CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Showing posts with label Chapter of Mr Naim. Show all posts
Showing posts with label Chapter of Mr Naim. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

Welcome 2010



Dalam beberapa jam sahaja lagi detik-detik,Jam 12 tgh malam akan menandakan bermula tahun baru 2010.Secara tidak langsung,usia aku juga bakal bertambah juga.Dalam detik-detik melangkah tahun 2010,terpalit aku utk melihat kembali jejak-jejak yang telah dilalui sepanjang 2009.Rintitan peristiwa di catatkan dalam sejarah hidup aku yang pastinya,inilah tahun yang cukup getir bagi diriku.Rasanya tidak perlu diceritakan lagi.Apa yang pasti kehidupan perlu diteruskan.Walaupun saat getir pada pertengahan tahun 2009,bukanlah suatu alasan untuk mematahkan semangat juang hidupku dalam menjadikan diri ini success dalam apa jua impian yang masih jauh disana.Buat teman2 seperjuanganku dan keluarga,terima kasih kerana banyak membantu,dan memberi dorongan disaat semangat juangku lumpuh..Bagi teman2 yang mendirikan "MASJID",tahniah aku ucapkan.Semoga kalian semua memperolehi kebahagian dalam kehidupan sebagai suami-isteri.Tahun ini juga,aku kenali tahun cukup "Busy" buat diriku,dimana aku banyak menyibukkan diri aku dalam urusan perkerjaan sehingga lewat malam.Apapun,semakin banyak aku belajar perkara dalam erti sebuah kehidupan,semakin terasa bertapa kerdilnya aku disisi Tuhan.

Insyaallah tahun 2010 ini aku akan berusaha perbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada.,terutama sifat "PANAS BARAN".Yang paling penting,aku nak kurangkan sikit "BERAT BADAN" yang semakin bertambah.Aku juga nak tambah lagi pengetahuan dan skill dalam bidang komunikasi especially dalam xDSL technology.After this boleh create product yang baik utk pengguna2 kat luar sana.Aku doakan semoga tahun 2010,rezekiku bertambah baik dan memperoleh imbalan yang baik dari Allah.

Semoga para penggerak dakwah Islamiyyah dapat merencanakan sesuatu yang lebih baik tahun hadapan demi agama Islam kita yang tercinta. Semoga pemimpin negara terutamanya negara2 Islam mendapat ilham dan petunjuk dari Allah untuk menguruskan negara dengan lebih baik. Akhir kata, cintailah kedamaian dan sifat bertoleransi sesama manusia. Jauhilah permusuhan dan persengketaan yang tak memberi erti kepada kita semua. Wallaahua’lam.

Monday, September 7, 2009

Getting Fever ...


lama x update entry..Dalam minggu lepas jer,3 hari aku kena quarantin kat umah.Mula2 tuh biasalah tekak tak berapa sedap + sering sakit kepala.But aku x tanggapi masalah itu serius sangat,mungkin kerana faktor aku nie selalu sangat kena selsema,dalam erti kata lain "Hidung Sensitif" tak boleh kena habuk sangat.Tapi nampak gaya macam serius dan kemuncaknya dah jatuh sakit.Terus jer jumpa DOC,then doktor agak terkejut bila kepanasan badan aku mencecah 39 Celsius....terus doktor tuh,isu borang quarantin + MC 3 hari.Aku dah mula risau dah gamatnya..almaklumla,dengan isu H1N1 tengah dok TOP! lagi nie..3 Hari dekat rumah,mcm gaya tak mc pun...hp x berenti berbunyi.Memang confirmla,klu nombor 2240xxxx naik,mesti calling dr office...so malas nak serabutkan kepala,biarkan jer dia memainkan nada AKU BUKAN SUPERMAN rigtone mp3 tuh ..agak2 hp tuh dah x larat nak "menjerit" nanti taula dia "senyap" .Kira dalam sejarah!dapat demam yang cukup teruk,lg2 time bulan puasa..x kesampaian jugak niat aku tahun nie nak kejar 30 hari terawih tanpa miss..bila kena quarantin,nak pie surau pun tak boleh takut orang lain pun berjangkit sama...Mungkin ada hikmahnya..diam2 aku capai kalender kat hp dan menghitung hari.Dalam dok sakit tuh,aku teringat mungkin time aku sakit nie,dalam 2/3 ramadhan ...bila dok ingat pesan ustaz,2/3 ramadhan itu adalah keampunan dari Allah.so mungkin salah satu cara keampunan buat dosa2 ku ini Allah uji dengan kesakitan sedikit.Insyallah!Rahsia itu hanya Allah sahaja yang tahu!..Hope aku cepat sembuh dan bersemangat macam hari2 biasa.

Saturday, August 29, 2009

Ziarah Masjid

















Ramadhan adalah bulan masjid dan menghidupkan malam dengan ibadah.Alhamdulilah,seperti rutin kebiasaan aku pada setiap kali Ramadhan,pasti akan aku kelilingi masjid2 disekitar lembah klang dan merasai susana Ramadhan itu sendiri.Alhamdulilah,dengan kebesaran Allah,dengan kekuatan yang ada dapat juga aku,sempurnakan niat dan impian ini disetiap kali ramadhan menjelma.Inilah,susana yang cukup aku "RINDU" pada setiap kali Ramadhan menjelma.Suasana umat Muhammad berpusu-pusu menunaikan ibadah demi mencari "SAHAM" diakhirat kelak.Ramadhan tahun ini,aku sambut cukup sederhana,dalam masa yang sama menilai kembali pencapaian yang telah ada.Semoga aku menjadi hamba Allah yang soleh di sisi tuhan dan manusia.Beberapa masjid telah aku lewati untuk bertarawih disepanjang ramadhan ini:

1) Masjid Al-Bukhari,Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur
2) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya
3) Masjid Hasanah,Bandar Baru Bangi
4) Surau Tinggi,Serdang Jaya
Insyallah,beberapa masjid dan surau akan aku menyusul selepas ini,didalam misi mengimarahkan suasana Ramadhan tahun ini.Insyallah..







Wednesday, July 8, 2009

I'm not SUPERMAN



Aku bukanlah superman ,aku juga bisa nangis ,jika kekasih hatiku ,pergi meninggalkan aku ,Ayahku selalu berkata padaku,Laki2 tak boleh nangis,Harus selalu kuat,harus selalu tangguh harus bisa jadi tahan banting ,Tapi ternyata sakitnya cinta buat aku menangis...


Tertarik aku dengan lirik lagu diatas dipopularkan oleh anak Ahmad Dhani sendiri menerusi band kumpulan mereka The Lucky-Laki.Benarkah kalau namanya lucky2 tak boleh nangis??can u indicate something inside it?nobody know right? kaum adam dan hawa itu berbeza.Kadang kala kesakitan si Adam itu sukar dilahirkan dengan tangisan...tetapi kalau sesuatu yang cukup dia sayangi dan hargai "hilang" mungkin dibenak hatinya tidak bisa bendung lagi ..Most people meyakini bahawa tangisan lelaki menandakan bahawa dia lemah?For me tidak!!selagi mana manusia itu punyai perasaan selagi itu "air mata"akan lahir...dan ini juga membezakan antara namanya makhluk manusia dengan kejadian Allah yang lain.Menahan air mata bererti membiarkan pertumbuhan racun sedikit demi sedikit.Itu disebabkan kerana air mata boleh mengeluarkan unsur-unsur racun dari dalam tubuh.Dengan demikian , menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun sedikit demi sedikit.Oleh kerana itu kepekaan perasaan fitrah wanita untuk menangis lebih banyak daripada kaum lelaki, maka secara jelas usia hidup mereka lebih panjang dari usia lelaki.lelaki adalah makhluk hidup yang perlu mengungkapkan isi hatinya.Jadi tangisan lelaki bukanlah aib atau menandakan kelemahan.Ini kerana , jika dia tidak menangis , nescaya banyak sekali beban tersimpan di dalam hatinya.

Menangis tidak boleh mengembalikan bahagian dari masa lalu.Bahkan menangis merupakan bahagian dari masa sekarang dan kompas untuk masa depan.

Maka setelah kita mengetahui kelebihan yang Allah cipta dalam air mata maka sewajarnya kita menggunakan air mata ini di tempat yang sewajarnya....kerana menangisi kesilapan dosa-dosa lalu lebih bermakna dari menangisi kepergian seorang kekasih...
ps:/Pesanan Buat Diri Aku


Aku Bukanlah Superman: The Lucky-Laki
Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki2 tak boleh nangis
Harus selalu kuat
harus selalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta buat aku menangis

Reff: Aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh airmataku
Kata ayah s’lalu
Airmata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata airmataku
Ternyata jatuh juga . . . . .

(kembali ke Reff)

Ayahku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih menangis

Masih belum bisa
Menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji
tuk tidak lagi
Menagis karna cinta

(kembali ke Reff 3x)

Friday, July 3, 2009

Perlukah Evolusi 3??

Alhamdulilah...everthing seem ok now.Mr Ben,dah mula start "langkah baru" dalam chapter yang baru.Yup!!dalam keadaan "jiwa kacau" aku semakin yakin pertunjuk dan hikmah disebalik kejadin.Thanks boo what semua kawan2 yang banyak bagi nasihat dan support disaat-saat getir ini.I'M BACK!!!Aku dah mula melakukan aktiviti seperti biasa.Sometimes,masuk angin jugak!!yupss...selagi mana kita punyai hati dan perasaan,rasa kecewa dan sedih tidak boleh lari..mungkin aku boleh isi dengan sesuatu perkara yang lebih berfaedah,dari duduk termenung mengenang nasib??Hurmmm sometimes terfikir jugak nak sambung buat Master..tp itulah $$ kena pikir panjang dulu,dan effect sampingan especially dengan position job aku sekarang.So dalam time macam ini,mungkin ada suggestion dari kawan2 cari "pengganti"??hurmmmm secara terus terang,ia sesuatu yang cukup complete dan memerlukan langkah lebih berhati-hati. Sometimes aku bertanya "kapan,imbalan istimewa dengan apa yang aku hadapi hari ini akan diturunkan?",dan "imbalan buat mereka yang melakukan kerosakan dan kezaliman ditunjukkan?"Perlukah evolusi 3?hurmm tak perlu rasanyer kot.Just maintain&focus target yang sedia ada..LA TAHZAN!!Jangan bersedih!!Terima kasih buat kawan2,yang bagi gift buku ini buat aku.Mohon doa dari kalian,agar aku lebih "tabah" dan "kuat" untuk hari-hari yang mendatang.Mohon maaf dan terima kasih bagi teman2 yang mengundang saya ke Majlis perkahwinan anda,yang secara jujurnya tidak dapat aku raikan bersama.Hanya doa,dan ucapan selamat bisa aku sampaikan buat kalian.Terima kasih buat semua(Kawan2,relative,family) yang membantu,dan keperihatinan diberikan.

Wednesday, June 24, 2009

Aku & Ketika Cinta Bertasbih



























Dalam kondisi untuk menenangkan diri dalam menerima"kenyataan",hati aku terpanggil untuk mengarab &mengetahui novel yang terpamer pada setiap kedai buku"Ketika Cinta Bertasbih".Sebelum ini,aku diajak menonton filem ini ketika di Surabaya,tempoh hari.Lantaran kesibukan dan kesuntukan waktu,niat untuk menyaksikan filem ini,tergendala dan berlalu bergitu sahaja.Secara peribadi,dapat aku katakan,aku menyukai novel-novel dan film yang berkonsepkan islami.Saat, menghadapi situasi ini,aku butuhkan suatu nilai islami untuk motivate diri aku.Alhamdulilah,selesai sudah aku menghabiskan chapter -demi chapter dalam novel ini.Apa yang pasti,kesudahan cerita ini,ada sambunganya.AKu yakin,imbalan dari tuhan buat diriku pasti akan "hadir" dalam kalimah tasbih ,ikhlas dan sejati .Secara keseluruhanya,aku kagum dengan watak "Azzam" dalam cerita ini.

Menceritakan tentang seorang mahasiswa Indonesia yang bernama Khairul Azzam yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Cairo. Walaupun telah sembilan tahun menetap di kota Mesir itu tetapi masih tidak juga habis pengajiannya. Ini adalah kerana, dia terpaksa mengubah tumpuannya pada pekerjaannya sebagai penjual tempe berbanding dengan pengajiannya.
Azzam tida pilihan lain kerana merasa tanggungjawabnya sebagai seorang anak lelaki sulung untuk menanggung ibunya dan tiga orang adiknya selepas kematian ayahnya. Azzam dikenali sebagai Kang Insinyur di kalangan mahasiswa dan warga Indonesia yang belajar dan menetap di sana disebabkan kepakarannya dalam membuat tempe dan bakso yang berkualiti dan tiada tolok bandingnya serta kepandaiannya memasak berbanding mahasiswa yang lain. Disebabkan kepakarannya itu, maka dia menjadikannya sebagai peluang untuk berniaga sekaligus untuk menampung dirinya dan keluarganya.
Walaubagaimanapun, cabaran yang mendatang tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan berbanding pelajar lain yang boleh menumpukan sepenuh perhatian terhdap pelajaran mereka. Azzam dilihat sebagai seorang pemuda yang cekal, bekerja keras, tidak mudah putus asa dalam menjalankan perniagaaanya dan dalam masa yang sama belajar bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajiannya. Azzam mempunyai akhlak sebagai seorang pemuda Muslim yang sentiasa patuh dan taat pada Penciptanya.
Di saat-saat menjalani kehidupan sehariannya, hatinya juga teringin untuk mencari seorang wanita yang boleh dijadikan suri hatinya tambahan umurnya sudah pun menjangkau 28 tahun, satu usia yang sudah cukup untuk mendirikan rumahtangga. Di sinilah secara tidak langsung dia mengenali dua orang gadis iaitu Eliana dan Anna Althafunnisa. Dua orang gadis yang berbeza pemikiran dan perwatakannya. Pada mulanya dia terpesona dengan kecantikan Eliana yang sering menjadi buah mulut mahasiswa Indonesia di situ. Eliana ialah anak kepada Duta Besar Republik Indonesia di Mesir iaitu Pak Dubes. Gadis lulusan salah sebuah universiti di Perancis itu benar-benar menjadikan hatinya berdebar setiap kali berhadapan dengan gadis itu. Tetapi, setelah mengenali gadis itu dan mendapati perwatakan Eliana begitu kebaratan membuatkan Azzam membatalkan niatnya untuk mengenali Eliana dengan lebih rapat lagi.
Dalam masa yang sama, dia diberitahu oleh pemandu peribadi Pak Dubes, iaitu Pak Ali untuk cuba melamar seorang gadis bernama Anna Althafunnisa yang dikenali kerana perwatakannya sebagai seorang Muslimah sejati. Sekali lagi, Azzam berniat untuk terus melamar Anna kerana yakin dengan firasatnya Anna boleh menjadi isteri yang baik untuk dirinya. Namun, sekali lagi Azzam kecewa setelah mengetahui Anna telah pun dilamar oleh seseorang yang begitu dikenalinya.
Selepas kejadian itu, Azzam tidak lagi memikirkan perkara tersebut melainkan terus bekerja keras dan berjuang di bumi Mesir itu sebagai peniaga tempe dan seorang penuntut. Berlatarkan kota Mesir yang indah dan penuh bersejarah itu, pembaca akan dapat merasai pahit manis kehidupan sebagai Khairul Azzam. Di sini, pujian harus diberikan kepada penulis kerana berjaya menonjolkan kesemua watak di dalam novel ini dengan karakter yang kuat dan hidup. Bahasanya yang santai tetapi amat mendalam maknanya memberi banyak pengajaran kepada pembaca terutamanya kepada sesiapa yang sentiasa merasa putus asa hidup di dunia ini.
Krisdayanti – Menanti Cinta

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

* hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

reff:
wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

repeat *
repeat reff

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu

Friday, February 13, 2009

Nurul Ain's Weeding Ceremony


Alhamdulilah..selesai sudah upacara majlis perkahwinan Nurul Ain,adik perempuan kepada En naim nie..huhuhu..Perjalanan majlis berjalan dengan baik dan sempurna.Majlis yang berlangsung pada tanggal 31/01/2009 bertempat di dewan Ideal,Pusat Komunikasi dan Bahasa,UPM,Serdang Selangor.Majlis akad nikahnya pula disempurnakan oleh Ustaz Reza,di Masjid radioustul Solehin,Serdang Jaya.Apa yang cukup bermakna dimajlis ini,kehadiran sanak-saudara dari sebelah "utara"memeriahkan lagi majlis mereka ini.So kiranya tahun nie,kalau beraya,aku dah punya adik ipar..pehh..cepat betul masa berlalu.Inilah yang dikatakan takdir tuhan terhadap hamba-hambanya.Kita bisa rencana apapun dalam kehidupan,tetapi akhirnya segala nya akan merujuk kembali pda yang satu ,kententuan Ilahi.Apapun,semoga Allah mengurniakan kebaikan dalam rumah tangga kalian berdua.Insyallah,matlamat untuk membentuk keluarga yang salimah,dan saadah akan tercapai.Apapun my "turn"akan tiba tidak lama lagi dan aku pula membilang hari dan waktu..Apa yang pasti "portfolio" akan bertambah dengan tuntutan tanggungjawab yang lebih besar.Thanks buat all my friends yang hadir ke Majlis resepsi perkahwinan,di UPM dan Morib.So korang biler lagi??

Friday, December 26, 2008

Goodbye 2008...welcome 2009


2008,Tahun yang memberi 1001 satu kenangan bakal ditinggalkan dan menyusuri lembaran baru 2009.Alhamdulilah,tahun emas bagi diriku dan membawa pelbagai perubahan dalam hidupku.EVOLUTION 85,kini melangkah ketahun-3,dan sudah pasti episode demi episode bakal dilakar demi menjadikan "insan" bernama naim ini terus sukses dalam apa jua bidang diceburi.Sejarah,dan kenangan menjadi ingatan dan "guideline" untuk aku melangkah terus kehadapan,meraih impian dan cita-cita.Menyingkap kenangan disepanjang 2008,mengukirkan 1001 kenangan manis dan "hikmah" dari Allah terhadap hamba-hambanya yang sabar.Ternyata,selama 3 tahun aku mencari jawapan,dan kini segalanya terjawab dalam tahun emas ini.Bergitulah hukum alam,putaran roda yang berpusing,kadang-kala kita diatas dan kadangkala kita dibawah.semoga diri ini diperlihara oleh Allah dan ditetapkan hati dalam iman.Calender 2009 pasti meyusul.Sejarah dan kenangan pasti tercatat.Insyallah,tahun 2009 kehidupan aku bakal dilengkapkan dan diperkuatkan lagi,dengan kehadiran seorang isteri.Bermacam persoalan bermain dalam minda.Adakah aku benar-benar bersedia untuk menjadi seorang suami??menjadi seorang lelaki yang dewasa??menjadi seorang ayah?menjadi pemimpin di sebuah organisasi besar?...berat bukan...Itulah,garisan kehidupan manusia.Apa yang pasti,masa-masa itu pasti akan datang.Cuma adakah kita bersedia atau tidak?Insyallah...belajar daripada mereka yang berpengalaman.

Chapter 2008













1) Complete My Study



20/01/2008

2) Java Expedition




21/01/2008

3) L.o.V.E





12/2/2008

4) PETROSAINS




25/02/2008 -31/06/2008

5) Jakarta Expedition



8/5/2008

6) AEON Management Trainee



1/7/2008

7) Laila Visit




7/8/2008

8) MMU Convocation



9/8/2008

9) TM Berhad (Permanent)



2/9/2008

10)My 1st Car (WRU 1827)



11/9/2008

11)Engagement




5/12/2008


All my dream berjaya dipenuhi di Tahun 2008 ini.I hope chapter 2009 memberikan suatu 1001 lagi kejayaan buat diriku.Alhamdulilah..BON Voyage 2008,Welcome 2009

Thursday, October 16, 2008

Salam Aidilfitri


Alhamdulilah,tahun ini Aidilfitri agak meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini.Tahun ini juga,adalah kali pertama,aku meraikan Aidilfitri dalam keadaan seorang yang sudah berkerjaya.ALhamdulilah,dengan kemurahan rezeki yang dikurniakan dengan pekerjaan yang lebih stabil dan meyakinkan.Inilah suatu rezeki yang tidak aku menduga sama sekali.Mungkin kerana niatku yang mahu mendirikan rumahtangga lebih awal,maka "kemudahan" dan "keringanan"dalam setiap urusan yang meng"arah" kejalan itu dipermudahkan.Alhamdulilah,akhirnya perasaan "marah dan dendam"yang bersarang selama 3 tahun ini,dapat diakhiri dan diatasi dengan "kemaafan"serta pengharapan akan bermulanya suatu lembaran chapter hidup yang baru.Kini,kehidupanku lebih tenang dan aman.Apapun,suatu pengajaran dan hikmah dapat diambil disini dengan setiap perkara yang berlaku. Bulan puasa kali ini adalah suatu cabaran cukup getir buatku.Alhamdulilah,sempurna sudah ramadhan dilaksanakan,dan harapan ku,segala amalan dan pengajaran di bulan ramadhan dapat diserap dalam diri ini ,serta diberi peluang untuk menghadapi ramadhan seterusnya.Dalam tempoh 2 minggu pertama ramadhan,boleh dikatakan aku berjauhan dari keluarga lantaran menghadiri "TMs induction course" di Taiping,Perak.Kini,aku dalam tempoh "training" untuk didedahkan dengan operasi keseluruhan syarikat,sebelum disahkan dalam "placement" job di TM's.So,lebih kurang lagi 2 minggu,sebelum disahkan "placement".Dikesempatan ini,Aku mengambil ruang mengucapkan salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat,Maaf Zahir dan Batin jika diri ini melakukan kesalahan dan kesilapan.

Saturday, June 14, 2008

VAD 2008 . . .


VAD 2008... It's a events for Petrosains volunteers which is on that day,pengharagaan dan pengitirafan sumbangan volunteer didalam Organisasi.Petrosains Sdn Bhd,adalah anak syarikat Petronas,yang memainkan peranan memberi pendidikan kepada golongan masyarakat mengenai sains dan teknologi terutama dalam bidang penerokaan petroleum.So boleh dianggap sebagai "corporate social responsibility" terhadap masyarakat.Sorry!A little bit late,for me meng"updated" story mengenai VAD08.Thanks god!!Akhirnya Aku selesai sudah events ini dengan jayanya.

Tema "Cartoon Mania" dipilih untuk VAD(Volunteer Appreciation Day ) kali ini.Penglibatan aku untuk VAD 2008 sebagai communities yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja "Design".So boleh dianggap,suatu tanggungjawab besar bagi aku,kerana VAD akan hidup jika konsep itu kena dengan tema.BAgi aku yang boleh dianggap masih "baru" merasakan bertuah kerana terpilih untuk menyertai sebagai Communities VAD 08 kali ini...1001 cerita yang timbul,dan aku beranggapan sebagai suatu perkara biasa dalam diri org "melayu" yang terkenal dengan sikap2 dan ragamnya.So,tak perlulah untuk aku menghuraikan.Thanks to VMU,kerana kesempatan yang diberikan,walaupun disaat2 akhir timbul "kontreversi" diantara VMU dengan aku.But,i take it as positive sebagai "politik tempat kerja" yang mungkin sedikit sebanyak adalah suatu perkara yang akan berlaku dimana2 pun.Dan sudah menjadi perkara "biasa" setiap kali events semakin hampir,tekanan pasti akan memuncak dan ketidakpuasan hati pasti akan wujud...Dalam perkara ini,kawalan emosi adalah perlu!Inilah words yang keluar from(Bro Zul)semasa menguruskan suatu event yang melibatkan artis luar!lagi complicated dan penuh procedur..!Inilah words yang aku pegang dan simpan.Walau apapun, sikap suka "tunjuk pada org" lain perlu diubah!bagi mengelakkan sikap "backup diri sendiri" kerana enggan mengaku kesalahan diri sendiri.Aku tidak point "word" aku nie pada sesiapa pun..Just untuk peringatan bagi diri aku dan orang lain.Thanks to Abg Pie,yang banyak membantu aku dalam hal ini...AKu menghargai tunjuk ajar beliau! ..yess!!lots of things yang aku belajar mengenai design basic,terutama dalam sebuah organization yang boleh dianggap sebagai besar dan berpengaruh.So the word of "quality" adalah perkara utama dalam kerja.Great experience!dan pasti apa yang aku pelajari ,pasti akan aku manfaat sebaiknya.

Sikap "kronisme"perlu dikikis,bagi menjadikan "diri" kita "adil" pada orang lain.Apapun setiap cerita yang datang kaji sumber dan kesahihanya terlebih dahulu sebelum "statement" disampaikan pada orang lain.Last but not least,"Elakkan kontreversi,Tingkatkan productivity!"..peace!