CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Tuesday, June 17, 2008

Peraduan '100 hari 100 kereta' haram: Jakim


PUTRAJAYA: Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam memutuskan, Peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom (Malaysia) Bhd melanggar syariah dan mengandungi unsur judi.

Serentak itu, panel berkenaan mengarahkan Celcom menamatkan serta-merta peraduan itu atau menggubal semula konsep dan termanya supaya menepati kehendak syariah jika ingin meneruskannya.

Pengerusi panel yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata mereka mendapati peraduan itu juga bersifat gharar, iaitu mengandungi unsur tidak jelas, eksploitasi serta menggalakkan pembaziran.

"Justeru peraduan yang berlandaskan terma dan syarat sedia ada tidak boleh diteruskan. Jika ingin meneruskannya, ia perlu mengikut konsep baru yang selari syariah Islam," katanya kepada Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di Bangi, semalam.


Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Peraduan yang berlangsung sejak 2 Jun lalu itu menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar Celcom.

Bagi memenangi hadiah itu, pelanggan Celcom perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi mata dan berpeluang dipilih pemenang.

Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi sebuah Toyota Camry pada hujung minggu dan setiap jawapan yang dihantar dikenakan bayaran RM5.

Setakat ini, 12 pelanggan Celcom sudah memenangi kereta itu sebelum peraduan terbabit dihentikan sementara pada 13 Jun lalu berikutan arahan panel berkenaan selepas mesyuarat pertamanya dengan Celcom, minggu lalu.

Sementara itu, Shazalli berkata, Celcom akur dengan keputusan panel berkenaan dan bersetuju mengkaji semula terma serta syarat peraduan itu dengan kerjasama Jakim.

"Peraduan ini akan digantung sementara sehingga Jakim berpuas hati dengan konsep dan terma baru yang akan digubal semula.

"Kita akan buat pengumuman selepas mengkaji bahagian yang perlu diperbetulkan, tetapi buat masa ini biarlah kita selesaikan isu syariah ini dengan Jakim," katanya tetapi enggan mengulas sama ada caj terhadap peserta peraduan itu akan dihapuskan.

Beliau berkata, keputusan itu tidak menjejaskan imej Celcom, sebaliknya meyakinkan pelanggan untuk menggunakan produk syarikat itu tanpa was-was kerana sebarang peraduan selepas ini akan dibuat dengan kerjasama Jakim bagi memastikan ia menepati tuntutan syariah.

"Kes ini diharap menjadi pengajaran kepada syarikat telekomunikasi dalam menganjurkan peraduan menggunakan SMS kerana ia membabitkan aspek terma dan syarat perjanjian jual-beli," katanya.

Wan Mohamad pula berkata, Jakim akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung penggunaan SMS dalam peraduan bagi menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi syarikat
"Oleh itu, Jakim menasihatkan umat Islam mengambil kira aspek syariah sebelum menyertai sebarang peraduan dan pertandingan," katanya.

Petikan Dari Berita Harian (18/06/2008)

Alhamdulilah..suatu tindakan dan sikap yang perlu dicontohi oleh semua orang terutama syarikat-syarikat swasta dalam keghairahan mempromosi product dan service kepada orang ramai.Inilah,dinamakan tindakan yang "betul",dimana mengambil pandangan golongan mereka yang arif tentang agama(Mufti) didalam membuat sesuatu keputusan.Aku percaya,dengan tindakan Celcom ini,mungkin akan memberi "Durian Runtuh" dengan pendekatan yang diambil,dan mungkin sekali gus,suatu hari nanti bakal menjadi jenama paling "popular"di Malaysia.Syabas!!.Inilah sebenarnya,cara yang betul didalam melakukan sesuatu perkara,dan pada masa yang sama mengambil kira pandangan mereka yang arif dalam soal agama.Dalam dunia hari ini,perjudian bukan lagi dengan erti kata"Daun Terup,Dadu,Tikam Nombor,Mahjong dan lain" malah didalam kehidupan kita juga sebenarnya sedar atau tidak kadang-kala kita terlibat dalam unsur perjudian tanpa kita sedari!!.Sebagai.muslim kepekaan tentang sumber dan punca perlu dititik beratkan demi memastikan "keberkatan" rezeki diperolehi.Ketika ini masyarakat begitu ghairah dan amat teruja dengan tawaran sebuah syarikat komunikasi tempatan yang menawarkan 100 unit kereta berjenama kepada pelanggannya melalui peraduan berbayar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Setiap SMS yang dihantar bagi menjawab soalan yang disediakan penganjur dikenakan bayaran sebanyak RM5.Tawaran 100 unit kenderaan dalam tempoh 100 hari itu juga berjaya mencetuskan fenomena baru dalam masyarakat yang tampak begitu ghairah untuk menyertainya. Apatah lagi dengan realiti kos kehidupan yang semakin meningkat pastinya mempengaruhi psikologi masyarakat untuk menggapai kekayaan dengan cara mudah dan pantas.Demikianlah ghairahnya manusia apabila dihadapkan dengan wang dan tawaran kekayaan segera tanpa memperhalusi terlebih dahulu soal hukum-hakam agama. Tanpa disedari mereka sebenarnya terjebak dengan satu bentuk perjudian yang diharamkan Islam. Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadis yang mengingatkan: Akan sampai satu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan sumber perolehan hartanya sama ada dari yang halal atau haram (Riwayat At-Tirmizi).



1 comments:

Mr Naim said...

Secara ringkasnya judi atau dalam istilah Arab ‘qimar’ atau ‘maisir’ bermaksud sebarang aktiviti yang melibatkan pertaruhan di antara dua pihak di mana satu pihak akan menang semua hasil pertaruhan tersebut manakala pihak yang kalah kehilangan kesemuanya (Nazih Hammad, Mu‘jam al-Mustalahat, p.226). Konsep judi sama dengan prinsip zero-sum game atau ‘menang-kalah’ yang memperuntukkan hanya satu pihak sahaja yang menang dalam satu-satu pertaruhan.