CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Wednesday, July 30, 2008

Mengapa Berat Nak Solat??

Rata-rata umat Islam mengetahui bahawa sembahyang atau solat lima waktu itu hukumnya wajib. Yakni, kalau dibuat, dapat pahala dan kalau ditinggalkan berdosa. Berdosa itu pula akan dihukum dengan seksa Neraka.

Semua umat Islam rasanya sudah maklum apakah dia seksa Neraka itu. Api yang membakar sampai ke hati. Minumannya ialah leburan logam yang menggelegak yang tidak terhingga panasnya. Makanannya ialah buah yang berduri. Seksa Neraka tersangatlah pedih. Ia adalah sehina-hina tempat untuk kembali.

Rata-rata juga umat Islam tahu bahawa sembahyang itu tiang agama. Siapa yang mendirikan sembahyang, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa yang meruntuhkan sembahyang, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah sembahyang.

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata dia telah kufur. Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat.Kalau sembahyang tidak selesai, segala amalan yang lain tertolak.Namun masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan sembahyang lima waktu. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai juga perempuan yang cuai bersembahyang.Menjadi kafir kerana tidak bersembahyang tidak dirasakan sebagai suatu ancaman. Meruntuhkan agama kerana cuai sembahyang juga tidak dirasakan besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut. Apakah puncanya umat Islam jadi begini?Kalau ditanya pendapat orang, maka akan timbullah berbagai-bagai sebab dan alasan. Lemah imanlah. Kurang ilmu agamalah. Tidak ada asas agamalah. Kurang didikan agamalah. Kerana pengaruh liar seperti rock, black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima tetapi ia lebih merupakan alasan-alasan sampingan. Ada sebab dan alasan yang lebih pokok dari itu iaitu rata-rata umat Islam sudah tidak kenal Tuhan. Umat Islam berat menunaikan sembahyang kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan.

Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.

Itulah sebabnya konsep pendidikan Islam bermula dari apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
Maksudnya: Awal-awal agama mengenal Allah.

Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka mengamalkan syariat. Kita akan suka bersembahyang. Kita akan suka membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan.Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah dan membesarkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah datang keinginan untuk bersembahyang kerana sembahyang itu ialah upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Kalau Tuhan tidak dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk bersembahyang. Sembahyang tidak akan ada apa-apa makna.Yang menjadi masalah, umat Islam sudah tidak dididik mengikut konsep pendidikan Islam ini lagi. Mereka tidak dikenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu. Mereka dikenalkan kepada dunia dan apabila sudah tua atau dewasa, barulah hendak berusaha untuk mengenal Tuhan. Itu pun hanya bagi orang yang sedar dan yang mendapat hidayah.

Kalau setiap anak dididik dari kecil untuk mengenal Tuhan, maka semua akan jadi mudah. Dari kecil lagi anak-anak sudah kenal, cinta dan takut dengan Tuhan. Dari kecil lagi mereka sudah merasa khusyuk dengan Tuhan.Orang yang khusyuk dengan Tuhan akan mudah bersembahyang. Tuhan ada berfirman:

Maksudnya: Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: Ayat 45)

Kalau sudah tua dan dewasa baru hendak mengenal Tuhan, ia seperti anak angkat yang sudah tua mahu diperkenalkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandungnya sendiri. Memang dia akan menerima hakikat bahawa ibu kandungnya itu memang benar ibu kandungnya. Lebih-lebih lagi kalau disahkan dan diakui pula oleh ibu angkatnya. Tetapi untuk hidup dengan ibu kandungnya atau untuk berpindah dari rumah ibu angkat untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, itu amat rumit sekali. Dia tidak akan mahu. Cintanya telah tertumpah kepada ibu angkatnya kerana ibu angkatnyalah yang telah banyak mencurahkan kasih sayang padanya. Begitu jugalah orang yang telah meninggalkan Tuhannya untuk bermewah di dunia. Dunia seperti ibu angkatnya. Memang sukar untuk kembali kepada Tuhan yang menciptanya.

Tidak hairanlah mengapa umat Islam tidak terdorong untuk bersembahyang. Umat Islam tidak teringin untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Untuk memuliakan, meninggikan dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Mereka mungkin tahu dan percaya adanya Tuhan tetapi mereka tidak merasakan bahawa Tuhan itu benar-benar wujud. Mereka juga tidak merasakan yang diri mereka itu hamba kepada Tuhan. Inilah bahananya kalau Tuhan tidak dikenali.

Setakat tahu dan percaya sahaja tidak cukup untuk menjadi aqidah dan pegangan. Ia tidak cukup untuk mendorong seseorang itu bertindak dan beramal. Ia tidak boleh menimbulkan sesuatu komitmen atau azam yang kuat.Tahu dan percaya Tuhan itu adalah dengan akal. Tetapi mengenal Tuhan itu adalah dengan hati. Orang yang tahu dan ada ilmu tentang Tuhan dikatakan
orang yang Aalimbillah. Orang yang kenal Tuhan itu dikatakan orang yang Aarifbillah. Orang yang kenal Tuhan atau orang Aarifbillah itu, mereka kenal Tuhan dengan hati. Mereka ada rasa-rasa bertuhan dalam hati mereka. Mereka juga ada rasa-rasa kehambaan. Mereka itu orang-orang yang khusyuk. Orang yang setakat Aalimbillah tidak ada rasa apa-apa.Mari kita lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat. Selama 13 tahun di Makkah, Rasulullah tidak mengajar para sahabat selain dari mengenal Tuhan. Tidak ada hukum-hakam lain yang diajar. Sembahyang pun belum diwajibkan.Rasulullah mengajar para sahabat tentang Tuhan sehingga merekabenar-benar kenal, cinta, takut dan sangat-sangat rindu dengan Tuhan.Mereka seperti orang lapar yang tidak dapat makan. Mereka seperti orang dahaga yang tidak dapat minum. Rindu mereka meluap-luap terhadap Tuhan.Mereka mabuk cinta dan mabuk rindu dengan Tuhan.Hanya pada tahun yang kesebelas baru berlaku peristiwa Israk Mikraj.Ketika itu baru diturunkan perintah sembahyang. Apabila para sahabat mendapat perintah sembahyang, ia ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Ia ibarat orang dahaga diberikan air. Ibarat orang lapar diberikan roti.Dalam sembahyanglah para sahabat melepaskan rindu-dendam mereka pada
Tuhan. Mereka berdailog, mengadu, memuja dan memuji Tuhan. Dalam sembahyanglah mereka bermanja-manja dengan Tuhan.Sembahyang adalah satu hadiah yang paling besar dan berharga bagi para sahabat. Satu perkara yang ditunggu-tunggu dan diidam-idamkan. Dengan sembahyanglah dapat mereka meluahkan segala perasaan dan isi hati mereka kepada Tuhan yang mereka tanggung selama ini. Sembahyang bagi mereka adalah satu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Sebab itu kita lihat, sahabat yang paling malas pun, sembahyang mereka seratus rakaat sehari semalam.

Para sahabat mencintai sembahyang kerana sebelum datang perintah sembahyang pun, mereka sudah kenal, cinta, rindu dan takut dengan Tuhan.Inilah yang tidak ada pada kita. Kita tidak kenal, jauh sekali cinta,rindu dan takut dengan Tuhan. Sebab itulah sembahyang tidak menjadi buah hati kita. Sebab itulah kita tidak terdorong untuk bersembahyang. Sebab itulah sembahyang kita tidak manis dan kita tidak mendapat kepuasan dalam sembahyang. Sembahyang bagi kita adalah sesuatu yang sangat payah dan berat. Sangat meletih dan menjemukan. Bagi para sahabat, bertemu Tuhan macam hendak bertemu kekasih. Tidak sabar-sabar ingin bertemu Lagi kita, bertemu Tuhan macam hendak bertemu orang yang kita tidak kenal. Kalau tak jadi bertemu pun tak rasa rugi apa-apa.Seperkara lagi mengapa kita merasa berat untuk bersembahyang ialah kerana kita tidak tahu dan tidak faham sebab dan hikmah mengapa Tuhan mewajibkan kita bersembahyang. Kita tahu, kalau semua manusia bersembahyang pun, Tuhan tidak untung apa-apa. Kalau semua manusia tidak mahu bersembahyang pun, Tuhan tidak rugi apa-apa. Tidak akan bertambah atau berkurang kemuliaan Tuhan. Sifat Tuhan itu sudah sedia sempurna.Tetapi kenapa Tuhan mewajibkan juga kita bersembahyang.

Kita diperintah bersembahyang kerana dengan sembahyanglah dapat kita melahirkan rasa-rasa kehambaan di hati kita. Rasarasa kehambaan ialah rasa hina, berdosa, bersalah dengan Tuhan, rasa kerdil, lemah, cemas, gementar, takut, bimbang, rasa malu, rendah diri, berharap dan sebagainya. Rasa-rasa kehambaan inilah yang dapat membantu kita menjadi orang yang baik. Rasa-rasa kehambaan ini boleh memusnah dan membakar sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji yang bersarang di hati kita seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengumpat, adu domba, menghina dan lain-lain lagi. Kalau rasa-rasa kehambaan tidak ada di dalam hati, maka hati kita akan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah seperti yang disebut di atas.

Sifat-sifat mazmumah ini sangat merosakkan. Ia racun dalam kehidupan manusia dan masyarakat. Apabila hati-hati manusia dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah, manusia akan berkrisis, bergaduh, bertengkar,jatuh-menjatuh, bunuh-membunuh dan berperangan sesama sendiri.Sebenarnya yang bergaduh dan berkelahi di antara manusia itu bukan manusia itu sendiri. Bukan lidahnya, bukan tangannya, bukan kakinya tetapi sifat mazmumah yang bersarang di hatinya. Sifat sombong seseorang itu berlawan dengan sifat dengki orang lain. Sifat panas baran seseorang itu bertengkar dengan sifat keras hati orang lain. Sifat bakhil seseorang itu berlawan dengan sifat tamak haloba orang lain dan seterusnya. Sifat mazmumah yang bersarang di hati manusialah punca manusia bergaduh. Lidah, tangan, kaki hanya mengikut sahaja.

Kalau hati-hati manusia dipenuhi dengan segala sifat mazmumah, maka rosaklah kehidupan manusia. Binasalah dunia. Hilang kasih sayang. Roboh perpaduan. Hilang kebahagiaan dan keharmonian. Terseksalah hidup manusia. Sembahyanglah yang dapat membuatkan manusia menjadi baik ialah sembahyang yang dapat melahirkan rasa-rasa kehambaan. Rasa-rasa kehambaan inilah yang akan melenyapkan sifat-sifat mazmumah dari hati kita. Kalau kita rasa hina, lemah dan kerdil di hadapan Tuhan, masakan pada waktu yang sama kita akan merasa sombong dan angkuh dengan orang lain. Kalau kita merasa bersalah dan berdosa dengan Tuhan, masakan kita akan nampak salah dan dosa orang lain.Rasa-rasa kehambaan ini secara otomatis akan melahirkan pula rasa-rasa bertuhan. Iaitu rasa-rasa bahawa Tuhan itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha Perkasa, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa-rasa bertuhan ini akan menyubur dan menajamkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji di hati kita. Akan tumbuh dan segarlah sifat-sifat pemurah, pemaaf, tolong-menolong, bantu-membantu, bertolak-ansur, bertimbang-rasa,berkasih sayang, bertoleransi, mesra, lemah lembut, lapang dada, suka mendahulukan orang lain dan sebagainya di hati kita.Inilah di antara sebab mengapa Tuhan menyuruh kita bersembahyang. Supaya manusia dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni. Bila sifat-sifat
mazmumah bersarang di hati kita, kita akan berwatak dengan watak syaitan. Tetapi bila sifat-sifat mahmudah menghiasi hati kita, maka terbinalah insan kita. Kita akan berwatak dengan watak malaikat.
Hidup manusia di muka bumi akan menjadi tenang, aman dan damai dan penuh dengan kasih sayang dan harmoni. Hidup di dunia akan menjadi begitu indah dan bahagia. Itulah bayangan keindahan hidup di Syurga Jannatun Naim, hasil dari kita mendirikan sembahyang.

Monday, July 21, 2008

Jadilah Seperti Lebah


Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia bawa akan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”

Kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera membutuhkan manusia-manusia seperti itu. Menjadi apa pun, ia akan menjadi yang terbaik; apa pun peran dan fungsinya maka segala yang ia lakukan adalah hal-hal yang membuat orang lain, lingkungannya menjadi bahagia dan sejahtera.

Inilah, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)

Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin, seperti berikut ini:

Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih.

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat pilihan. Dia sangat jauh berbeda dengan lalat. Serangga yang terakhir amat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih lainnya yang mengandung bahan madu atau nektar.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman: “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka bebanbeban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang- orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

Karenanya, jika ia mendapatkan amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan korupsi, pencurian, penyalahgunaan wewenang, manipulasi, penipuan, dan dusta. Sebab, segala kekayaan hasil perbuatan-perbuatan tadi adalah merupakan khabaits (kebusukan).

Mengeluarkan yang bersih.

Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu bahwa madu mempunyai khasiat untuk kesehatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan dari organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikan. Belakangan, ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesehatan: liurnya!

Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.

Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.

Tidak pernah merosak

Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merusak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan perusakan dalam hal apa pun: baik material maupun nonmaterial. Bahkan dia selalu melakukan perbaikan-perbaikan terhadap yang dilakukan orang lain dengan cara-cara yang tepat. Dia melakukan perbaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. Jika kerusakan terjadi akibat korupsi, ia memberantasnya dengan menjauhi perilaku buruk itu dan mengajukan koruptor ke pengadilan.

Bekerja keras

Lebah adalah pekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)

Kerja keras dan semangat pantang kendur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang banyak yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam upaya penegakkan keadilan.

Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)

Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu

Lebah tidak pernah memulai menyerang. Ia akan menyerang hanya manakala merasa terganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.

Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl.

Petikan Dari :Halaqah.Net

Friday, July 4, 2008

Empat perkara bawa kebahagiaan manusia


Oleh Drs Wan Aminurrashid

SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu?Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk? Dalam hadis,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan.Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran,melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34)

Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami keranaAllah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah,menerusi sabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam halkebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”

Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami.Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya,kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini. Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya.Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia.Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman.Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah.Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat. Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).”
(Surah an-Nahl, ayat 80).

Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita.Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah.Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan.Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhatihati,iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi’tuan’ kepadanya. Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan. Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -