CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Saturday, June 7, 2008

Self Management


Self Management- Pengurusan diri.Jika kita bercakap tentang pengurusan diri rata2 mungkin akan menganggap tentang self appearance.Tapi sebenarnya ianya luas,menjangkau keseluruhan hidup kita seharian.Didalam keadaan serba "barang naik",sudah pasti kita rata-rata diantara kita stress dengan isu-isu sebegini,dan ramai diantara kita mulai mencari kerja2 tambahan bagi menampung kehidupan yang semakin mendesak.Apa yang penting kita perlu bersedia melengkapkan diri untuk mengharungi "current situation"untuk kehidupan dan hari-hari yang mendatang.Keadaan tidak akan menyesuaikan diri kita malah kita yang perlu meyesuaikan diri dengan keadaan.Kita lupakan sejenak isu-isu semasa dan politik tanah air kita.Mengenai Self Management,saya boleh bahagikan kepada 3 perkara ;iaitu Time Management,Self Appearance,Financial Management.

1) Time Management
Aspek pengurusan masa adalah penting.Setiap hari,what ever perkara yang hendak dilakukan perlulah dirancang dengan rapi agar tersusun dan terkawal.Ramai diantara kita mengambil ringan tentang soal pengurusan masa.Masa tidak akan datang kembali dan setiap saat dan detik adalah "goal"bagi mereka yang benar-benar mempunyai matlamat dalam hidup.Sentiasa bersedia dengan "backup plan" seandainya suatu perkara yang dirancang mengalami kesukaran.Pastikan setiap perkara dirancang,adalah seimbang dengan keperluan hidup dan akhirat agar kedua-duanya berjalan serentak.apa yang pasti,setiap perkara yang dilakukan dan masa yang digunakan pasti akan dipersoalkan kelak.

2) Self Appearance
Penampilan diri atau image appearance adalah mengambarkan identiti kita dari luaran.Tampilkan image yang baik kepada setiap orang.Dalam image berbahasa pula,kita perlu peka akan sensitiviti orang lain.Pepatah melayu menyebutkan,kerana mulut badan binasa.So,communication skill adalah perlu kita pelajari untuk melahirkan keyakinan orang lain terhadap kita.Didalam reality dunia perkerjaan,kita sering kali merungut kerana sukar mendapat pekerjaan walaupun dari segi basic dan syarat kelulusan akademik adalah baik.Kebanyakan "fresh person" dikalangan kita,gagal menonjolkan image dan komunikasi yang baik.Pelbagaikan pengetahuan bahasa.

3) Financial Planing
Perancangan dan pengurusan kewangan adalah perlu.Kebanyakan mereka yang berjaya hari ini,adalah mereka yang bijak merancang kewangan mereka dan masa mereka.Setiap kali mahu berbelanja,senaraikan apakah yang perlu dan tidak perlu.Mahal tidak bermakna membazir.Setiap orang mempunyai penilaian tersendiri.Langkah yang selamat adalah memastikan 30% dari income kita ditolak ketepi untuk simpanan.Pelbagaikan saving account anda,dan setiap saving account itu mempunyai saving untuk kegunaan tertentu.Langkah paling selamat,use saving book transaction dan jangan sekali "apply" ATM card,utk mengelakkan daripada sikap suka "cucuk duit"..

0 comments: