CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Saturday, April 12, 2008

Menghormati Azan


Istilah Azan,adalah menjurus kepada laugan pujian kepada Allah,dan Rasul yang menjadi simbol atau tanda kepada sahutan mengerjakan solat.Adapun azan menurut syarak bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan Sembahyang Fardu Lima Waktu dan mula disyariatkan pada Tahun Pertama Hijrah di Madinah. Perkara ini telah diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar katanya yang bermaksud :


"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka : Ambillah 'nakus' (loceng) seperti nakus orang-orang Nasrani (Kristian). Berkata sebahagian yang lain pula : Ambillah 'buuq' (terompet) seperti terompet orang-orang Yahudi. Lalu berkata Umar : Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang? Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang".

Maka buat kali pertamanya azan pun dilaungkan dengan kalimah-kalimah yang suci dan ini membuktikan betapa seruan azan itu merupakan simbol syiar Islam yang unggul lagi tersendiri dan bukannya ditiru dari mana-mana adat atau budaya asing.

Disaat lidah kelu,pada saat sakaratul maut menghampiri,kematian pasti akan menjelma.Jika kita amati...kebanyakan orang yang nazak tidak dapat berkata apa2,lidahnya kelu,keras dan mimik muka menahan sengsara kesakitan di ambang sakaratulmaut

Diriwayatkan daripada sebuah Hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,jika tidak Allah akan keluakn lidahnya ketika sakaratulmaut. "
Hal ini jelas menunjukkan,bahawa saranan agar mendiamkan diri,atau dengan erti kata lain menghormati azan.Azan adalah semboyan (Islam)..seperti mana "penghormatan" yang kita berikan pada lagu kebangsaan dengan berdiri tegak dan menyanyi tanpa berbicara.....,malah taraf nya(Azan) adalah lebih tinggi dan terpuji..Marilah kita sama-sama mengingati antara satu sama lain dan berpesan-pesan pada kebaikan agar lidah kita mampu dan lancar mengucap kalimah laillahhaillallah dan sekali gus dijanjikan bersama di kalangan jemaah orang-orang beruntung didunia dan akhirat

1 comments:

Anonymous said...

Hhmmm..NIzee Info..Thankz A lot..Hope To seE morE inFo in Ur Bloq..