Terbaca aku satu buku berjudul " Membaca Bukannya Melafaz".Agak tertarik aku dengan isi kandungan buku tersebut yang mana penulis menyampaikan pandangan mengenai tradisi "Umat melayu" yang lebih kepada melafaz Al-Quran tanpa memahami makna dan maksud setiap ayat tersebut.Mungkin inilah,salah-satu faktor kepincangan isu-isu umat melayu/islam abad ini berlaku walaupun pada ironinyakita melihat anak-anak kecil sudah mendapat pendidikan agama pada seusia 5 tahun lagi.Dalam sistem tradisonal seisi rumah dan masyarakat islam ,berkaitan dengan Al-Quran ,perkara "Melafaz tanpa Memahami " memang merupakan perkara biasa sejak berkurun lama.Kaedah pembelajaran Al-Quran seperti ini telah mempergaruhi umat islam sejak kecil sehingga dewasa yang menyebabkan tercipta suatu budaya " BURUNG KAKAK TUA "di kalangan umat islam.
Al-Quran adalah pertunjuk daripada 4jj1 untuk seluruh umat manusia dan jin.Ianya merupakan suatu rahmat daripada 4jj1.Semasa Al-Quran mula diturunkan,perkara perkataan pertama adalah "Iqra" yangbermaksud "Bacalah!"Secara purata umat islam percaya sepenuhnya kepada Al-Quran,bahawa ia adalah kitab wahyu dan melafazkanya setiap hari,bermakna mendapat pahala.Tetapi membaca telah disalah erti dengan melafaz tanpa memahami maksud berkurun-kurun lamanya.Maka tidak hairanlah,ramai umat islam hari ini terpesong haluan yang asal kerana kurang memahami maksud Al-Quran itu sendiri.Sebahagian besar umat islam adalah jahil dalam memahami Al-Quran.Bukankah Al-Quran itu suatu Mukjizat sepanjang zaman?tapi mengapa masih ramai umat islam terperangakap dengan isu-isu kejahilan?Adakah minda mereka telah tertutup atau hati mereka terkunci?Sabda Rasulullah S.A.W " Ya tuhanku!Sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak di endahkan." (Al- Furqan :30).Penulis menyeru agar setiap kali kita membaca Al-Quran perlunya mencari tafsir dalam bahasa kefahaman masing-masing dan merujuk kepada kepada mereka yang arif demi menjadi umat islam yang "celik Al-Quran" sebenar-benarnya.Adalah lebih baik membaca sedikit2 dan memahami nya daripada khatam berulang kali tanpa memahami maksud dan message yang hendak di sampaikan.....
Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baru
10 months ago
0 comments:
Post a Comment