Alhamdulilah,tahun ini Aidilfitri agak meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini.Tahun ini juga,adalah kali pertama,aku meraikan Aidilfitri dalam keadaan seorang yang sudah berkerjaya.ALhamdulilah,dengan kemurahan rezeki yang dikurniakan dengan pekerjaan yang lebih stabil dan meyakinkan.Inilah suatu rezeki yang tidak aku menduga sama sekali.Mungkin kerana niatku yang mahu mendirikan rumahtangga lebih awal,maka "kemudahan" dan "keringanan"dalam setiap urusan yang meng"arah" kejalan itu dipermudahkan.Alhamdulilah,akhirnya perasaan "marah dan dendam"yang bersarang selama 3 tahun ini,dapat diakhiri dan diatasi dengan "kemaafan"serta pengharapan akan bermulanya suatu lembaran chapter hidup yang baru.Kini,kehidupanku lebih tenang dan aman.Apapun,suatu pengajaran dan hikmah dapat diambil disini dengan setiap perkara yang berlaku. Bulan puasa kali ini adalah suatu cabaran cukup getir buatku.Alhamdulilah,sempurna sudah ramadhan dilaksanakan,dan harapan ku,segala amalan dan pengajaran di bulan ramadhan dapat diserap dalam diri ini ,serta diberi peluang untuk menghadapi ramadhan seterusnya.Dalam tempoh 2 minggu pertama ramadhan,boleh dikatakan aku berjauhan dari keluarga lantaran menghadiri "TMs induction course" di Taiping,Perak.Kini,aku dalam tempoh "training" untuk didedahkan dengan operasi keseluruhan syarikat,sebelum disahkan dalam "placement" job di TM's.So,lebih kurang lagi 2 minggu,sebelum disahkan "placement".Dikesempatan ini,Aku mengambil ruang mengucapkan salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat,Maaf Zahir dan Batin jika diri ini melakukan kesalahan dan kesilapan.
Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baru
5 months ago
0 comments:
Post a Comment