
Salam...
Sudah lama saya tidak menulis entry.Kali ini saya terpanggil utk mencoretkan sesuatu pada blog ini.Isu penggunaan kalimah Allah,bagi kaum bukan islam cukup hebat dibicarakan,sehingga ada kt dapat merasakan semangat muhibah telah tercalit sedikit dengan tuntuntan yang dianggap cukup sensitif.Saya pernah mempunyai teman istimewa dari negara jiran(Merah putih),dimana nama Allah digunakan secara meluas bukan sahaja didalam islam,malah agama lain pun turut menggunakan kalimah yang sama.Isu perkahwinan dalam berbeza pegangan agama juga turut berlaku.Sebelum saya berbicara lebih dalam,marilah kita fahami dahulu kalimah ALLAH dalam diri orang melayu dan Islam.
Persoalan pokok yang menjadi asas penentangan orang-orang Melayu ialah makna kalimah ‘Allah' bagi orang Melayu. Oleh kerana isu ini berkait dengan penggunaan kalimah ‘Allah' secara khusus dalam bahasa Melayu, bagaimana kalimah itu difahami dan digunakan oleh orang Melayu adalah perkara paling utama dan mesti diambilkira. Kalimah ‘Allah' seperti yang difahami dan digunakan dalam Bahasa Melayu tidak pernah merujuk kepada tuhan seperti yang difahami, dikenali, dan disembah oleh orang Kristian. Justeru, menterjemahkan ‘God' dengan ‘Allah' adalah merupakan terjemahan yang salah. Kalimah ‘Tuhan' sebenarnya sudah memadai untuk tujuan itu, dan kedegilan mahu menggunakan kalimah ‘Allah' dilihat sebagi penzahiran permusuhan terhadap agama Islam melalui serangan terhadap keutuhan Bahasa Melayu itu sendiri.
Hak menggunakan sesuatu kalimah hanya sah apabila hakikat yang dirujuk oleh kalimah itu tidak lain dari hakikat yang dimaksudkan oleh kalimah itu. Menterjemahkan ‘God' sebagai ‘Allah' bukan semata-mata melibatkan pertukaran perkataan dan sebutan tetapi yang lebih penting ialah kesannya kepada akal dan fikiran.Bahasa membayangkan hakikat kewujudan. Menyeludupkan faham-faham kunci yang asing pada sesuatu bahasa melibatkan bukan semata-mata hanya menterjemahkan kata-kata, bahkan lebih mendalam kesannya, ia juga melibatkan penterjemahan rupacipta perlambangan yang dimiliki oleh sistem besar pandangan alam asing yang tiada bersesuaian dengan pandangan alam yang ditayangkan oleh bahasa yang ke dalamnya faham-faham itu diseludupkan.
Bantahan bangsa Melayu tidak sepatutnya ditafsirkan bahawa mereka mahu ‘memonopoli' kalimah itu. Sebaliknya mereka hanya menuntut supaya makna sesuatu kalimah tidak dipinda sesuka hati, dan kalimah yang tepat digunakan bagi merujuk kepada makna yang dimaksudkan. Jika ini dibiarkan lambat laun ‘agama kristian' akan diterjemahkan ‘agama Islam' dan ‘gereja' menjadi ‘masjid'.
Kalimah ‘Allah' bukan kalimah Melayu, bahkan bukan milik mana-mana bahasa manusia. Kalimah itu adalah milik Allah dalam ertikata itulah nama yang Dia Tanzilkan, dan dengan nama itulah Dia mahu diseru oleh hamba-hambaNya.
Pada pandangan seorang Muslim, amatlah pelik bagi suatu agama yang mendakwa agama yang benar dan ditanzilkan tetapi tidak mempunyai nama bagi Tuhan yang mereka seru manusia untuk menyembahnya.Kaum Muslimin tidak mencipta nama untuk Tuhan yang mereka sembah apatah lagi meminjam nama-nama dari mana-mana bahasa bagi merujuk kepada Tuhan. Mereka tidak biasa berbuat demikian kerana nama agama yang mereka anuti itupun (yakni Islam) dan nama orang-orang yang menyerah diri kepada Allah dengan mengikuti agama itu (Muslim/Muslimun) diberikan oleh Allah sendiri, bukan mereka yang menciptanya, apatah lagi diberikan oleh orang luar.
Disini saya mengambil jawapan dan hujah mengapa Kalimah Allah harus dipertahan daripada digunakan oleh bukan islam dari laman IKIM ( www.ikim.gov.my ).
Golongan pemuka agama Kristian dan yang bersetuju dengan mereka dari kalangan Kaum Muslimin telah berhujah bagi mempertahankan pandangan mereka dengan hujah-hujah berikut:
1) bahawa tiada larangan atau bantahan dari al-Qur'an, justeru ia dibenarkan. Hujah ini kita namakan Hujah Tiada Larangan (HTL);
2) bukti sejarah bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, dan terus digunakan oleh orang Arab Kristian khususnya sehingga hari ini.[5] Oleh itu, mereka berhujah, Kaum Muslimin, lebih-lebih lagi di Malaysia ini, tiada hak untuk melarang penggunaannya. Hujah ini kita namakan Hujah Siapa Dulu (HSD); dan
3) bahawa kalimah itu sudah digunakan dalam tulisan-tulisan agama Kristian sejak ratusan tahun dahulu. Manakala di kalangan masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak kalimah ini sudah lama digunakan. Hujah ini kita namakan Hujah Sudah Lama Guna (HSLG). Dari segi semangatnya HSLG tiada bezanya dengan HSD.
Bagi menjawab hujah-hujah di atas perlu ditegaskan terlebih dahulu bahawa kalimah ‘Allah' adalah nama khas (ism ‘alam), bukan kata terbitan (mushtaqq) dari mana-mana perkataan Arab. Pandangan inilah yang didokong dan dipertahankan oleh al-Imam Fakhr al-Din al-Razi (m. 606H). Menurut beliau, inilah pandangan al-Khalil dan Sibawayh dan ia disokong oleh kebanyakan Ulama' Usul dan para Fuqaha'. Al-Razi berhujah bahawa sekiranya lafaz ‘Allah' itu nama terbitan (mushtaqq) pastilah ianya boleh digunakan bagi merujuk kepada yang lain dari Allah. Jika ini diterima maka kalimah لااله الا الله tidak lagi menjadi kalimah tawhid kerana lafaz ‘Allah' tidak lagi merujuk kepada Dhat Allah semata-mata bahkan terbuka kepada yang lain dariNya juga. Oleh kerana telah disepakati oleh setiap yang berakal bahawa لا اله الا الله adalah kalimah tawhid, maka jelaslah pada kita bahawa kalimah ‘Allah' adalah Nama Khas yang merujuk kepada DhatNya Yang Maha Tinggi.
Bagi keterangan lanjutbagi mengupas mengenai isi ini,layarilah www.ikim.gov.my tag under Kalimah "Allah:Antara Nama dan Hakikat1".Insyaallah sedikit sebanyak akan mengupas serba sedikit mengenai persoalan dan padangan mengenai isu penggunaan kalimah ini.Apa yang saya fikirkan adalah,sy tidak mahu genereasi akan datang terkeliru dengan kebenaran mengenai ajaran islam.Biarlah anak-anak melayu beragama islam mengenal,bahawa kalimah Allah itu merujuk kepada tuhan yang maha esa dan tiada sekutu baginya dengan apapun.
Wednesday, February 3, 2010
Isu Penggunaan Kalimah Allah
Posted by Mr Naim at 4:05 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Wednesday, December 2, 2009
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..but kenapa ada neraka ?

Fikirkan sejenak …
Satu kisah yang amat berguna untuk dikongsi bersama semua ahli agar kita
lebih memahami konsep Syurga dan Neraka.
Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek
pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang
melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam' kerap kali pihak berkuasa
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati
melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi
kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan
bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk
menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda
semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di
Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup
aurat.
Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh
pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf
dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas
dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,
takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam
neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh
sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz
tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak
akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen
sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..
hidup senang lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak
nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua
jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.
Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang
baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji
sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang
dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol
disyurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita
nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."
rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke
dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu
Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.
Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri
sendiridan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang
diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah,
maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita Ingatlah;
semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat
bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita
jugak. Assalamu'alaikum."
Posted by Mr Naim at 1:23 AM 0 comments
Labels: Dakwah
Sunday, November 29, 2009
Kecintaan Dan Pegorbanan Pada Allah
Sepasang suami isteri yang sudah lama mengimpikan seorang anak..mereka sudah lama mendirikan rumah tangga , umur mereka masing-masing sudah semakin tua..namun mereka tidak pernah henti-henti meminta doa pada Allah, rabb seluruh ‘alam…agar mereka berpeluang menimang anak sendiri seperti pasangan yang lain. Maka dengan takdir Allah s.w.t..Siti Hajar disahkan hamil dan mereka begitu gembira sekali..Nabi Ibrahim yang telah lama menginginkan anak itu sering menemani isterinya dan terlalu sayangkan anaknya itu sehinggakan timbul perasaan cemburu Siti Sarah.
Maka..Bagi sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disadari oleh Nabi Ibrahim , Allah s.w.t. telah mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah , isterinya dipenuhi dan agar dijauhkanlah Ismail bersama Hajar, ibunya daripada Sarah, ke suatu tempat. Pada saat itu, Hajar masih dalam keadaan menyusui putranya.Bayangkanlah perasaan seorang bapa yang terlalu cinta pada seorang anak yang telah selama berpuluh-puluh tahun mengharap dan akhirnya dapat jua merasai perasaan seorang bapa..namun kasihnya yang teramat sangat tidak lama dirasainya…Nabi Ibrahim terpaksa berpisah meninggalkan anak kesayangannya itu.
Maka dengan tawakkal kepada Allah ,berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang dibawa di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.
Nabi Ibrahim kemudian menempatkan Hajar dan Ismail ke sebuah tempat di samping pohon besar. Pada saat itu, di tempat tersebut tidaklah terdapat seorang pun dan tidak pula ada air. Nabi Ibrahim kemudian meninggalkan keduanya beserta geribah yang di dalamnya terdapat kurma, serta bejana yang berisi air.
Ketika Nabi Ibrahim hendak pergi, Hajar mengikuti beliau seraya bertanya, “Wahai Ibrahim, ke manakah engkau akan pergi? Apakah engkau akan meninggalkan kami padahal di lembah ini tidak terdapat seorang pun dan tidak ada makanan apa pun?”
Hajar mengucapkannya berkali-kali, namun Nabi Ibrahim lansung tidak menghiraukannya.Pilunya hati seorang bapa..seorang suami yang terpaksa meninggalkan anak dan isterinya yang amat disayangi! Tak sanggup untuk menoleh ke belakang menjawab pertanyaan itu. Namun kemudiannya, Hajar bertanya, “Apakah Allah yang memerintahkan engkau berbuat ini?” Nabi Ibrahim pun menjawab dengan linangan air matanya, “Iya.” Hajar lalu berkata, “Maka pergilah…sesunggunya Dia tidak akan membiarkan kami sendirian…” Hajar kemudian kembali dengan perasaan sedih sekali.
Di situlah dia ditinggalkan. ‘Di lembah yang tiada padanya sebarang tanaman’.
Kering dan Kontang. Yang bertiup hanya angin selatan yang berhawa panas dan berbahang. Dan terbang bersama-sama angin itu pasir-pasir memedihkan mata. Lembah itu nyata tidak subur,bukan sahaja tiada hidupan, sebatang tumbuhan pun sukar kelihatan.
Suaminya hanya menuruti perintah. Perintah dari langit tinggi, yang tentunya tidak akan dia persoalkan.Di daerah Tsaniah, ketika bayangan beliau hilang dari pandangan keluarga yang beliau tinggalkan, Nabi Ibrahim berdoa,
“Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Rabb Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”
Ketika bekalan air mereka habis, Hajar pun mencari air untuk dia dan putranya. Dia pergi ke bukit Shafa, mencari-cari adakah orang di sana, namun dia tidak menemukan siapa pun di sana.
Hajar pun kemudian pergi ke Marwah dan mencari-cari orang pula di sana. Dia juga tidak mendapati seorang pun.
Hajar berulang-ulang pergi dari Shafa ke Marwah, sebaliknya dari Marwah ke Shafa sampai tujuh kali. Oleh karena itu, di dalam ibadah haji ada yang namanya Sai, yaitu berlari-lari kecil dari Shafa ke Marwa dan sebaliknya sampai tujuh kali.
Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya:” Siapakah sebenarnya engkau ini?” ” Aku adalah hamba sahaya Ibrahim”. Jawab Hajar.” Kepada siapa engkau dibawa ke sini?”tanya Jibril.” Hanya kepada Allah”,jawab Hajar.Lalu berkata Jibril:” Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya.”
Kemudian diajaklah Hajar mengikuti-nya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah .Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang ” Injakan Jibril “.
Alangkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sgt bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.
* * * * *
Masa berlalu dan si anak membesar,menjadi kanak-kanak.
Pada masa itu, muncul semula ayahnya. ya..itulah seorang bapa yang pernah meninggalkan ibunya ketika si kanak-kanak masih dalam susuan ibunya. Di saat itu anaknya memanggil ” Ayah!! Ayah!!!” Bayangkanlah betapa sayangnya si ayah kepada anaknya yang sudah lama ditinggalkannya. Tentunya kasih sayang itu tak dapat dibayangkan.
Si anak memang tidak pernah mengenal ayahnya. Sedangkan melihat dia tak pernah, inikan pula bercakap mesra dengan ayahnya. Dia anak yang tidak berayah awalnya. Tidak pernah merasai pula kewujudan seorang lelaki dewasa di dalam keluarga. Hanya si ibu yang bersama dengannya.
Suatu pagi si ayah datang kepada anaknya. Riak muka tampak risau. Datang bercakap dengan anaknya, yang baru sahaja dikenali dan ditatapinya. Belum pun sempat bermain bermesra sepuasnya, Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Ia terduduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.Nabi Ibrahim yang bercucran air mata pada anak yang dikasihinya itu
“Duhai anak, aku melihat di dalam mimpiku, bahawa aku ini diminta Tuhanku menyembelihmu, duhai anak, katakanlah, apa pandanganmu,” Sebak. Memang si ayah sebak.
Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya
” Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”
Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:” Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah.”
Beberapa tahun ditinggalkan. Di tanah kontang. Ibunya ditinggalkan kontang, tanpa apa-apa bekalan selain iman. Dia dilahirkan, dia disusukan, dia dibesarkan, susah sekali. Dan ayahnya tidak pernah ada di sisi. Bila si ayah datang tiba-tiba, mengaku pula ayahnya, dia belum pun berkenalan betul dengan si ayah. Setelah semua keperitan itu ditinggalkan ayah kepada dia dan ibunya, kini, minta menyembelih dirinya? Dirinya disembelih ayahnya?
Analoginya cukup mudah. Bayangkan sahaja kita si anak. Kalau kita remaja atau dewasa, atau kurangkan sedikit umur kita, jadi kanak-kanak sebentar. Dengan minda kanak-kanak kita, bayangkan kita menghadapi situasi itu.
Sedang bermain-main pasir, datang lelaki entah dari mana, mengaku ayah. Hm, ayah? Ada juga dulu ibu bercerita tentang ayah. Tetapi kita tidak pernah faham apa itu ayah, tidak pernah faham.
Belum pun selesai misteri ayah, ayah minta pula ingin menyembelih. Minta ingin mengerat leher kita hingga putus beberapa urat utama hingga darah berpancutan bersemburan dengan pisau yang tajam,hanya kerana dia disuruh.
Mampu kita menerima? Entah berdepan pun kita tidak mampu.
Dan memang sebenarnya, tiada manusia biasa yang mampu. Kisah itu kisah manusia yang hebat. Memang mereka para anbiya’, tapi mereka juga manusia dengan jiwa dan perasaan. Namun jiwa dan perasaan mampu bertindak hebat dan agung, di luar kemampuan manusia biasa, kerana mereka ditarbiyyah. Sesungguhnya, mereka telah ditarbiyyah.
Si anak hanya mampu berperasaan dan berkata sedemikian, hasil tarbiyyah ibunya. Jiwanya jadi kental, perasaannya jadi agung, dan kata-katanya jadi matang. Ibunya berjaya memberi tarbiyyah yang hebat yang berimpak pada peribadinya.
*****
Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah.
Allah menguji Nabi Ibrahim sejauh mana cintanya kepada Allah..kerana selama ini..Nabi Ibrahim terlalu sayang dan cinta akan anaknya yang telah lama ia hajati. Tanpa disedari, kasih terhadap anaknya melebihi segala-galanya. Namun, ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan
Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya( tiba-tiba parang yang tajam menjadi tumpul), datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:” Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan .”
Begitulah ujian Allah yang terhebat dalam sejarah cinta manusia. Sejauh manakah kita dan cinta kite terhadap Allah dapat diuji? Kadang-kala pabila melihat sekeliling, manusia sering mencintai ibu bapanya malah temannya lebih dari cintanya pada Allah!
Posted by Mr Naim at 4:55 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Monday, October 26, 2009
Kepimpinan
Ketika kewafatan baginda Rasulullah SAW, hanya beberapa orang ahli keluarga dan sahabat yang menguruskan jenazah baginda. Ramai di kalangan sahabat pada ketika itu membincangkan suatu perkara yang sangat penting iaitu memilih pengganti kepada Rasulullah SAW. Kepimpinan merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia apatah lagi melibatkan urusan yang besar seperti menguruskan pentadbiran Negara dan hal ehwal umat Islam keseluruhannya. Peristiwa di atas merupakan suatu contoh jelas yang boleh kita ambil pengajaran dalam urusan memilih pemimpin iaitu dengan berbincang dan bermesyuarat.Ketua merupakan suatu kemestian yang ada dalam sebuah organisasi atau jemaah. Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai perkara ini dalam satu hadis.
“Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seseorang mengetuai kamu.”
Ketua memainkan peranan bagi mengepalai dalam setiap tindakan dan membuat keputusan serta sedia bertanggungjawab dengan keputusan yang diambil olehnya. Ketua yang amanah akan bersikap jujur dan adil demi kebaikan majoriti orang di sekelilingnya serta tidak mementingkan diri sendiri. Oleh kerana tugas sebagai pemimpin merupakan suatu amanah yang besar serta sangat besar tanggungjawabnya, maka pemimpin perlu dipilih daripada mereka yang layak dan memenuhi kriteria yang diperlukan. Ibn Khaldun menetapkan empat syarat sahaja untuk menjadi khalifah iaitu: Memiliki ilmu pengetahuan sehingga sampai ke peringkat berijtihad; Keadilan – di mana semua jawatan dalam agama mesti berlandaskan keadilan; Kesanggupan dan berani menjalankan undang-undang hudud serta menghadapi peperangan dan boleh mengarah rakyat berperang; mengetahui hal ehwal diplomasi dan cekap dalam siasah; dan, Kesejahteraan pancaindera dan anggota badan dari kecederaan seperti gila, buta, tuli, bisu, cacat tangan, kaki dan sebagainya.
Islam menggariskan beberapa sikap yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin antaranya bersikap lemah lembut, pemaaf, teguh pendirian dan bertawakkal kepada Allah SWT.
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulul amri (pemegang kuasa) di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya) jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik (bagi kamu) dan lebih baik akibatnya.” (an-Nisa’, 5: 59)
Ayat di atas dengan jelas menyuruh agar manusia memberikan ketaatan yang mutlak tanpa ragu-ragu kepada Allah dan Rasul. Ayat di atas menggunakan ‘feel amar’ yang membawa maksud wajib taat kepada Allah dan Rasul. Di samping itu, kita juga diminta agar taat kepada ulil amri iaitu pemimpin di kalangan kita. Walaubagaimanapun ketaatan kepada pemimpin tidak mutlak seperti ketaatan kepada Allah dan Rasul.
Dari Ibn `Umar r.a.: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Maka tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat dan setiap perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Kita wajar mencontohi sikap kepemimpinan yang pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah dan para sahabat. Mereka berjaya menonjolan keindahan Islam dengan berlaku adil kepada semua pihak termasuk kaum bukan Islam yang mendiami kota Madinah. Abu Bakar dalam ucapan dasarnya selepas dilantik menjadi khalifah menggantikan Rasulullah dengan rendah diri menyeru agar umat Islam mengikutinya jika benar dan menegurnya jika salah.
Dan beliau menegaskan bahawa tidak ada ketaatan lagi kepadanya jika beliau durhaka terhadap suruhan Allah. Ucapan ringkas yang padat ini wajar dijadikan panduan bagi kita terutamanya pemimpin sebuah organisasi apatah lagi pemimpin Negara. Ketaatan kepada pemimpin adalah perlu berterusan dalam setiap perkara yang disukai atau dibenci dan dalam senang atau susah. Perihal ketaatan kepada pemimpin juga dapat difahami dengan meniliti hadis di bawah;
Posted by Mr Naim at 5:49 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Tuesday, September 29, 2009
Rahsia Dan Hikmah Puasa Enam
Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal 1426H secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.
Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.
Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.
Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.
Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).
Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:
Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh;
Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.
Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.
Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.
Posted by Mr Naim at 10:59 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Sunday, September 13, 2009
Kejadian Manusia

Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.
Posted by Mr Naim at 7:23 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Monday, August 24, 2009
Madah Ramadhanku
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadan itu ubatnya.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!!
Posted by Mr Naim at 8:30 AM 3 comments
Labels: Dakwah
Tuesday, July 28, 2009
Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).
" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher
Posted by Mr Naim at 6:46 PM 2 comments
Labels: Dakwah
Thursday, May 7, 2009
Apabila Kafir Mula Mencabar
"Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.
Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.
Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.
Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
"Subhanallah... . Subhanallah ... . Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim... .!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis iru.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
"... Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:
" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya... " jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
" Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan... !" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.
"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula... ?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa... " Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa... !" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu... ? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak... ?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"
Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada... ? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah... ?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung... !" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti... " Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu... .Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya... .?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya... " Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi... ! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.
Posted by Mr Naim at 5:50 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Wednesday, April 29, 2009
Orang Yang Didoakan oleh Para Malaikat
Insya Allah berikut inilah orang - orang
yang didoakan oleh para malaikat : 
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci". (Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)
3. Orang - orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang - orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu". (Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat ( berdoa ) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (kelangit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang - orang yang berinfak. Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat (berdoa ) kepada orang - orang yang sedang makan sahur" Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa "sunnah" (Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar,"Sanadnya shahih")
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
-----
Sumber Tulisan Oleh :
Syaikh Dr. Fadhl Ilahi (Orang -orang
yang Didoakan
Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir,
Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005
Posted by Mr Naim at 5:26 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Sunday, April 12, 2009
Bunyi ketika Solat
Tidak sepatutnya deringan telefon berbunyi sewaktu seseorang sedang solat. Apatah lagi sedang bersolat berjemaah. Deringan kosong sahaja sudah menyakitkan telinga, inikan pula muzik dan nyanyian.
Sepatutnya pemilik telefon sudah mematikan telefon beliau, ataupun membuatkan telefon tersebut dalam ’silent mood’ atau ‘vibrate mood’. Sebaik-baiknya OFF terus. Sebab kadang-kadang, jika telefon bimbit bergetar, ia akan mendatangkan perasaan resah kepada seseorang yang sedang solat. Lantas mengganggu tumpuan dalam bersolat. Walhal, kekhusyukan di dalam solat adalah suatu yang dituntut kepada kita.
Firman ALLAH:
“Peliharalah segala solat (mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.” Surah al-Baqarah : 238
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya.” Surah al-Mu'minuun: 1-2
Justeru, amat penting untuk kita mendapatkan kusyuk dalam solat. Jadi berhati-hatilah agar kita tidak menyebabkan orang lain hilang fokus dan khusyuk di dalam solat.
Jika berlaku seperti perkara di atas kepada diri kita, apakah yang perlu kita buat? Adakah membiarkan deringan itu terus berbunyi? Atau bagaimana? Bolehkah kita melakukan pergerakan untuk mematikan telefon bimbit tersebut?
Apabila ditanya soalan yang sama, panel feqh al-Ahkam.net telah menjawab seperti berikut:
Didalam solat, ia bukanlah sesuatu yang rigid sehingga tidak membenarkan pergerakan langsung. Syarat yang paling penting adalah pergerakan tersebut tidak memesungkan seseorang itu dari kiblat (qiblah).
Nabi s.a.w sendiri pernah mengimami solat (menurut riwayat Muslim) didalam masjid sambil mendokong cucunya Umaamah. Apabila baginda ruku’, dia akan meletakkan cucunya dibawah, dan apa bila baginda bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. Hadith ini diriwayatkan oleh Malik 1/170, al-Bukhari, 1/487, Muslim #543, Abu Daud #917 - 920.
Malah, baginda semasa bersolat sunat dirumah pernah membuka pintu rumah untuk A’isyah ra. masuk. Berkata A’isyah ra :-
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي في البيت والباب عليه مغلق فجئت فمشى
حتى فتح لي ثم رجع إلى مقامه ووصفت أن الباب في القبلة
“Rasulullah s.a.w sedang bersolat didalam rumahnya dengan pintu tertutup. Aku datang (berhampiran pintu) dan baginda bergerak dan membuka pintu untukku, kemudian dia pergi ketempatnya kembali. A’isyah ra. mensifatkan bahawa pintu itu mengadap kiblat” [Hadith Riwayat Ahmad 6/31, Abu Daud #922, al-Nassa'i 1/178 al-Tirmudzi 2/497].
Pergerakan Nabi s.a..w ini menunjukkan pergerakan yang mempunyai keperluan. Mematikan handphone juga merupakan pergerakkan, malah dikalangan para ilmuan terkini mewajibkan talipon tersebut dipadam, kerana ia akan mengganggu solat berjemaah. [Abdul Rahman Mohammed, Pelik tapi benar dalam solat, ms 74].
Abu Sa’ed al-Khudri ra berkata : Rasulullah s.a.w apabila baginda pergi ke masjid untuk beriktikaf, dan baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, baginda berkata : Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran - atau baginda berkata, apabila bersolat” [Hadith Riwayat Abu Daud #1332].
Bacaan al-Quran secara kuat juga ditegah oleh Nabi s.a.w jika ia mengganggu jemaah yang lain, inikan pula bunyi handphone, ditambah dengan bunyi-bunyi musik. WA.
Sumber dari :halaqah.Net
Posted by Mr Naim at 11:00 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Tuesday, March 3, 2009
Seorang Anak : Antara Realiti Dan Rasionaliti
Posted by Mr Naim at 4:13 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Tuesday, January 13, 2009
Jodoh . . .
Jodoh..satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa. Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini. Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin. Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini. Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka. Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat. Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama. Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan kumakbulkan.” Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah. Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil. Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnyaPosted by Mr Naim at 5:50 PM 0 comments
Labels: Dakwah
Saturday, December 20, 2008
DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITA
p/s:KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI
Posted by Mr Naim at 6:43 AM 0 comments
Labels: Dakwah




