CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Wednesday, April 8, 2009

2 Bukit Ditawan ...


Tahniah dan syabas bagi Calon-calon yang berjaya!!Mengulas kemenangan Pakatan Rakyat(PR) di 2 buah bukit (Bukit Gantang dan Bukit Selambau) memberi isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini terutama ditunjangi UMNO perlu melakukan perubahan yang besar dalam pentadbiranya hari ini.Isyarat ini sudah jelas,perjuangan bersifat "kaum" bukanlah suatu trend terbaik untuk menambat hati rakyat...Ini juga suatu isyarat jelas bahawa rakyat di Perak tidak merestui cara pembetukan kerajaan Barisan Nasional di Perak.Kemenangan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bagi kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang dengan majoriti yang meningkat hampir sekali ganda daripada PRU12 lepas menunjukkan rakyat telah muak dan cuak dengan politik Umno .
Nizar memperolehi majoriti 2,789 undi sekali gus menutup mulut Umno/BN yang kerap kali celupar merendah-rendahkan Nizar maupun calon Pas. Mungkin Dr Zambry akan berkata diapun boleh buat atau boleh menang jika dicalonkan menentang Nizar. Itulah keistimewaan Umno/BN yang tidak pernah cuba mengakui kekalahan dan kelemahan diri.Paling "mengelikan" dan "menjekelkan" saluran TV kerajaan TV1 dalam membuat ulasan mengenai Pilhanraya...ternyata berat sebelah!!! pehhhh...
Umno tentunya membelanjakan jutaan ringgit dalam usaha mengalahkan Nizar dengan meletakkan ayam tambatan terbaiknya, Ismail Saffian. Pelbagai janji manis ditabur tetapi akhirnya tersungkur… tersungkur dengan jumlah undi pada Nizar bertambah. Bukit Selambau, Kedah pula, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar menang dengan meraih 12,632 undi, menewaskan calon BN S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan majoriti 2,403 undi.Kemasukan TUN DR MAHATHIR dalam UMNO tidak banyak membantu.Najib berhadapan laluan getir dalam membawa BN kesuatu kedudukan yang "stabil"..Kesedaran golongan muda dalam arena politik sedikit sebanyak memberi impak kepada jumlah undi yang berpihak pada PR.TAKBIR!!!!

0 comments: