CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Sunday, April 27, 2008

Bukti Keimanan


Cerita ini dipetik dari sebuah buku bertajuk " 75 Kisah Benar".AL-HAKIM,meriwatkan Alqamah bin Haris r.a berkata,aku datang kepada Rasulullah dengan tujuh orang dari kaumku.Kemudian setelah kami beri salam,Nabi menjawab salam dan beliau tertarik sehingga bertanya "siapakah kamu ini?" Jawab kami,"Kami adalah orang beriman".Kemudian Beliau bertanya",Setiap perkataan ada harus buktinya,dan apakah bukti keimanan kamu?"Jawab kami,"Buktinya ada lima belas perkara.Lima perkara yang engakau perintahkan kepada kami,lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliah"Tanya Nabi s.a.w,"Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu,"Jawab mereka,"Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah,percaya kepada Malaikatnya,kitab-kitabnya,Rasul-Rasulnya dan percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk".. Selanjutnya tanya Nabi S.A.W,"Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusan itu?" Jawab mereka,"Kami diperintahkan oleh para utusanmu unutk bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah,dan engkau adalah utusan Allah,hendaklah kami mendirikan solat wajib,menunaikan kewajipan zakat,megerjakan puasa di bulan ramadhan dan berhaji bila kami mampu," Tanya Nabi selanjutnya "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliah?" Jawab mereka "Bersyukur di waktu senang,bersabar kesusahan,berani di medan perang,redha pada waktu kena ujian dan tidak berasa gembira dengan suatu musibah yang menimpa pada musuh,"..Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini,maka Nabi S.A.W berkata "Sungguh kamu ini termasuk kaum yang amat pandai sekali baik dalam agama mahupun tatacara berbicara,hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."Kemudian Nabi S.A.W selanjutnya berkata,"Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai?Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan,janganlah kamu dirikan rumah yang tidak akan kamu tempati,janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,berusahalah mencari bekal ke dalam akhirat."

0 comments: