CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Friday, April 25, 2008

Tabung Mukmin


Disini saya nak promote sikit mengenai ubat gigi mukmin.Baru-baru ini pelancaran 'tabung mu'min' bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan setiap pembelian ubat gigi mu'min.so ini detailnya :

Tabung Mu’min diwujudkan oleh Ubat Gigi Mu’min dengan kelolaan dan kerjasama oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Objektif

  • Menyediakan dana untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan sejumlah wang untuk menjalani perubatan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
  • Memberi penganugerahan kepada anggota masyarakat yang telah berkhidmat dengan cemerlang dengan tahap kesetiaan dan keberanian yang tertinggi, demi Bangsa, Agama dan Negara

Dengan wujudnya Tabung Mu’min Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), ia diharap dapat meringankan beban kewangan golongan yang begitu memerlukan bantuan. Selain itu, tabung ini dijadikan platform untuk golongan masyarakat meningkatkan kerjaya mereka melalui latihan yang disediakan oleh Yayasan Kerjaya dan Yayasan Muamalat Belia.Dengan setiap pembelian Ubat Gigi Mu’min seluruh negara, sebahagian daripada hasil penjualan akan disalurkan ke dalam tabung yang dikendalikan oleh PPIM ini.


Note : PPIM (PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA)

0 comments: