CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Tuesday, September 29, 2009

Rahsia Dan Hikmah Puasa Enam


Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.

Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal 1426H secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.

Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.

Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.

Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.

Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.

Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:
Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh;

Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.

Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.

Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.

Sunday, September 13, 2009

Kejadian Manusia



















Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.

Wednesday, September 9, 2009

Sweeping Warga Malaysia di Jakarta


Salam ramadhan, salam sjahtera.. Isu Tarian Pendet selesai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, klip video 30 saat yang sebahagian kecilnya memaparkan Tarian Pendet diterbitkan oleh Discovery Networks Asia-Pacific dan tidak ada kena mengenai dengan pihak berkuasa di Malaysia. Kata Timbalan Perdana Menteri, penerbit itu juga telah menjelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara tersebut. Beliau berkata, penerbit dokumentari berkenaan telah menjelaskan situasi sebenar melalui sepucuk surat kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Jero Wacik. Sehubungan itu, beliau berharap isu Tarian Pendet dari Bali yang didakwa dicuri oleh Malaysia selesai. “Penerbit klip itu telah menulis memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa filem tersebut bukan datang daripada pihak berkuasa Malaysia tapi dilakukan oleh mereka. “Saya harap episod ini terhenti di situ dan segala penjelasan diterima oleh pihak Indonesia,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di sini hari ini. Penayangan klip komersial yang mengandungi elemen Tarian Pendet bagi mempromosi siri dokumentari Enigmatic Malaysia di Discovery Channel telah menimbulkan kemarahan Kerajaan Indonesia baru-baru ini. Situasi menjadi bertambah buruk apabila pihak media massa tempatan membuat tuduhan melulu menyatakan Malaysia sengaja mencuri kebudayaan Indonesia untuk melariskan pelancongan sendiri. Ekoran kontroversi tersebut, berlaku demonstrasi bantahan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta selain panggilan bom palsu dan bendera Jalur Gemilang dibakar. Menurut Muhyiddin, sepatutnya perkara itu tidak berbangkit memandangkan iklan yang disiarkan bukan dihasilkan oleh mana-mana pihak di Malaysia. Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen memberitahu, beliau ada menerima salinan surat berkenaan daripada Discovery Networks Asia-Pacific. Katanya, surat berkenaan dihantar kepada Kerajaan Indonesia sebaik sahaja kontroversi Tarian Pendet timbul. saya anak malaysia..secara jujur sy katakn..sy x pernah mngetahui ttg tarian pendet ni.. dlm buln yg mulia ni..knp kita saling brtelagah?? kan lebih baik kita menjaga hubungan sesama manusia dan juga paling penting hubungan dengan ALLAH S.W.T.. “Hablu minAllah wa hablu minannas”.. bukan budaya2 ini yg akan kita bwa brsama kita d hari Akhirat nnt..tp amal2 yg tlah kita lakukn.. lg satu yg ingin sy perkatakn.. fitnah itu lebih teruk dari membunuh 100 orang.. kalau saudara2 skalian tidak mngetahui cerita sebenar dan yg tersirat di sebalik apa yg dipamerkan, jgn sesekali cuba membuat kesimpulan sendiri..buruk akibatnya nanti..bukn saja kpd Indonesia malah Malaysia.. dan jgnlah membiarkan sejarah berulang..simpanlh perkataan “perang” itu di dlm buku sejarah silam.. dan jgnlah memburuk-burukkn org lain sekiranya diri kita sndiri masih trumbang ambing mencari jalan.. kita perlu menjadi org yang berilmu dan beramal.. jgn sekadar mendalami ilmu, tapi amal diketepikan.. Bagi MEDIA INDONESIA,seharusnya lebih mengambil pendekatan LEBIH BERTANGGUNGJAWAB,dalam melaporkan sebarang berita yang berkaitan negara,tanpa menepikan prinsip nilai-nilai moral.Fikirkanlah kebajikan rakyatmu dan akibat dari perbuatan segelintir manusia "tidak berakal"dan "beremosi" di negara orang lain.

Monday, September 7, 2009

Getting Fever ...


lama x update entry..Dalam minggu lepas jer,3 hari aku kena quarantin kat umah.Mula2 tuh biasalah tekak tak berapa sedap + sering sakit kepala.But aku x tanggapi masalah itu serius sangat,mungkin kerana faktor aku nie selalu sangat kena selsema,dalam erti kata lain "Hidung Sensitif" tak boleh kena habuk sangat.Tapi nampak gaya macam serius dan kemuncaknya dah jatuh sakit.Terus jer jumpa DOC,then doktor agak terkejut bila kepanasan badan aku mencecah 39 Celsius....terus doktor tuh,isu borang quarantin + MC 3 hari.Aku dah mula risau dah gamatnya..almaklumla,dengan isu H1N1 tengah dok TOP! lagi nie..3 Hari dekat rumah,mcm gaya tak mc pun...hp x berenti berbunyi.Memang confirmla,klu nombor 2240xxxx naik,mesti calling dr office...so malas nak serabutkan kepala,biarkan jer dia memainkan nada AKU BUKAN SUPERMAN rigtone mp3 tuh ..agak2 hp tuh dah x larat nak "menjerit" nanti taula dia "senyap" .Kira dalam sejarah!dapat demam yang cukup teruk,lg2 time bulan puasa..x kesampaian jugak niat aku tahun nie nak kejar 30 hari terawih tanpa miss..bila kena quarantin,nak pie surau pun tak boleh takut orang lain pun berjangkit sama...Mungkin ada hikmahnya..diam2 aku capai kalender kat hp dan menghitung hari.Dalam dok sakit tuh,aku teringat mungkin time aku sakit nie,dalam 2/3 ramadhan ...bila dok ingat pesan ustaz,2/3 ramadhan itu adalah keampunan dari Allah.so mungkin salah satu cara keampunan buat dosa2 ku ini Allah uji dengan kesakitan sedikit.Insyallah!Rahsia itu hanya Allah sahaja yang tahu!..Hope aku cepat sembuh dan bersemangat macam hari2 biasa.