kebesaran Allah,dengan kekuatan yang ada dapat juga aku,sempurnakan niat dan impian ini disetiap kali ramadhan menjelma.Inilah,susana yang cukup aku "RINDU" pada setiap kali Ramadhan menjelma.Suasana umat Muhammad berpusu-pusu menunaikan ibadah demi mencari "SAHAM" diakhirat kelak.Ramadhan tahun ini,aku sambut cukup sederhana,dalam masa yang sama menilai kembali pencapaian yang telah ada.Semoga aku menjadi hamba Allah yang soleh di sisi tuhan dan manusia.Beberapa masjid telah aku lewati untuk bertarawih disepanjang ramadhan ini:

1) Masjid Al-Bukhari,Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur
2) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya
3) Masjid Hasanah,Bandar Baru Bangi
4) Surau Tinggi,Serdang Jaya
Insyallah,beberapa masjid dan surau akan aku menyusul selepas ini,didalam misi mengimarahkan suasana Ramadhan tahun ini.Insyallah..







Monday, August 24, 2009

Madah Ramadhanku



Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadan itu ubatnya.

Dunia itu racun...dan kerana dunia dan keindahanya isinya menjadikan aku,jauh dari rahmat tuhan.Ya Allah,perbaikilah diriku dan amalanku,terimalah amal ibadahku dan jadikan aku diantara hamba-hambamu mendapat pertunjuk serta beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!!