CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Monday, April 28, 2008

Saudara Mara,Kekayaan Dan Amal Perbuatan


Kata Kumail :

" Saya bersama-sama Ali berjalan kearah padang pasir pada suatu hari.Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat disitu sambil berkata " Ya ahli-ahli kubur!wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini!Bagaimana keadaan kamu didunia sana?Setahu kami,segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan,anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula.Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu."Kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata:

"Ya kumail!Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan yang sebaik-baik bekalan ialah taqwa"Air mata berhamburan dari kedua-dua matanya.katanya lagi;"ya Kumail perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia.Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadis,tiap-tiap manusia itu akan menemui perbuatan-perbuatanya yang baik.Perbuatan-perbuatan baiknya ini akan berupa seorang manusia yang menjadi sahabat dan penawar hatinya.Sebaliknya kejahatan-kejahatanya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan menambahkan kesengsaraanya.Nabi S.A.W telah bersabda dalam sebuah hadisnya:

"Hanya tiga benda sahaja yang mengikuti seseorang ke kuburnya;harta bendanya,kaum kerabatnya dan amal perbuatanya.Harta dan kaum kerabatnya akan kembali selepas upacara pengebumianya.Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalan sahaja."

Pada suatu hari Nabi S.A.W telah bertanya kepada para sahabatnya:
" Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara maramu,kekayaan dan amal perbuatanmu? "

Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan beliau,Nabi pun berkata:

"Perhubungan itu boleh diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik beradiknya.Apabila manusia hampir-hampir hendak mati,dia pun memanggil salah seorang daripada saudarasaudaranya tadi lalu berkata "saudara,engkau tahu akan keadaan aku bukan?Apakah pertolongan yang dapat engakau berikan aku?"Saudaranya menjawab,"Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akan menjaga kamu.Kalau engkau mati,aku akan mandikan kamu,mengkafankan kamu,serta mengusung jenazah kamu ke perkuburan.Kemudian aku mendoakan kamu.Saudaranya ini kaum kerabatnya.Soalan yang sama dikemukakan kepada saudara kedua.Jawapannya bergini :"Aku akan bersama-sama dengan engkau selagi mana engkau bernyawa.Sebaik sahaja engkau meninggal aku akan pergi kepada orang lain."Saudara kedua ini adalah harta kekayaan.Apabila soalan tiga dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga,dia menjawab "Aku tidak akan meninggalkan kamu ke tempat itu.Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan,aku akan memberatkan perbuatan-perbuatan yang baik."Sekarang yang mana menjadi pilihanmu?Jawab para sahabat:
"Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudara terakhirlah yang paling berguna untuk dirinya."

0 comments: