CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Tuesday, April 8, 2008

Ketenangan Hati



"Ketenangan hati" ialah suatu perkara yang penting.Walaupun kita di sogok dengan kekayaan dunia sekali pun,jika hati tidak tenang,kita tidak bisa duduk diam dan aman.Tidak mungkin ada seorang manusia walau apa pun latar agama, budaya, fahaman dan pemikiran yang tidak bersetuju ketenangan hati dan ketenteraman jiwa adalah perkara pokok kehidupan.Seseorang anak kecil akan berasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya.Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripda ibu dan bapanya semasa membeli belah di pasaraya, atau berkunjung ke karnival membeli belah(jom heboh)..kenapa?Adakah kerana fizikalnya tercedera? tentu tidak,tetapi "ketenteraman" dan "ketenangan" hatinyalah yang tercedera.Dan kita dapat melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lutunya berdarah(jatuh)berhenti menangis hanya si ibu berkata "sikit jer tuhh....nanti ibu bubuh ubat dekat sayang yerk"Adakah berkata demikian sakit pun hilang?tentu tidak bukan...tangisan nya terhenti lantaran kerana "sakit" pada jiwa dan emosinya telah pun diubati dan merasakan ketenteraman,oleh kerana anak itu yakin akan "perhatian" dan "memahami" penderitaan anak nya tadi,dan yakin pertolongan akan diberikan selepas itu... (dengan menyapu ubat).Adalah menjadi satu hukum serta prinsip alam,seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui bahawa disana adanya suatu kuasa yang mampu mengatasi kebimbangan dan kesakitan serta rasa terancam yang ada...

0 comments: