CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Showing posts with label Politic. Show all posts
Showing posts with label Politic. Show all posts

Tuesday, February 17, 2009

ANTARA FITNAH DAN AYAT-AYAT CINTA



Nukilan oleh : Syed Hussein Al Attas
Surabaya, Indonesia, 11hb. Feb 2008, seperti biasa sambil minum saya akan ‘ berfikir ’ mengenai apa yang sudah saya baca dari akhbar dan majalah serta kejadian yang berlaku di sekeliling saya. Membaca adalah ‘ fardu ain ’ dan bagi saya membaca dan menulis adalah satu tanggung jawab yang harus saya lakukan dalam apa keadaan sekalipun. Setiap umat Islam perlu membaca, mendidik diri kita untuk menulis supaya kita berkongsi ilmu dengan pembaca kita.
Dari kamar 1918, sambil menikmati, kopi Java dari bijiran Arabica yang benihnya berasal dari Moka Yaman dan dihidangkan oleh Sharaton Hotel Surabaya, secara ‘ gratis ’ di kamar saya, saya memerhatikan landskap kota tua yang dibuka oleh Raden Widajaya pada tahun 1293 semasa munculnya kerajaan Majapahit yang merupakan bandaraya kedua terbesar di Indonesia dan ibu negeri bagi wilayah Jawa Timur dan terletak di muara Sungai Brantas. Perkataan Surabaya adalah gabungan dua perkataan ‘ sura ’ yang bermaksud ikan jerung dan ‘ baya ’ yang bermaksud buaya . Menurut lagenda, di sinilah satu ketika dulu berlakunya pergelutan di antara ikan jerung dan buaya yang mahu merebut kuasa. Siapa jerung? Siapa buaya? Apakah tak mustahil kedua-duanya pemimpin durjana yang menjadikan rakyat tak berdosa mangsa kekejaman mereka? Sunan Ampel, Syed Ahmad Rahmatillah bin Syed Malik Ibrahim anak Syed Malik Ibrahim As-Samarqandy bin Syed Jumadil Qubro dari zuriat Rasulullah SAW yang berasal dari Yaman, salah seorang dari Wali Sembilan, yang lebih terkenal dengan gelaran Wali Songo penyebar agama Islam di tanah Jawa telah mendirikan sebuah masjid dan sebuah sekolah agama berasrama di daerah Ampel, kampung halaman tempat tumpah darah ayahanda saya. Berhampiran dengan Masjid Ampel inilah arwah bapa saya Syed Alwee bin Abdullah bin Abu Bakar Alattas dilahirkan. Ibunya berasal dari Keraton, bapanya berasal dari Huraidah, Hadaramaut, Yaman. Biarpun saya anak Malaysia namun saya selalu merasakan aslinya ‘ Wong ’ Surobuyo kerana tidak banyak perbezaan politik Indonesia dengan politik Malaysia. Kita warga nusantara. Kita dari rumpun bangsa yang sama. Akibat tipu helah ‘ pecah perintah ’ penjajah menjadikan kita berpisah. Liciknya politik marchivili membuat kita berpecah-belah. Pemimpin leka mengutamakan diri dan keluarga semata-mata. Selaku peribumi yang kulitnya sawo matang dan menganuti agama yang sama dari susur galur antropologi yang serupa, kenapa mesti terus bersengketa? Selepas kejatuhan Kesultanan Demak, Surabaya menjadi sasaran penaklukan Kesultanan Mataram. Ia diserang oleh Panembahan Senopati pada tahun 1598, oleh Panembahan Sedaing Krapyak secara besar-besaran pada tahun 1610, dan oleh Sultan Agung pada tahun 1614. Pada tahun 1675, Trunojoyo dari Madura menyerang Surabaya, namun akhirnya ia ditakluki oleh Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1677. Inikah jerung dan buaya? Inikah setan dan syaitan dari Belanda dan entah dari mana dalam metos lagenda Surabaya? Elok juga difilemkan menggunakan Al-Quran sebagai pedoman. Di atas meja saya ada majalah Tempo edisi 7-13 April 2008, yang memaparkan potret lukisan wajah ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders memakai sarban putih yang terselit empat batang peletup dinamit sambil memetik penggores api Zippo. Tajuk utama edisi majalah tempo itu ialah ‘ Fitna Dari Belanda , Mengapa Ketakutan Terhadap Islam Berlaku Di Eropah? ’ Saya fikir tidak menjadi satu kesalahan membaca majalah Tempo mula dari belakang. Bukankah membaca buku yang ditulis dalam tulisan jawi bermula dari kanan ke kiri? Begitu juga melihat sesuatu masalah dari sudut pandangan yang berbeza. Yang salah mengikut pepatah Arab, kita berjalan ikut belakang perempuan, namun lebih baik berdepan dengan harimau. Yang penting kita memahami apa yang ‘ tersirat ’ dan kita boleh menterjemahkan apa yang kita baca. ‘ Terserahlah ’ jika anda mahu kaitkan dengan amalan reverse psychology atau pemikiran ‘ lateral ’ seperti yang dibicarakan oleh Edward de Bono. Asalkan jangan samakan baca buku ikut belakang dengan ‘ homosekual ’, pusing belakang lain bicara. Tetapi apa pun, kenapa umat Islam tiba-tiba saja melenting marah-marah terhadap filem ‘ fitnah ’ dari Belanda? Sudah tonton belum? Kenapa Geert berani buat filem tapi takut berdialog bersama cendiakawan Islam? Kenapa sebarkan filem itu menerusi Internet, tidak dipawagam? Buat filem kutuk Islam macam yang dibuat oleh Wilders ini samalah macam menikam dari belakang . Pukul curi. Itu kerja penfitnah, apakah tak ada penfitnah dikalangan anda? Apa yang kita hendak hairan jika orang kafir yang mahu menghancurkan Islam? Berapa ramai orang Islam yang perangainya jauh lebih teruk? Misalnya Abdullah bin Ubai bin Salul pernah melakukannya di zaman Nabi Muhamamd SAW. Apakah tidak ada Abdullah bin Ubai dikalangan ulama kita? ‘ Apa-apa pun ’, saya tidak masuk rumah orang ikut pintu belakang, tak ambil ilmu dari tingkap atau ikut bumbung. Saya ambil ilmu dari Saidina Ali a.s. selaku ‘ pintu ilmu ’ dan Rasulullah SAW adalah ‘ gedung ilmu ’. Apa pun anda nak kata, suka hati andalah ‘ apa-apa ajelah ’. Saya meminati ‘ catitan pingir ’ tulisan Goenawan Mohamad di muka belakang majalah Tempo. Saudara Goenawan membuka tulisannya seperti berikut: "Kita hidup di sebuah zaman ketika benci bias jadi advertensi. Jika tuan teriakkan rasa muak, geram dan tak sabar tuan kepada sekelompok manusia – dengan teriakan yang cukup keras – tuan akan menarik perhatian orang ramai. Tuan bahkah akan dapat dukungan. Geert Wilders tahu betul hal itu." Kenapa kita mesti bersekongkol dengan Geert Wilders yang mencari publisiti murahan? Untung apa jadikan ‘ ceklat angin ’ sebagai hero? Seekor beruk putih bermain dengan kitab suci Al-Quran dan melontarkannya ke langit, orang Islam merasa tercabar, tetapi dalam waktu yang sama berapa ramaikah umat Islam yang tahu Al-Quran itu apa? Yang menjadi hafiz kini ramai, namun berapa orang yang mencontohi Rasulullah SAW sebagai Al-Quran yang hidup? OIC senyap tak buat apa-apa pun. Apakah Barat hairan dengan umat yang marah? Marah.. marah.. hantar memo, orang kita ‘ hangat-hangat tahi ayam ’ sekadar tunjuk kemarahan, di mana akhirnya? Sampai ke mana marah kita? Sekuat-kuat manusia adalah mereka yang berjaya mengawal marah. Nabi SAW ingatkan kita supaya jangan marah. Kenapa Geert Wilders dalam filem dokumentarinya Fitna menerusi saluran teknologi maklumat You Tube berani melakukan ‘ fitnah ’ terhadap umat dan agama Islam? Apakah ini satu ‘ wake up call ’? Berapa ramai umat Islam mahu mendengar cakap Tuhan? Al-Quran itu suara Tuhan. Bila ramai derhaka, apakah Al-Quran sekadar halwa telinga untuk jadi juara musabaqah saja? Islam adalah agama kedamaian , siapa yang memberikan lesen kepada mereka yang membenci sesama ‘ ikhwan ’ melakukan keganasan terhadap manusia yang tak berdosa? Gila punya manusia, membunuh mereka yang berbeza mazhab. Jihad apa namanya, yang dibunuh adalah saudaranya? Mungkin ‘ fitna ’ satu ‘ jadual Allah ’ supaya umat Islam yang selama ini tak pernah teringatkan Al-Quran yang mengandungi ayat-ayat suci supaya kembali ‘ membaca ’. Betul ke Al-Quran seperti yang di fitna oleh Greet Wilders? Bila lagi mahu mengkaji, meneliti dan yang paling penting mengamalkan isi al-Quran sebagai petunjuk hidup? Betulkah umat Nabi Muhammad SAW tidak ada keraguan terhadap petunjuk yang terkandung dalam Al-Quran? Kalau betul kenapa jutaan umat Nabi Muhammad SAW yang baca Al-Quran masih ‘ derhaka ’ terhadap Allah? Atau tertidur seperti pemuda dalam kisah Al-Kahfi? Al-Quran itu adalah Allah yang berkata. Allah ‘ cakap ’ dalam bahasa Arab menerusi malaikat Jibrail kepada baginda Nabi Muhammad SAW dari keturunan Bani Hashim yang berbangsa Arab dan bermula di Gua Hira’. Kenapa Allah pilih bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran? Kenapa Nabi terakhir penutup sejarah segala Nabi orang Arab dari kaum Quraish sebagai utusan Allah yang terakhir di atas muka bumi? Kenapa adanya pemimpin Arab yang sanggup jadi alat Amerika dan Yahudi? Samakah bahasa Arab dengan Al-Quran? Apakah Arab itu Islam dan Islam itu Arab? Kita ikut siapa? Ikut Nabi Muhammad SAW atau Muhammad Abdul Wahab yang membawa fahaman wahabiah? "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) ." Surah Al-Isra:9 Percayakah anda bahawa dunia akan kiamat pada bila-bila masa yang Tuhan suka? Apakah anda tidak lihat tanda-tanda akan berakhirnya dunia yang sudah terlalu tua dengan segala macam masalah timbul terutama mengenai kecelaruan cuaca yang tak menentu? Dunia sedang sakit akibat perbuatan manusia yang ‘ sakit ’. Al-Quran adalah untuk mereka yang ‘ berfikir ’. Berapa ramai pembaca Al-Quran yang berfikir? Kenapa Tuhan pilih manusia bukan makhluk yang lain sebagai Khalifah Allah? Seandainya Allah turunkan Al-Quran ke atas gunung akan hancur gunung. Apakah kehancuran umat dan binasanya dunia kerana manusia menolak Al-Quran? Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi di dalam liang lahat nanti, bila mereka yang hidup telah beredar tujuh tapak meninggalkan jasad yang terbujur kaku enam kaki di dalam tanah? Sudahkah anda membuat persediaan sebelum anda dibungkus dengan kain kapan sebagai selimut putih? Tahukah anda antara soalan yang akan ditanyakan oleh Munkar dan Nankir, selain daripada siapa Tuhan kamu dan siapa Nabi kamu ialah siapakah ‘ imam ’ kamu? Apakah Pak Imam yang pernah mengimamkan solat di surau kampung atau Pak Imam yang menikahkan anda waktu muda-muda dulu semasa dilanda cinta pernah mengingatkan anda bahawa Al-Quran itu adalah sebagai ‘ manual ’ untuk kehidupan macam juga ‘ manual ’ kepada sebuah kereta. Apa yang anda tahu mengenai surah Yusuf? Tahukah anda Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s. dalam Quran untuk mengingat manusia bagaimana Nabi Yusuf a.s. tetap bersyukur walaupun semasa berada di dalam penjara? Bagaimana paras rupa yang tampan telah menimbulkan fitnah? Bagaimana saudara kandung menaruh hasad dengki membuangnya ke dalam perigi dan bagaimana Yusuf boleh menterjemahkan mimpi? Malam 9hb April, semasa saya berada di Jogjakarta, saya pergi menonton filem Ayat-Ayat Cinta . Di mana saja kita boleh belajar ‘ agama ’ jika setiap yang kita lihat kita tak lupa pada Tuhan kita. Tuhan tak duduk dalam surau, masjid, kuil, gereja. Rumah Allah dalam hati manusia yang hati dan cintanya hanya untuk Allah semata- mata. Hatinya menjadi singgahsana. Hebatnya filem ini mengingatkan saya novel " Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk karya arwah Hamka. Siapa boleh terfikir sebuah filem yang berkisahkan cinta pelajar Indonesia, Farhi dengan Maria dan Aishah. Nurul penfitnah sehingga Farhi terpenjara di hukum mati. Antara kata-kata Farhi yang masih saya ingat "Aku gagal membezakan di antara cinta atau kemahuan". Kisah penuntut semasa menuntut di Al-Azhar boleh mengingatkan siapa yang beriman akan dicuba seperti Farhi yang difitnah oleh Nurul. Farhi bercinta dengan Maria gadis dari luar negara. Cinta tiga segi ini mengambarkan Islam sebagai agama penyelamat menerusi poligami. Manusia dalam apa saja bentuk kesusahan boleh sahaja mengakhiri kesusahan mereka kerana dalam kesusahan ada kesenangan - al-Quran, selagi kita beriman, redha dan taqwa pada Allah SWT Ayat-ayat Al-Quran boleh menjadi ubat yang mujarab bagi mereka yang ‘ sakit ’ kerana terpengaruh dengan ‘ Islamfobia ’ Barat terhadap Islam. Untuk apa kita terpesong dan mendewa-dewakan Geert Wilders yang berumur 44 tahun dan yang ingin memitoskan dirinya sebagai pria hebat. Dia seorang menomaniac kata orang barat. Padahal kita sepatutnya melakukan ‘ anti tesis ’ menunjukkan betapa hebatnya Nabi Muhammad SAW yang berjaya melawan fitna atau belajar dari Nabi Yusuf a.s. dan kisah yang terdapat didalam Al-Quran. Dari memberikan publisiti kepada manusia yang ‘ menomanik ’ atau ‘ blogger ’ yang gila, yang suka menabur fitnah supaya orang ramai membenci pemimpin tertentu akibat tak dapat sesuatu, lebih baik kita mengingatkan orang kita menerusi internet, sms, betapa rugi dan sia-sianya hidup manusia yang membawa cerita ‘ half truth ’ dan zero truth. Mereka yang terbuka mindanya akan tersedar, rupa-rupanya di negeri kita pun ada ‘Greet Wilders’. ‘ Gila-gila bahasa ’, ‘ sakit ’ berpunca dari sakit hati kerana tak ‘ mashuk ’, cuba pemimpin ‘ gugur ’, ‘ hulur ’ sanggup hilang intergriti. Salman Rushdie memfitnah pemimpin nombor satu dunia Nabi Muhamamd SAW yang menjadi pembawa rahmat bagi sekelian alam. Namun bila Almarhum Imam Khomeini menjatuhkan hukuman mati kepada penfitnah yang cuba merosakkan ‘ institusi ’ Islam, ada yang menentang. Ada penfitnah di negara kita melabelkan Imam Khomeini sebagai ulamak suk. Apa yang kita hendak hairan dengan Geert, berapa ramai blogger yang lebih teruk, manusia dua bendera melupakan bumi yang dipijak, langit yang mesti dijunjung ? Kita ribut dengan Wilders dan Rushdie seperti gajah depan mata tak nampak, yang nampak hama diseberang . Bila lagi mahu muhasabah diri? Kaum Yahudi dan Kristian adalah tentera bersekutu yang sentiasa bersatu padu dan serta saling membantu antara satu sama lain. Berbeza dengan umat Islam biarpun ramai yang berani akibat tidak berilmu, tidak suka membaca, tidak bersatu padu, tidak mengutamakan ‘ silatulrahim ’, tidak ada rasa cinta, kasih terhadap sesama saudara Islam akhirnya menjadi seperti buih di permukaan laut . Bila lagi mereka yang sesat dihujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan . Bagi kaum Kristian dan Yahudi, mereka sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan kepentingan bersama kembali menjajah menggunakan kaedah kolonial ‘ bentuk baru ’ dengan menggunakan internet, sms yang mereka cipta untuk memporak-perandakan manusia yang pernah dijajah supaya dapat menjajah semula. " Sebenarnya dunia ini diperintah oleh peribadi yang tidak dapat kita gambarkan keperibadian mereka. Mereka inilah yang berdiri di belakang pentas dan kita tidak dapat melihat mereka dengan pancaidera mata. " Cont Ugest De’ San Apakah dalam negeri kita tak ada watak macam Salman Rushdi? Menggunakan ‘ sindrom ’ membenci untuk meruntuhkan ‘ institusi ’ yang menjadi milik Melayu di negeri ini hancur musnah oleh orang Melayu yang termakan fitnah ? Cerita separuh benar, ‘ pembohongan ’ yang disampaikan oleh mereka yang ada pengaruh jika kita biarkan akhirnya ‘ pembohongan ’ dianggap ‘ benar ’ oleh si pembohong itu sendiri. Amar makruf nahi mungkar . Bila lagi sifat ‘ genius ’ dan kegilaannya yang menjadi anugerah Allah dimanfaatkan untuk kebaikan, untuk mendidik anak bangsa? Kenapa guna populariti menabur ‘ fitnah ’ supaya rakyat ingkar dan berpaling tadah dari ajaran Islam dan akhirnya buat mereka menjadi gila? Penyakit gila memang mudah menjangkiti masyarakat seperti mereka yang termakan daging lembu ‘ gila ’ atau digigit oleh anjing gila iaitu anjing gila yang dipelihara oleh CIA dan Yahudi antarabangsa. Kenapa mesti bersubahat menggunakan telipon bimbit untuk megirimkan setiap sms yang diterima untuk menjatuhkan pemimpin negara? Ke mana hilangnya sifat patriotik dan nasionalisma anda? Bila kita hidup dalam dunia tanpa sempadan , langit terbuka , pemikiran dan hati juga harus selalu terbuka, baru kita nampak pemimpin dan blogger ‘ gila ’ seperti Geert Wilder ada di mana-mana, cuma namanya saja tak sama. Mereka ada dua mata, dua telinga, ada hidung, ada mulut celupar, ‘ laser gila ’ menulis suka hati mak bapak dia aje, akhirnya boleh dibeli, hilang intergriti, hilang harga diri. Inilah susahnya bila diri sendiri ‘ sakit ’, kepala ‘ biol ’, tak ada ‘ hati perut ’, tak ada rasa kemanusiaan dan kedamaian dibiarkan bermaharajalela. Betulkah umat Islam penakut, tak berani berkata benar ? Siapa sebenarnya yang penakut, penfitnah atau mereka yang menulis kerana Allah? Ramai pemimpin jenis manusia yang ‘ it’s he himself and him ’. Dia kira diri dia saja, ego tinggi melangit. Sudah jadi ‘ botol kosong ’ masih ‘ ego ’ yang berlebihan. Sebab itu selaku manusia yang tahu tanggungjawab ‘ hablum minannas ’, kita perlu bangkit menentang mereka yang akan membuat ‘ kacau ’. Mana lebih baik, meruntuh atau membangun? Kenapa jadi manusia yang matanya sudah tertutup rapat tak bisa melihat lagi, telinganya sudah dibikin tuli kerana rohnya sudah mati? Kenapa hinakan diri menjadi manusia materialistik? Lupa mati? Yang nampak duit... duit... duit... Mahu tongkat langit ke? Lupa hidup di dunia ini hanya sementara. Allah mengingatkan kita jika kita melihat kezaliman, kekejaman, ketidakadilan kita mesti bangun menentang. Itulah asas kepada mereka yang memahami tauhid. Sama ada kita ini seorang penulis, ahli politik atau ulama, kita mesti ada ‘ political will ’ untuk melakukan ‘ wake up call ’ untuk memakaikan ‘ straight jacket’ kepada manusia yang ‘ hilang akal ’, yang sanggup memporak perandakan bangsanya dengan ‘ fitnah ’, memburuk-buruk dan menjatuhkan pemimpin dengan cara adu domba. Sejarah telah membuktikan kerajaan Melayu dulu hancur akibat fitnah dan adanya manusia yang suka melakukan adu dumba. Bila lagi kita mahu bangun memerangi mereka dengan tangan, dengan mulut, selemah-lemah iman dengan hati. Itu kata-kata Tuhan, bila kita melihat kemungkaran, kezaliman dan ketidakadilan. Kita jangan takut berperang kerana Allah. Itulah yang telah dilakukan oleh Nabi Muhamamd SAW. Baginda berperang bukan mahu merebut kuasa, harta dan wanita. Ayat 60 dari Surat Al-Anfal yang ditampilkan pada awal Fitna, misalnya perintah Allah agar umat Islam menghimpun kekuatan dan mendatangkan rasa takut ke hati musuh diikuti oleh potongan filem dokumenteri ketika pesawat terbang itu merempuh World Trade Center New York, 11 September 2001. Kemudian tampak pengeboman di kereta api di Madrid. Setelah itu: seorang imam yang tak disebutkan namanya bangkit dari asap, menyatakan: " Allah berbahagia bila orang yang bukan-Muslim terbunuh ". Kepada mereka yang tidak tahu bahawa Islam adalah agama kedamaian , Islam dibangunkan oleh rakyat yang tertindas, teraniaya, dizalimi oleh puak yang kaya, tamak, angkuh, zalim terhadap orang miskin, orang yang lemah tak berupaya, yang tertindas, mereka tak nampak kesyumulan Islam. Nabi Muhammad SAW telah diutuskan selaku pemimpin umat Islam bagi menghidupkan keadilan serta memerangi mereka yang menolak kedamaian yang dipilih oleh Allah. Sebab itu dalam ‘ Perang Badar ’ tentera Badar seramai 313 boleh mengalahkan musuh-musuh Islam yang tidak mahu mematuhi perintah Allah. Salahkah mereka bangun menentang Yahudi dan Amerika yang merampas negara dan menzalimi rakyat Islam dan Palestin dan Iraq atau di mana saja? Melalui propaganda 11 September 2001, pengeboman di Madrid, di London dan lain-lain yang dilakukan oleh mereka dengan memaparkan umat Islam sebagai bangsa teroris. Sementara orang Islam yang berpahaman cetek, tak baca sejarah menyangka perbuatan terorisme adalah seperti ‘ Perang Badar ’, mahu disamakan dengan ‘ Perang Badar ’ tapi kerana umat Islam tak baca sejarah ada yang setuju dengan propaganda manusia seperti Gilder dan Salman Rushdie. " Ia bukanlah jihad bila mana sesudah anda sampai ke Amerika dan anda bayang membunuh warga Amerika pertama yang anda lihat " - Ali Al-Juri Pendek kata, dalam Fitna, Quran digambarkan sebagai sebuah buku yang mengajarkan khutbah kebencian yang memekik-mekik dan tindak biadab yang berdarah. Wilders sebenarnya hanya mengulang pendapatnya. Pada 8 Ogos 2007, ia menulis untuk harian De Volkskrant: Quran, baginya, adalah " buku fasis " yang harus dilarang beredar di Negeri Belanda, seperti juga buku Mein Kampf tulisan Hitler. Buku itu merangsang kebencian dan pembunuhan terhadap Yahudi. Bagaimana orang Islam tidak boleh memerangi dan membenci sikap dan sifat Yahudi? Al-Quran mengajar kita sifat manusia, dalam erti kata lain, boleh saja orang bukan Yahuidi mempunyai sifat Yahudi - Vice Verse Setakat ini Yahudi berjaya menerusi propaganda membuat umat Islam yang mudah terpengaruh dengan ‘ fitna ’ membenci saudara mereka yang berbeza ‘ mazhab ’, membenci siapa saja yang tidak se mazhab dan tidak mahu tunduk pada kehendak ideologi yang mereka bawa dengan melabelkan mereka telah melakukan bidaah, khurafat, syirik. Akibat mudah terpengaruh dengan fitnah ‘ orang kita ’ yang sanggup menjadi hulu kapak tidak berasa berdosa menebang pohon rendah tempat berteduh . Apa akan jadi pada ketuanan Melayu yang bersandarkan Islam yang tahu bahawa umat Islam yang taqwa, yang menjadikan Nabi Muhammad SAW selaku Ad-din adalah ‘’ master of the universe ’, khalifahtullah dan pemimpin dunia tanpa sempadan, alam zahir dan alam kerohanian ? Dari rahmat ini, buahnya turut tumpang dimakan orang UMNO yang juga sanggup berputus arang dan berkerat rotan sesama saudara Islam akibat termakan fitnah oleh orang UMNO sendiri yang menjadi musuh dalam selimut , gunting dalam lipatan . Mereka yang terjerat oleh racun ‘ fitna ’ dari blogger yang dipengaruhi oleh manusia seperti Greet Wilder, alat Yahudi yang mahukan orang Islam menjadi ‘ pasif ’, sekadar Islam ‘ ritualitis ’ takut berperang dengan musuh Islam yang mahu menghapuskan Islam dari atas muka bumi. Apakah kita masih mahu berpeluk tubuh tanpa bertindak awal, membaca gerak geri musuh berbeza dengan reaktif, cuma tahu protes maka kita perlu memperkenalkan siapa Nabi Muhammad SAW yang sebenarnya? Apakah orang kita mahu akhirnya kerusi PM Perdana Menteri nanti jadi PM ‘ peti mayat ’, ‘ peti mati ’ bagi mereka yang memusuhi Islam dengan mengajak setiap orang Melayu memusuhi UMNO? Sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah . Wahai orang UMNO, saya bukan hendak jadi UMNO reform, sekadar mengingatkan saja. Apakah orang kita yang duduk di situ sanggup berperangai macam mayat? Ingatlah kerusi Perdana Menteri itu sajalah salah satunya yang masih menjadi milik ketuanan Melayu . Mahukah anda sekali lagi saya mentalkinkan UMNO seperti buku saya ‘ Talkin Untuk UMNO ’ tahun 1988? Inilah yang terjadi bila orang UMNO terlupa UMNO itu PEKEMBAR. Kita buang isi ketuanan Melayu, kita ambil kulitnya saja. Apakah tak mustahil satu hari nanti kerusi Perdana Menteri bertukar menjadi Presiden ? Apakah anda mahu membiarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang bukan dari UMNO ‘ politic is the game of the possible ’. Apakah tak mustahil Raja-Raja Melayu yang sekadar Raja Berpelembagaan akan menjadi seperti Raja Lekuk, Raja Kelawar, Raja Sepit dan Raja Diamond macam yang berlaku di India, China, Indonesia dan Filipina? Apakah anda tak nampak raja dan pemimpin UMNO sedang bercakaran? Sejarah telah menunjukkan kepada kita tak ada raja yang paling berkuasa yang tak boleh dijatuhkan sama ada oleh kuasa rakyat atau disebabkan fitnah. Raja Perancis King Louis XVI hilang kerajaan disebabkan pembrontakan rakyat terhadap raja yang zalim. Raja China terakhir yang bergelar maharaja, Maharaja Pu Yi juga mengakhiri sistem beraja China yang dipakai sejak beribu tahun akibat fitnah oleh Barat. Cuba tengok balik filem " The Last Emperor ." Di negara kita pun Melaka yang satu ketika dulu pakai sistem raja pun hilang rajanya. Sewaktu Melaka menjadi sebuah empayar yang gemilang, terlalu ramai sangat orang yang hendak merebut kerusi Bendahara terutama sekali bila Tun Perak mati. Bila Sultan lantik Tun Mutahir jadi Bendahara, ramai orang Melayu yang tak suka. Akhirnya dia difitnah oleh Raja Mendeliar kononnya nak jatuhkan Sultan. Sultan Mahmud yang tak usul periksa akhirnya menghukum bunuh Tun Mutahir sekeluarga dan keadaan yang bercelaru inilah yang mengakibatkan Portugis dengan mudah menawan Melaka. Sewaktu pemerintahan puteranya Sultan Allaudin Riayat Shah, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis dan bermula sejarah negeri Melayu di jajah selama hampir empat setengah abad. Baca balik sejarah Surabaya, metos perebutan kuasa antara jerung dengan buaya. Keturunan Sultan Melaka terakhir yang membuka kerajaan di Johor Lama juga mangkat dan mengakhiri salah-silah Parameswara, Sultan pertama Melaka akibat termakan fitnah. Beliau yang kita kenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang mati ditikam oleh Megat Seri Rama yang marah kerana Sultan telah membunuh isterinya, Dang Anum yang mengandung disebabkan memakan seulas nangka yang mahu dipersembahkan kepada raja. Pada mulanya raja tidaklah berapa murka tetapi setelah dikipas permainan batu api oleh pembesar tertentu istana yang tak senang dengan Megat Seri Rama dan mengatakan perbuatan Dang Anum mencemarkan kemuliaan raja, maka raja telah bertindak diluar perikemanusiaan yang akhirnya mengakibatkan keturunannya hilang takhta buat selama-lamanya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya . Itu di Johor. Di Singapura pula Hang Nadim yang menyelematkan rakyat dari ditikam oleh ikan todak dalam peristiwa Singapura Di Langgar Todak , juga mati akibat dihukum oleh Sultan setelah mendengar hasutan dan fitnah oleh pembesar istana yang cemburu ke atas kecerdikan seorang budak kecil. Begitu juga kisah Sang Rajuna Tapa yang marah kerana anaknya yang menjadi gundik kesayangan Sultan Iskandar Shah, dicemburui oleh isteri-isteri dan gundik Sultan yang lain dan diupah pembesar istana memfitnah anak Sang Rajuna Tapa bermukah dengan seorang pemuda. Sultan yang tak usul periksa terus menjatuhkan hukuman mati kepada anak perempuan Sang Rajuna Tapa di khalayak ramai. Sebagai membalas dendam, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu gerbang kubu Singapura ketika askar-askar Majapahit datang menyerang pulau itu. Tindakannya telah mengakibatkan bukan sahaja Sultan Iskandar terbunuh malah berkuburnya kerajaan beraja Melayu di Singapura. Hari ini Singapura sudah jadi republik. Apakah tak mustahil Anwar Ibrahim akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama sekiranya fitnah dan hasutan terhadap raja dengan menggunakan pemimpin-pemimpin tertentu dilakukan oleh para bloggers yang macam Wilders dan Rushdie? Anak Cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu ingat . Pelbagai cara telah digunakan oleh mereka sepanjang sejarah silam dan pertengahan. Pencapaian mereka adalah sama iaitu berjaya ‘ memfitnah ’ sesama umat Islam di seluruh dunia seperti di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Palestine dan di negara Arab yang berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Mereka adalah umat Islam yang termakan ‘ fitnah ’. Kini ianya sedang berlaku di Indonesia dan Malaysia. Dosa memfitnah sama seperti membunuh, apakah anda sanggup bersubahat dengan pemfitnah sebagai pengirim sms? Kenapa biarkan mereka terus menerus mencari setiap kesalahan yang sekecil-kecilnya tanpa menunjukkan jasa-jasa kerajaan kepada rakyat hingga rakyat terjebak dengan sikap ‘ kufur nikmat ’? Kenapa tak ingatkan bahawa manusia akan dilaknat oleh Allah SWT jika mereka tidak tahu berterima kasih, tak tahu bersyukur dengan sedikit yang mereka dapat? La in shukurtum La azidannakum. Apakah anda tidak nampak mereka yang ‘ hasad ’ sanggup membakar kelambu akibat marahkan nyamuk . Bila kelambu terbakar, rumah tempat kita tinggal akan dijilat api, akhirnya yang menang jadi arang, yang kalah jadi debu . Kenapa dan sampai bila kita mahu menjadi manusia yang hidup di dalam kerugian? Sampai bila ‘ Sudah terantuk baru mahu mendongak , bila nasi sudah jadi bubur baru mahu menyesal ? Bila lagi mereka yang sesat dihujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan ? Mari kita beristighfar, minta ampun kepada Allah sambil berselawat. Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad . Sampai bila kita mahu biarkan budaya luncai, biarkan... biarkan... si luncai terjun dengan labu-labunya menjadi budaya orang kita? Barat membanggakan demokrasi menyeru negara yang mahu dijajahnya semula dengan slogan ‘ demokrasi ’ tapi buta tentang apa itu ‘ toleransi ’ sesama manusia. Bagaimana mengamalkan ‘ demokrasi ’ bila pemimpin berperangai seperti ‘ demon crazy ’, hantu gila akibat ‘ sakit ’? Kalau Wilder mengesa masyarakat Belanda mengusir umat Islam dan menolak Al-Quran, di Malaysia, ‘ ceklat angin ’ dan ‘ botol-botol kosong ’ yang ada Phd bersama para pencacai politik yang telah bertukar menjadi ‘ demon crazy ’ dan blogger yang mempunyai ‘ mindset’, macam ahli politik Belanda cuba memaksa Pak Lah supaya mengosongkan kerusi Perdana Menteri dengan serta merta. Tak bolehkah kita mentafsirkan perbuatan mereka cuba menghapuskan ketuanan Melayu satu-satunya ‘ institusi ’ milik Melayu?. Apakah perkara yang sama tidak akan dilakukan terhadap Najib? Bukankah pattern politik yang sama pernah dilakukan terhadap Tun Mahathir dulu? Mereka membuat rakyat terlalu marah dan benci kepada Tun hingga rakyat menganggap Mahathir sebagai kotornya kerajaan Mahathir ibarat najis dalam perut. Mahathir diibaratkan kepala tahi oleh Profesor Emeritus Dr. Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara dalam buku ‘ shit P... mak ’, SHIT , selain buku Mahafiraun dan Maharaja Beruk . Siapa yang menyebabkan politik Melayu jadi celaru dan haru biru? Kerana ‘ sindrom ’ benci, rakyat tak peduli siapa ganti, yang penting Mahathir berhenti. Perkara yang sama sedang berlaku terhadap Pak Lah. Apakah kerana Mahathir takut Anwar sebagai pengganti bukan Najib yang Mahathir kehendaki? Kepada siapa kalau bukan Allah kita minta pertolongan? Namun kata Tuhan, Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, melainkan kaum itu sendiri . Al-Quran. Apakah anda tak rasa sedih, tak terkilan melihat kebanyakan orang UMNO yang hidup cari makan menggunakan saluran politik sanggup membocorkan kapal yang mereka tumpang dan kini berada di tengah laut yang bergelombang. Hendak jadi ‘ kapal Titanik ke ? Sanggupkah kita membiarkan Melayu yang penuh emosi yang ada phd, yang berpegang pada ‘ biar putih tulang, jangan putih mata ’ mengambil kesempatan menggunakan mereka yang ‘ buta hati ’ untuk meniupkan rasa benci seperti kebencian ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri berlarutan? Hari ini Mahathir, Sanusi Junid, Mukriz dan para pengikut mereka mahu melakukan perkara yang sama terhadap Pak Lah. Bolehkah kita berpeluk tubuh tak berbuat apa-apa? Mahathir takut dengan Anwar, kenapa kita mesti ikut sama? Tidak pernah dalam sejarah dunia moden, Islam ditekan begitu hebat dan rakus seperti hari ini. Sanggupkah anda biarkan keadaan sedemikian berlarutan hingga bumi kita menjadi padang jarak padang terkukur seperti Iraq, Pakistan, Afghanistan dan Palestin? Apa yang akan saya dan anda jawab dengan anak cucu kita nanti? Apakah saya dan anda sekadar berpeluk tubuh membiarkan bangsa kita menjadi pengganas di negerinya sendiri? Sekiranya tidak ada jalan lain lagi mahukah kita semua berhijrah ke Yaman seperti yang diusulkan oleh Nabi Muhammad SAW? Rasulullah SAW bersabda " Jika timbul fitnah, hendaklah kamu (tinggal) di Yaman, kerana (tempat) itu diberkati ". - Riwayat Sayyidina Abu Zar Al-Ghifari. " Barang siapa yang susah memperoleh pegangan, hendaklah dia (pergi) ke arah sini, Rasulullah SAW menunjukkan ke arah Yaman ". Dalam kitab Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, Abu Mas’ud Al-Badri meriwayatkan, Rasulullah SAW menunjuk ke arah Yaman lalu bersabda: " Sekarang di sanalah tempatnya iman ". " Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-harj". Sahabat bertanya, "Apakah al-harj itu hai Rasulullah? Nabi SAW bersabda, "Peperangan demi peperangan demi peperangan " Riwayat Ibnu Majah "Sesungguhnya dalam kisah mereka itu ada ibarat (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal. Bukan Quran ini perkhabaran yang diada-adakan sahaja, bahkan ia membenarkan (kitab) yang terdahulunya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman"

Sunday, April 20, 2008

Kita Perlukan "Keterbukaan" Media

Media perlu terbuka.tanpa keterbukaan media,tidak akan wujud ketelusan penyaluran maklumat unuk dinilai oleh audience.Penapisan dan pemandulan maklumat tidak sepatutunya akan menyebabkan maklumat yang sampai kepada audience hadir dalam bentuk tidak sempurna.Dalam usaha memacu pertubuhan modal insan ke arah mengisi keperluan guna tenaga negara untuk tahun-tahun mendatang,kegagalan media media menyalurkan maklumat yang sewajarnya kepada audience akan menghasilkan khalayak yang keliru dan terdedah kepada manipulasi yang tidak benar.Media perlu lebih telus dalam menyampaikan maklumat tanpa ada berat sebelah walaupun berbeda politik.Selagi mana kebanyakan media arus perdana negara ini dikawal pelbagai organisasi dan pihak-pihak berkepentingan harapan rakyat untuk mendapat maklumat yang "tulus" dan "benar" akan terbantut dan dikuasai satu medan yang berunsur tidak tulus dan adil.Dalam isu penyusunan dan penempatan ternakan khinzir di selangor,dengan fakta-fakta yang separuh tepat dan bermotifkan mengelirukan,unsur-unsur hasutan berlandaskan berbezaan kaum dan agama adalah isu sensitif dan tidak patut sama sekali diperbesarkan dan dijadikan alat unuk menyerang kerajaan dari pakatan yang mana berbeza politik nya dengan pemerintah.

Melayu . . .


Isu keputusan pilihanraya masih lagi hangat dibincang dimana-mana,mau di warung,kedai kopi,pejabat swasta dan kerajaan.Baru-baru ini presiden PAS menawarkan kepada UMNO untuk berkejasama dalam membincangkan hala tuju orang melayu.Suatu tawaran dan pendekatan politik matang dilihat mula tumbuh.Dalam keadaan UMNO yang sedang "bergelora" dengan desakan-demi desakan agar pucuk pimpinan parti meletak jawatan dan di ganti dengan penganti yang lebih berkaliber,dan ada juga cerita-cerita mengenai "pelan peralihan kuasa" yang dipelopori golongan tertentu yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan Abdullah sendiri.Saya di fahamkan pelan ini dipelopori oleh golongan-golongan yang dikaitakan dengan ,mereka tidak senang dengan Abdullah yang dikatakan kurang cekap didalam mengurus pentadbiran dan disabitkan juga menjadi punca kekalahan BN dalam banyak kerusi tertentu terutama dalam kejatuhan 5 negeri ke tangan Barisan Alternatif yang kini lebih sinonim dengan Barisan Rakyat (BR).Kini UMNO cuba mengunakan taktik "merayu" bagi mengembalikan kepercayaan rakyat teutama golongan melayu kepada UMNO .Api perkauman mula ditiup bagi memburukkan akibat memilih Barisan Rakyat dalam pilihanraya.Jika dilihat selama 50 tahun,dimanakah tahap kita orang melayu dalam bidang ekonomi?Kita terus ketinggalan.Saya amat kecewa baru-baru ini,apabila ke kedai "hardware" milik bangsa lain untuk membeli simen,dan kebetulan juga ada bangsa yang sama dengan pemilik kedai tersebut yang mana,ketika itu saya bertanya berapakah harga simen tersebut?Ternyata jawapan berbeza diberikan diantara pekedai dan customer tersebut.Mereka mengenakan harga lebih tinggi (diskriminasi harga) kepada orang melayu.Disinilah,mula saya memikirkan perlu nya orang melayu menguasai bidang ekonomi agar tidak terus dimonopoli oleh bangsa lain.Ini bukan bermakna dengan menyokong UMNO,mampu menjamin kebajikan orang melayu.Dimana silapnya kita?Penguasaan ekonomi dan politik adalah perlu bagi menjamin ketuanan melayu,dalam masa yang sama kita tidak menafikan hak kaum-kaum yang lain.Berapa banayak kedai2 runcit milik melayu di sekitar lembah klang yang diibaratkan "Hidup tak mau,mati tak segan" ?,lantaran persaingan dengan gedung-gedung pasaraya besar?Dari segi agama dan moral,berapa banyak isu sosial dan gejala tidak sihat yang melibatkan orang-orang melayu?peratusanya tinggi bukan...adakah ini kejayaan 50 tahun selepas kemerdekaan?Isu-isu melayu diantara PAS dan UMNO tidak perlulah sampai kecoh "sekampung"..tindakan ini boleh membuat orang luar melihat dan menilai bertapa rapuhnya orang melayu itu sendiri..kini siapa yang perlu dirawat?UMNO perlu merawat dan menkaji dasar-dasar melayu selama ini dimainkan adakah menepati tujuan dan matlamat atau sekadar omong-omong kosong belaka?Jika mahu melayu perkasa,jangan tepikan ajaran islam dan hukum..Bagi pemimpin melayu diatas,jangan leka dengan kekayaan dunia hingga buta untuk menilai yang baik dan buruk.

Tuesday, April 15, 2008

Pakatan Rakyat Ready to Form Federal Government






Celebration of "Black 14" at the Sultan Sulaiman sport club in front of 10,000 supporters greeted Anwar in a rally welcoming back his return to politics,which is 14 April 2008 is a date of declaration that Anwar Ibrahim now freely to join politic after 5 year court enforced ban from politic.Parti keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim said last night that Pakatan Rakyat(PR) is ready to form the central government and wait for the right time.Pakatan coalition comprising of KeADILan, Islamic Party of Malaysia (PAS) and the Democratic Action Party (DAP) had only 82 seats but "unofficially" it had "more than enough" to form the majority in the 222 seats parliament.Anwar also added that,PR has first to be sure it enjoys a comfortable majority before forming the government.He also said that,a several MPs from Sabah and Sarawak willing to join Pakatan Rakyat for the sake of the country and people.He also asked by journalist rather have intention to enter the parliment,Anwar said before he decides to do so,he has to be sure that PR can rule the state effectively,which that alliance has become stable and strong.Anwar also state that,PR never practice "buy over" MPs from Sarawak and Sabah.Anwar stressed the opposition's main aim was to carry out reforms, ranging from cleaning up the judiciary to ending corruption and ensuring racial harmony.

More About Anwar Ibrahim History : http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim



Thursday, April 3, 2008

PRU 12 dan Kesan Besar Kepada BN

Kekalahan besar BN ini telah menyebabkan desakan demi desakan supaya Abdullah Ahmad Badawi berundur.Antara veteran UMNO yang paling vokal ialah Ruhanie Ahmad,bekas pengerusi BC di parlimen Parit Sulong.Ruhanie telah mengemukakan beberapa alasan mengapa Pak Lah wajar berundur daridapa kerusi PM: ' Menerusi analisa saya berasaskan komen-komen rakyat jelata yang diluahkan menerusi media internet sejak setahun yang lalu,punca utama BN era Abdullah kalah,adalah kepincangan kepimpinan Abdullah,kedolak-dalikan kenyataan dan keputusan Abdullah,perilaku menantu Abdullah yang manipulatif dan umpama kadok naik junjung,dan juga persepsi umum bahawa Malaysia kini seolah-olah sudah digadaikan kedaulatannyakepada sebuah kuasa asing serantau yang tertetu.

Pada waktu yang sama,sejak kira-kira enam bulan yang lalu pula,beberapa kenyataan dan keputusan Abdullah kelihatan seperti menjadikan orang melayu tidak lagi relevan kepada usaha BN mempertahankan kuasanya menerusi pilihan raya umumLantaran itulah wujud double standard dalam layanan era Abdullah terhadap kelompok melayu yang berdemonstrasi di Batu Buruk,terengganu dangan kelompok Hindraf yang di tuduh sebagai melakukan percubaan membunuh anggota polis sewaktu menunjuk perasaan di Kuala Lumpur

Seluruh hakikat di atas banyak dipolemikkan menerusi internet.Seluruh hakikat di atas juga menyebabkan segolongan rang melayu jadi terhiris hati dan terguris jiwa.tetapi Abdullah tidak ambil peduli.Akibatnya,hari ini sindrom penafian Abdullah itu dimanifestasikan oleh rakyat jelata menerusi PRU 12

Kini nasi sudah menjadi bubur.Abdullah tidak mampu memperbaiki keadaan.Beliau wajar mengundurkan diri secara terhormat,bermaruah dan dengan segera.ini akan membolehkan parlimen Malaysia dikuasai oleh mereka yang benar-benar cekap dan sensitif kepada tuntuan rakyat dan perihatin memelihara kedaulan negara setiap masa.