CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Friday, June 13, 2008

Sentuhan Khabir Bhatia Kembali lagi . . .

SEPI...suatu lagi sentuhan Khabir Bhatia selepas kejayaan beliau dalam filem CINTA.Tertarik aku dengan trailer dan konsep yang keluar di kaca TV.Trailer ini pandai mencuri perhatian aku kerana trailer seperlahan & seromantis ini di’mulakan dengan watak Afdlin Shauki.I'm gonna watching this film,dan mahu melihat sendiri apakah "concept" dan "kelainan" yang Khabir Bhatia cuba tampilkan kali ini.Another reason,aku nak tengok scene (extra) aku ada keluar ker tak..huhu(Boleh ker macam tuh)..Jika tidak silap,film ini memulakan pengambaran sejak bulan 4 tahun 2007 lagi,diproduksi oleh Grand Brilliance.

Berdasarkan laman web rasmi film ini,sinopsis SEPI,adalah sebuah kisah berkisar’kan tiga individu lelaki yang hidup di’bandar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian.

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya dan pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasanganya sendiri. Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isterinya yang telah meninggal dunia. Seorang lagi bernama Ariel (atau Khalif?) yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat dimana masa silamnya mampu diselesaikan dan masa depanya mampu dilihat.

SEPI,dikuatkan dengan barisan pelakon seperti Vanida Imran,Afdlin Shauki,Nasha Aziz,Eja,Tony Eusoff,Piere Andre,Riezman,Baizura Kahar,dan Syed Hussain.Diharapkan "nafas" baru yang dibawa oleh khabir Bhatia,merancakkan lagi industri perfileman negara kita.Filem kita mampu bernafas kembali,jika idea2 kreatif dan konsept seperti yang cuba dibawa oleh Khabir Bhatia diketengahkan..

2 comments:

Mr Naim said...

Tertarik apabila melihat trailer tersebut.Ternyata sentuhan, madnor kassim & khabir bhatia memang benar-benar mengenali simbolik dari seni fotografi dan video shoot/angle.

cik intan said...

wah! aku tertarik ngan extra2 baru tu..mcm pro la! wahahaha!!! jgn lupe "date" kite!! sonok la ang! sorang laki! hhahaahah!!