CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


"Setiap Lebaran Selalu Menyaksikan Cerita Menarik Dan Unik ,Untuk Hati Yang Mahu Menerima Kebenaran"

Sunday, April 18, 2010

Kisah Penipuan Si Buta

Sudah lama,rasanya tak update entry blog.Al maklumla,semenjak beralih angin kepada pimpinan kerja baru (BOS baru) cara dan rentak kerja agak sibuk sikit.So that why la org ckp kalau dpt bos perempuan nie agak cerewek berbanding dgn bos lelaki.Tidak mengapalah,setiap orang ada cara dan style masing-masing .So entry kali nie bukan nk citer pasal bos or soal kerja.But soal kegiatan org yang "minta derma".Mungkin pada pandangan mata kita suasana si buta bertongkat dipapah oleh seorang wanita yg sihat sering kali datang meminta derma dan diberikan tisu sebagai penghargaan.Namun apa yang aku ingin sampaikan disini "GEJALA PENIPUAN" episode sibuta dan temannya kehulu dan kehilir dengan mencari simpati atas kekurangan sibuta tadi. Aku berjaya membongkar kegiatan penipuan yang mana rata-rata kita semua tertipu dengan tindak-tanduk mereka cukup bijak.Saya tidak menyatakan semua orang yang kurang bernasib baik itu menipu.Cuma kita perlu berhati-hati dan teliti dengan setiap orang datang dan pergi.Kisah ini berlaku disalah sebuah kedai makan di Serdang.Pada malam itu,aku keluar bersama keluarga utk menikmati makan malam disalah sebuah restoran melayu di Serdang.Ketika kami sekeluarga menjamah makan malam,lalu timbullah watak seorang buta dan temanya(sihat dan sempurna lagi tuh) berjalan dari meja ke meja meminta simpati.Aku megamati gelagat dua watak manusia yang meraih derma dari meja ke meja.Bila aku mengamati watak manusia yang sempurna yang menemani si buta tadi,perasaan ragu2 aku timbul.Hampir setiap kali,kita menikmati juadah makanan dimana-mana sahaja food corner, pasti watak2 ini akan hadir meraih simpati.Apa yang pasti watak itu adalah warga dari seberang.Pehh....penyakit seperti ini kalau tidak dibendung,pasti suatu hari nanti setiap jalan dan lorong kat KL nie penuh dgn watak2 ini,maka Wajah KL pun boleh dah jd mcm jakarta.So aku tekad utk selesaikan makan malam tuh then,hati aku tergerak utk melihat dan menyiasat dari mana watak sibuta hadir.So aku cuba mengamati mereka dari jauh.Dalam diam watak pengemis tadi perasan diri mereka sedang diperhatikan.So mereka cuba mundur mandir ditengah jalan agar aku tidak megesyaki sesuatu dan cuba megelirukan pemerhatian aku.Tiba-tiba aku melihat watak pengemis tadi berjalan menuju ke arah kereta.Peh laju betul si buta tuh berjalan.then dalam diam mereka menaiki kereta dengan pantasnya dan meninggalkan lokasi tersebut,dengan laju.Ternyata,watak2 ini adalah "PEMBOHONG" yang cuba memperbodohkan orang awam.Saya menasihati rakan2 diluar sana agar lebih berhati-hati dengan golongan seperti ini.Jika kita bersifat sambil lewa,tidak hairanlah suatu hari nanti,golongan2 ini akan mengambil kesempatan atas "kebaikan" kita,dan kebanjiran org2 seperti ini akan lebih hebat lagi.bukan lah mata dan renunglah.Mungkin akan ada suara-suara akan mengatakan,"terpulanglah diorang nak buat apa,depa nak menipu ka nak apa ka,itu urusan mereka dengan tuhan". Secara peribadi aku kurang bersetuju dengan pendapat seperti ini.Kita bisa sahaja untuk melakukan kebaikan dengan bersedekah pada orang yang sepatutnya menerima.Jika tidak maka perbuatan kita itu boleh dikira sebagai zalim.

Wednesday, March 3, 2010

Mamak Clone


AWAS!!!bagi anda pengguna islam diluar sana.Kita sering kali menyangka golongan MAMAK di kedai2 yang kita sering labelkan kedai "MAPLEY",tidak semestinya diktiraf halal dgn kalimah2 Al-Quran belum pasti pemiliknya beragama islam.Saya secara serius mengecam golongan-golongan ini yang berpura2 dengan mengaburkan pengguna -pengguna islam dengan meletakkan kalimah-kalimah Al-Quran,demi memancing penguna islam kekedai mereka.Dengan pendedahan ini,umat islam seharusnya lebih peka dan memandang serius permasalahan ini daripada berterusan.Syabas JAWI,dgn pendedahan ini.Sekurang-kurangya golongan MAMAK PALSU tidak terus berselindung dengan kalimah-kalimah Al-Quran or ALLAH demi memperhebatkan aktiviti restoran mereka.Pemantuan secara berterusan bagi badan-badan agama disetiap negeri,juga perlu diperhebatkan.Syabas!!

Monday, March 1, 2010

Penyakit Masyarakat

saya melahirkan rasa kesal dan dukacita diatas kematian seorang anak kecil yang tidak berdosa, Syafiah Humairah Sahari. saya melihat kematiannya adalah tamparan hebat kepada Kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat dinegara ini.Belum reda dengan isu pembuangan bayi,kini timbul lagi satu "KORBAN" pada anak kecik yang tidak berdosa.Mungkin takdir menetapkan inilah ketetapan yang terbaik buat adik syarifah dari terus menanggung penderitaan yang berterusan.

Peristiwa ini juga membuka mata kita,bertapa longgarnya dan goyah intitusi keluarga yang perlu kita beri perhatian secaara serius.Mungkin konsep rumahku,syurgaku perlu difahami dan diteliti dengan makna dan kefahaman yang dalam.Apa sudah jadi umat islam yang beragama islam berbangsa MELAYU ini?adakah kita sudah hilang norma-norma kemanusiaan dan pertimbangan sebagai seorang beragama islam?



Isu Pembuangan Bayi

Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.Jika kita lihat dan teliti memang benarlah firman Allah,sejahat-jahat manusia itu lebih teruk dan hina daripada binatang.

Inilah realiti yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.

Sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka.Hapuskan segala punca dan jalan yang boleh membawa kerosakan melalui pendidikan dan penguatkuasaan syariah yang merujuk pada AL-QURAN dan HADIS. Ini kerana gejala pembuangan bayi,penderaan ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

Wednesday, February 3, 2010

Isu Penggunaan Kalimah Allah



Salam...

Sudah lama saya tidak menulis entry.Kali ini saya terpanggil utk mencoretkan sesuatu pada blog ini.Isu penggunaan kalimah Allah,bagi kaum bukan islam cukup hebat dibicarakan,sehingga ada kt dapat merasakan semangat muhibah telah tercalit sedikit dengan tuntuntan yang dianggap cukup sensitif.Saya pernah mempunyai teman istimewa dari negara jiran(Merah putih),dimana nama Allah digunakan secara meluas bukan sahaja didalam islam,malah agama lain pun turut menggunakan kalimah yang sama.Isu perkahwinan dalam berbeza pegangan agama juga turut berlaku.Sebelum saya berbicara lebih dalam,marilah kita fahami dahulu kalimah ALLAH dalam diri orang melayu dan Islam.
Persoalan pokok yang menjadi asas penentangan orang-orang Melayu ialah makna kalimah ‘Allah' bagi orang Melayu. Oleh kerana isu ini berkait dengan penggunaan kalimah ‘Allah' secara khusus dalam bahasa Melayu, bagaimana kalimah itu difahami dan digunakan oleh orang Melayu adalah perkara paling utama dan mesti diambilkira. Kalimah ‘Allah' seperti yang difahami dan digunakan dalam Bahasa Melayu tidak pernah merujuk kepada tuhan seperti yang difahami, dikenali, dan disembah oleh orang Kristian. Justeru, menterjemahkan ‘God' dengan ‘Allah' adalah merupakan terjemahan yang salah. Kalimah ‘Tuhan' sebenarnya sudah memadai untuk tujuan itu, dan kedegilan mahu menggunakan kalimah ‘Allah' dilihat sebagi penzahiran permusuhan terhadap agama Islam melalui serangan terhadap keutuhan Bahasa Melayu itu sendiri.

Hak menggunakan sesuatu kalimah hanya sah apabila hakikat yang dirujuk oleh kalimah itu tidak lain dari hakikat yang dimaksudkan oleh kalimah itu. Menterjemahkan ‘God' sebagai ‘Allah' bukan semata-mata melibatkan pertukaran perkataan dan sebutan tetapi yang lebih penting ialah kesannya kepada akal dan fikiran.Bahasa membayangkan hakikat kewujudan. Menyeludupkan faham-faham kunci yang asing pada sesuatu bahasa melibatkan bukan semata-mata hanya menterjemahkan kata-kata, bahkan lebih mendalam kesannya, ia juga melibatkan penterjemahan rupacipta perlambangan yang dimiliki oleh sistem besar pandangan alam asing yang tiada bersesuaian dengan pandangan alam yang ditayangkan oleh bahasa yang ke dalamnya faham-faham itu diseludupkan.
Bantahan bangsa Melayu tidak sepatutnya ditafsirkan bahawa mereka mahu ‘memonopoli' kalimah itu. Sebaliknya mereka hanya menuntut supaya makna sesuatu kalimah tidak dipinda sesuka hati, dan kalimah yang tepat digunakan bagi merujuk kepada makna yang dimaksudkan. Jika ini dibiarkan lambat laun ‘agama kristian' akan diterjemahkan ‘agama Islam' dan ‘gereja' menjadi ‘masjid'.

Kalimah ‘Allah' bukan kalimah Melayu, bahkan bukan milik mana-mana bahasa manusia. Kalimah itu adalah milik Allah dalam ertikata itulah nama yang Dia Tanzilkan, dan dengan nama itulah Dia mahu diseru oleh hamba-hambaNya.

Pada pandangan seorang Muslim, amatlah pelik bagi suatu agama yang mendakwa agama yang benar dan ditanzilkan tetapi tidak mempunyai nama bagi Tuhan yang mereka seru manusia untuk menyembahnya.Kaum Muslimin tidak mencipta nama untuk Tuhan yang mereka sembah apatah lagi meminjam nama-nama dari mana-mana bahasa bagi merujuk kepada Tuhan. Mereka tidak biasa berbuat demikian kerana nama agama yang mereka anuti itupun (yakni Islam) dan nama orang-orang yang menyerah diri kepada Allah dengan mengikuti agama itu (Muslim/Muslimun) diberikan oleh Allah sendiri, bukan mereka yang menciptanya, apatah lagi diberikan oleh orang luar.

Disini saya mengambil jawapan dan hujah mengapa Kalimah Allah harus dipertahan daripada digunakan oleh bukan islam dari laman IKIM ( www.ikim.gov.my ).

Golongan pemuka agama Kristian dan yang bersetuju dengan mereka dari kalangan Kaum Muslimin telah berhujah bagi mempertahankan pandangan mereka dengan hujah-hujah berikut:

1) bahawa tiada larangan atau bantahan dari al-Qur'an, justeru ia dibenarkan. Hujah ini kita namakan Hujah Tiada Larangan (HTL);

2) bukti sejarah bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, dan terus digunakan oleh orang Arab Kristian khususnya sehingga hari ini.[5] Oleh itu, mereka berhujah, Kaum Muslimin, lebih-lebih lagi di Malaysia ini, tiada hak untuk melarang penggunaannya. Hujah ini kita namakan Hujah Siapa Dulu (HSD); dan

3) bahawa kalimah itu sudah digunakan dalam tulisan-tulisan agama Kristian sejak ratusan tahun dahulu. Manakala di kalangan masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak kalimah ini sudah lama digunakan. Hujah ini kita namakan Hujah Sudah Lama Guna (HSLG). Dari segi semangatnya HSLG tiada bezanya dengan HSD.

Bagi menjawab hujah-hujah di atas perlu ditegaskan terlebih dahulu bahawa kalimah ‘Allah' adalah nama khas (ism ‘alam), bukan kata terbitan (mushtaqq) dari mana-mana perkataan Arab. Pandangan inilah yang didokong dan dipertahankan oleh al-Imam Fakhr al-Din al-Razi (m. 606H). Menurut beliau, inilah pandangan al-Khalil dan Sibawayh dan ia disokong oleh kebanyakan Ulama' Usul dan para Fuqaha'. Al-Razi berhujah bahawa sekiranya lafaz ‘Allah' itu nama terbitan (mushtaqq) pastilah ianya boleh digunakan bagi merujuk kepada yang lain dari Allah. Jika ini diterima maka kalimah لااله الا الله tidak lagi menjadi kalimah tawhid kerana lafaz ‘Allah' tidak lagi merujuk kepada Dhat Allah semata-mata bahkan terbuka kepada yang lain dariNya juga. Oleh kerana telah disepakati oleh setiap yang berakal bahawa لا اله الا الله adalah kalimah tawhid, maka jelaslah pada kita bahawa kalimah ‘Allah' adalah Nama Khas yang merujuk kepada DhatNya Yang Maha Tinggi.

Bagi keterangan lanjutbagi mengupas mengenai isi ini,layarilah www.ikim.gov.my tag under Kalimah "Allah:Antara Nama dan Hakikat1".Insyaallah sedikit sebanyak akan mengupas serba sedikit mengenai persoalan dan padangan mengenai isu penggunaan kalimah ini.Apa yang saya fikirkan adalah,sy tidak mahu genereasi akan datang terkeliru dengan kebenaran mengenai ajaran islam.Biarlah anak-anak melayu beragama islam mengenal,bahawa kalimah Allah itu merujuk kepada tuhan yang maha esa dan tiada sekutu baginya dengan apapun.

Thursday, December 31, 2009

Welcome 2010



Dalam beberapa jam sahaja lagi detik-detik,Jam 12 tgh malam akan menandakan bermula tahun baru 2010.Secara tidak langsung,usia aku juga bakal bertambah juga.Dalam detik-detik melangkah tahun 2010,terpalit aku utk melihat kembali jejak-jejak yang telah dilalui sepanjang 2009.Rintitan peristiwa di catatkan dalam sejarah hidup aku yang pastinya,inilah tahun yang cukup getir bagi diriku.Rasanya tidak perlu diceritakan lagi.Apa yang pasti kehidupan perlu diteruskan.Walaupun saat getir pada pertengahan tahun 2009,bukanlah suatu alasan untuk mematahkan semangat juang hidupku dalam menjadikan diri ini success dalam apa jua impian yang masih jauh disana.Buat teman2 seperjuanganku dan keluarga,terima kasih kerana banyak membantu,dan memberi dorongan disaat semangat juangku lumpuh..Bagi teman2 yang mendirikan "MASJID",tahniah aku ucapkan.Semoga kalian semua memperolehi kebahagian dalam kehidupan sebagai suami-isteri.Tahun ini juga,aku kenali tahun cukup "Busy" buat diriku,dimana aku banyak menyibukkan diri aku dalam urusan perkerjaan sehingga lewat malam.Apapun,semakin banyak aku belajar perkara dalam erti sebuah kehidupan,semakin terasa bertapa kerdilnya aku disisi Tuhan.

Insyaallah tahun 2010 ini aku akan berusaha perbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada.,terutama sifat "PANAS BARAN".Yang paling penting,aku nak kurangkan sikit "BERAT BADAN" yang semakin bertambah.Aku juga nak tambah lagi pengetahuan dan skill dalam bidang komunikasi especially dalam xDSL technology.After this boleh create product yang baik utk pengguna2 kat luar sana.Aku doakan semoga tahun 2010,rezekiku bertambah baik dan memperoleh imbalan yang baik dari Allah.

Semoga para penggerak dakwah Islamiyyah dapat merencanakan sesuatu yang lebih baik tahun hadapan demi agama Islam kita yang tercinta. Semoga pemimpin negara terutamanya negara2 Islam mendapat ilham dan petunjuk dari Allah untuk menguruskan negara dengan lebih baik. Akhir kata, cintailah kedamaian dan sifat bertoleransi sesama manusia. Jauhilah permusuhan dan persengketaan yang tak memberi erti kepada kita semua. Wallaahua’lam.