CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Monday, March 1, 2010

Penyakit Masyarakat

saya melahirkan rasa kesal dan dukacita diatas kematian seorang anak kecil yang tidak berdosa, Syafiah Humairah Sahari. saya melihat kematiannya adalah tamparan hebat kepada Kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat dinegara ini.Belum reda dengan isu pembuangan bayi,kini timbul lagi satu "KORBAN" pada anak kecik yang tidak berdosa.Mungkin takdir menetapkan inilah ketetapan yang terbaik buat adik syarifah dari terus menanggung penderitaan yang berterusan.

Peristiwa ini juga membuka mata kita,bertapa longgarnya dan goyah intitusi keluarga yang perlu kita beri perhatian secaara serius.Mungkin konsep rumahku,syurgaku perlu difahami dan diteliti dengan makna dan kefahaman yang dalam.Apa sudah jadi umat islam yang beragama islam berbangsa MELAYU ini?adakah kita sudah hilang norma-norma kemanusiaan dan pertimbangan sebagai seorang beragama islam?



Isu Pembuangan Bayi

Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.Jika kita lihat dan teliti memang benarlah firman Allah,sejahat-jahat manusia itu lebih teruk dan hina daripada binatang.

Inilah realiti yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.

Sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka.Hapuskan segala punca dan jalan yang boleh membawa kerosakan melalui pendidikan dan penguatkuasaan syariah yang merujuk pada AL-QURAN dan HADIS. Ini kerana gejala pembuangan bayi,penderaan ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

0 comments: